Sunday, February 20, 2011

7 Habits of Highly Effective Muslim Habit ( REAKTIF & PROAKTIF)

Sudah biasa jika penat kerana kesibukkan kerja atau melakukan aktiviti-aktiviti lain, tapi bila ditambah dengan keletihan akal, perasaan dan emosi, ia bagaikan satu pax yang complete untuk aku rebah dan bersandar ke dinding. Aku manusia biasa yang ada akal, emosi dan perasaan. Bohonglah jika hati aku masih mampu tersenyum bila berdepan dengan semua tu. Sekejap tadi adik bongsu aku datang bertanya "kenapa macam bad mood jer ni?". Aku just diam dan tak tahu bagaimana untuk memulakan reaksi. Tapi aku terlintas satu benda dalam kepala, adik aku tidak bersalah! Aku tak boleh menghukumnya dengan kemurungan aku. Alhamdulillah, aku mampu memberi dia senyuman dan sedikit gurauan, dia berlalu tanpa terciptanya satu masalah yang lain.

Itulah yang aku belajar dari '7 Habits of Highly Effective Muslim Habit' yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal@saiful Islam.com. Bersikap REAKTIF atau PROAKTIF. Reaktif bermaksud bertindak mengikut ransangan, sebagai contoh, sekiranya ada kemarahan dia akan marah, kalau ada kesedihan dia akan sedih, kalau ada kegembiraan dia akan gembira hingga lupa diri. Dia tidak ada penapis untuk menentukan tindakan yang betul. Manakala proaktif, ada ransangan, tetapi dia tidak bertindak mengikut ransangan, kerana dia ada nilai bila ada sesuatu yang berlaku, sebagai contoh, jika ada benda yang mencetuskan kemarahan, dia tidak akan terus marah, sebaliknya dia ada keupayaan untuk memilih reaksi, "aku patut balas balik ke, atau balas dengan macam mana?". Yang membolehkan dia untuk tapis reaksi tadi adalah nilai SABAR. Maknanya bila ada sesuatu berlaku sebelum kita hendak bertindak, nilai sabar itu seumpama membolehkan kita tekan PAUSE, jangan bertidak! fikir dulu apa yang patut dibuat kemudian baru bertindak.

Itulah sedikit sebanyak yang aku belajar dari '7 Habits of Highly Effective Muslim Habit Part 1'. Ilmu ni memang senang untuk belajar, tetapi amat susah untuk dipraktikalkan. So pepandailah mengimbanginya. Selamat malam dunia! semoga engkau menjadi teman aku yang sentiasa ingatkan aku tentang tanggungjawab terhadap Allah dan manusia lain yang masih belayar bersama aku, inshaAllah.