Setiap tahun baru bermula, bermula juga impian dan harapan yang baru. Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang
amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang
yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari
semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." Walaupun
aku tidak mampu membuat perubahan itu setiap hari, namun aku akan usahakan kehidupan
tahun ini agar ianya tidak seteruk atau sama dengan tahun-tahun yang lepas.
Sekejap tadi terfikir yang usia aku sekarang sudah hampir 23 tahun. Saidina
Ali tidur di atas katil Nabi seusia 12 tahun. Zaid bin Harithah ke medan perang
seawal 17 tahun. Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople (Turki) semuda
remaja. Diri tertanya-tanya apa yang aku telah sumbangkan untuk agama aku (Islam)?
... Bibir tidak mampu menjawap, hati tersentak kaku ... Ya, apa yang telah aku sumbangkan
untuk Islam? ... mata terkedu keliru, hati masih diam tak berpenghuni ...
Hati jujur bertanya “bagaimana cara untuk itu?” “Bukankah kamu ke sekolah
berbelas-belas tahun, dan masuk universiti bertahun-tahun? Untuk apa semua tu? Ilmu
bukan sahaja untuk tahu, tetapi juga untuk dilaku. Ilmu bukan sahaja untuk
mengeyangkan perut dunia, tapi juga untuk timbangan di sana.” Bertubi-tubi
tamparan itu hinggap di hati.
Aku pernah membaca kenyataan Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel),
menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat
serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu
dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun
dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya,
"Tenanglah, percayalah padaku,
bangsa Arab (dan juga Melayu) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka
dan malas membaca. Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun
membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak
bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.”
Kenyataan itu benar-benar memberi tamparan hebat untuk kita. Tamparan untuk
aku jaga dari tidur yang lena. Benar ilmu untuk difahami, benar ilmu untuk
dihafal, benar ilmu untuk menduduki peperiksaan, benar ilmu untuk mendapat pekerjaan,
tapi hanya sejauh itu kah kita ingin ilmu kita pergi? Semoga tahun ini aku
mampu jaga dari tidur yang lena, dan bangkit untuk melakukan sesuatu, sebelum
aku benar-benar lena di sana, inshaAllah.
Apa yang ada
jarang disyukuri
Apa yang tiada
sering dirisaukan
Nikmat yang
dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang
diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di
dalam genggaman
Dunia ibarat
air laut
Di minum hanya
menambah haus
Nafsu bagaikan
fatamorgana
Di padang
pasir
Panas yang
membahang di sangka air
Dunia dan
nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada
ditangkap hilang
Tuhan..
leraikanlah dunia
Yang
mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh