Tuesday, May 29, 2012

Dari Mana Bermula Dunia Yang Lebih Baik? (Mengubah Dunia)



Saya cinta sejarah. Di sana terdapat ramai manusia-manusia hebat yang telah berjaya mengubah dunia. Ia memberi saya motivasi untuk tidak mudah mengalah dalam hidup. Pernah saya merindui untuk bersama berdiri di sisi mereka-mereka ini. Untuk melihat rentetan perjalanan, pahit manis, hitam putih, kehidupan mereka. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan yang sentiasa di atas (bernasib baik), dan kerana itu saya menyukainya. Makhluk yang paling hebat di bumi dan di langit, iaitu Nabi Muhammad saw sendiri, tidak mudah dalam perjalanan hidup beliau. Sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Para Sahabat, Abu Bakar, Umar, Uthman mahupun Ali, diuji dengan bermacam-macam dugaan pada zaman mereka. Hassan Al-Banna dan Syyid Qutb, selalu dipandang serong, malah dipenjara dan dibunuh oleh musuh.

           Namun jika tidak kerana kesabaran serta kesungguhan mereka, nescaya kita tidak dapat melihat dan merasai kebenaran yang dibawanya pada hari ini. Mereka berkerja untuk generasi, untuk manusia sejagat, kerana itu mereka mampu mengubah dunia. CEO yang pertama di dunia sekarang ini, Steve Jobs, mampu menyatukan teknologi dan seni, menyebabkan lahirnya produk-produk Apple Inc, yang menjadi kegilaan ramai orang. Bagaimana beliau mampu melahirkan produk yang hebat & menjadi daya penarik ramai pengguna? Dalam satu video yang saya lihat baru-baru ini, ‘Steve Jobs building NeXT’ menyatakan bagaimana Apple hebat kerana mereka menciptanya dari hati, dan mereka melakukan itu semua kerana really care tentang high education process, bukan kerana wang, dan bukan kerana saja-saja. Syarat pertama untuk mengubah sesuatu, ubah diri. Mereka mampu mengubah dunia kerana mereka mampu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Segalanya bermula dari dalam diri.

          Lihat saja Nabi Muhammad saw, beliau mampu menunjukkan Islam itu hebat kerana keperibadian beliau hebat. Dari kecil Nabi tidak pernah berbohong, sentiasa jujur, amanah, menghormati hak orang, selalu berbuat baik, bermusuh dengan kejahatan dan sabar dalam setiap ujian. Apabila diberi amanah untuk menyebarkan Islam, dia tidak pernah berputus asa, walau dicaci, dihina, dipulau hatta berdarah sehingga kaki sekalipun dia masih bersungguh dalam menyebarkan Islam. Kenapa di zaman kita Islam di pandang serong? Islam dipandang agama keganasan? Islam dipandang mundur? Mungkinkah kita kekurangan role model? Atau kita hanya lantang dalam bercakap tapi bisu dalam langkah? Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam mengubah diri kita untuk menuju ke arah mengubah dunia, inshaAllah. We're NEXT!


Tuesday, May 8, 2012

Preparation


Dalam apa jua yang ingin kita lakukan ia memerlukan persiapan, lebih-lebih lagi apabila ia berbentuk formal & melibatkan ramai orang. Kalanya kita memandang remeh tentang persiapan sehinggalah kita menemui jalan buntu bila sampai masanya. Dari golongan mereka yang parkinson bila memegang microphone sehinggalah mereka CEO yang hebat, semuanya memerlukan persediaan dalam melakukan sesuatu tugasan.

Kita menjadi pelik bila melihat Steve Jobs hebat berpidato ketika ingin memperkenalkan produk-produk terbaru beliau. Sehingga ada yang datang bukan kerana ingin mengetahui mengenai produk, tetapi ingin mendengar ucapan dari Steve, dan khabarnnya ada juga yang datang sehari lebih awal untuk berada di kerusi hadapan semata-mata ingin melihat Steve memperkenalkan produk Apple inc. Yes! Beliau CEO nombor 1 dunia. Steve seorang yang sangat gila dalam melakukan sesuatu yang dia minat. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mencapai impiannya, iaitu mengubah dunia. Adakah dia terus dilahirkan menjadi seorang yang hebat? Tidak, tetapi dia seorang yang sangat kuat usaha dan tidak mudah putus asa walaupun beberapa kali down.

Dalam buku ‘The Presentation Secrets of Steve Jobs’ ia mengkaji bagaimana persediaan yang dilakukan oleh Steve sebelum beliau berada di pentas. Apa elemen-elemen yang digunakan bagi memjadikan persembahan yang ingin dilakukan tersusun baik. Persediaan adalah satu langkah untuk kita lebih berkeyakinan bila berada di pentas. Beliau bukan sahaja mampu mencipta suatu produk yang hebat tetapi juga mampu menjadi penyampai yang baik. Sesuatu yang hebat jika tidak dipersembahkan dengan baik ia tidak akan mampu menarik orang. Sama juga seperti islam, ia sesuatu yang hebat, tetapi jika kita tidak memperkenalkannya dengan cara yang hebat (hikmah) kita tidak akan mampu menarik orang lain untuk mendampinginya.

Lihat saja bagaimana fisrt step Nabi Muhammad saw ingin menyampaikan islam kepada Bilal. Nabi pergi membantu Bilal mencuci. Nabi memperkenalkan akhlak islam kepada Bilal. Nabi Muhammad juga seorang yang diakhui kejujurannya oleh semua golongan. Dengan akhlak-akhlak seperti itu mampu menarik manusia untuk mengetahui lebih mendalam tentang islam. Namun sedihnya hari ini kita tidak mampu untuk memperkenalkan islam kepada orang lain tentang kehebatan islam, tentang keindahan islam. Allah itu Maha Adil, siapa yang berusaha dia yang akan dapat. Tak kira dia seorang yang muslim atau tidak, lebih-lebih lagi orang islam la. Allah hendak sangat bagi kepada orang islam untuk menguasai dunia, tapi mungkin kita sangat malas untuk mengikut sunnatullah.

Saidina Ali pernah berkata “Kebatilan yang bersistem (berstrategi) itu akan menumbangkan kebenaran yang tidak bersistem (tidak berstrategi)”. Pada tahun ke 3 hijrah, Perang Uhud, Nabi Muhammad saw telah mengatur strategi yang cukup hebat dengan meletakkan pasukan pemanah di bahagian puncak Bukit Uhud. Pada tahun ke 5 hijrah, Perang Khandak, Salman Al-Farsi telah memberi idea kepada Rasulullah agar menggali parit di sekitar Kota Madinah. Nabi mengajar kita doa dan usaha itu perlu pergi seiring. Sebagaimana kita khuyuk berdoa, begitu juga kita perlu hebat dalam mengatur jalan bagi menyelesaikan belenggu yang ada.


Ku berdoa dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan nafasku aku berjanji padaMu
Untuk hidup hanya untukMu

O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
CahayaMu terangi hatiku, hidupku,
Ku persembahkan padaMu
Ku milikMu

Kini ku tahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasihMu
Kini ku tahu rasanya
Menemukan damai di hati

Seandainya semua tahu indahnya mengabdi padaMu,
Seandainya semua tahu kasihMu lepaskan belenggu,
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Ku bersyukur padaMu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku, mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan

Hanya Engkau sanggup bangkitkan jiwaku
CahayaMu terangi hatiku dan hidupku,
Ku persembahkan padaMu
Ku milikMu

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untukMu
Dan tiada satu pun dapat bersaing denganMu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untukMu


Song : I Love You So (Ku MilikMU) - Maher Zain

Monday, May 7, 2012

Mcfly in History Class [Part 1]


Minggu lepas aku cuba untuk habiskan 3 novel yang tertangguh, iaitu, Hulagu Khan, Mustafa Kamal Ataturk & Imam Hanbali. Sangat banyak manfaatnya untuk seorang yang suka untuk mengetahui sejarah tamadun islam. Di sebabkan projek akhir yang bakal aku buat ada kaitan dengan sejarah tamadun islam, jadi ia banyak membantu aku mengumpul maklumat-maklumat mengenainya. Aku seorang yang sangat malas membaca, jadi aku terpaksa menfokuskan betul-betul apa yang aku baca, sebab malas untuk membacanya kali ke 2. Aku menanda bahagian-bahagian yang penting bagi memudahkan rujukkan aku selepas ini.

Salah satu bahagian yang aku suka dalam novel Imam Hanbali (m/s: 64), ketika Imam Syafie ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid mengenai Perang Siffin. “Bagaimana pendapatmu berkenaan Peperangan Siffin yang terjadi di antara Muawiyah dengan Saidina Ali sehinggalah munculnya golongan Syiah dan Khawarij?” Imam Syafie menjawab seperti yang pernah dijawab oleh Khalifah Umar Abdul Aziz “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kedua-dua belah tanganku ini telah dilindungi Allah daripada darah-darah yang tumpah dalam Perang Siffin itu. Maka aku tidak pula mahu mengotori lidahku dengan pembicaraan sengketa tersebut yang hanya akan merosakkan kebersihan kedua-dua belah tanganku dan lidahku yang sudah dilindungi itu.” Kata Imam Syafie.

Sebelum ini memang banyak persoalan yang aku timbulkan mengenai Perang Siffin. Macam mana boleh terjadinya peperangan di antara para sahabat sendiri? Siapa yang sebenarnya bersalah? Dengan membaca banyak artikel mengenai peristiwa tersebut dan bertanyakan mereka yang lebih mendalam ilmunya, sedikit demi sedikit aku faham dan harus aku akui. Jawapan Imam Syafie terhadap Khalifah Harun Ar-Rasyid itu juga sangat-sangat aku berpuas hati. Kita sebagai pengkaji sejarah sepatutnya menjadikan sejarah itu sebagai pedoman kepada kita untuk melakar hari esok. Bukan untuk membesar-besarkan benda yang akan menimbulkan perkelahian di antara kita dan akhirnya sejarah hitam tersebut berulang kembali.

Semoga kita sama-sama menjadikan sejarah itu sebagai teladan dan sempadan, demi melakar masa depan yang lebih diredhai Allah, inshaAllah.