Sunday, May 30, 2010

Review Novel Imam Malik


Imam Malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M dan wafat tahun 179 H/796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikkan di perkuburan Baqik. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya bernama Fatimah. Manakala anak-anak lelakinya bernama Muhammad, Hammad dan Yahya.


Keluarga atau keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasulullah. Imam Malik adalah pengasas mazhab Maliki. Imam Malik daripada generasi tabie tabi’in iaitu satu generasi yang tidak sempat bertemu dengan sahabat Rasulullah. Hanya sempat berjumpa dengan generasi tabi’in iaitu mereka yang sempat berjumpa dengan sahabat Rasulullah SAW sahaja. Beliau hidup pada zaman sembilan orang khalifah bani Umaiyah dan 5 orang khalifah bani Abbasiyah. Bermula dari zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah).


Terlalu banyak cerita yang menarik dalam novel ‘Imam Malik Pengarang Kebenaran’ ini, namun hanya 2 kisah yang aku ingin kongsikan di sini. Ia mengenai ketegasan Imam Malik demi menegakkan kebenaran. Pada suatu hari Shobiyah hadir dalam satu majlis ilmu Imam Malik. Shobiyah ialah seorang pengajar seperti Imam Malik tetapi disebabkan kelas pengajiannya tidak mendapat sambutan seumpama Imam Malik maka tibul rasa dengki dan cemburu dalam hatinya. Beliau cuba menghasut orang ramai supaya membenci Imam Malik tetapi tidak berjaya. Kedatangannya majlis ilmu Imam Malik bukan untuk belajar tetapi hendak mencari kesilapan Imam Malik. Kebetulan hari itu Imam malik membincangkan pelajaran mengenai bab nikah khawin.


Seorang pelajar bertanya kepada Imam Malik “Tuan Imam, apakah hukumnya sekiranya seorang suami dipaksa menceraikan isterinya”. Imam Malik menjawab “Tidak sah talak orang yang dipaksa,” pelajarnya bertanya lagi “Tuan Imam, selain talak, apakah sah sekiranya dipaksa?” maka imam Malik menjawab “Apa-apa sahaja yang dipaksa hukumnya tidak sah,” “Kami dipaksa oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur supaya taat setia kepadanya? Adakah salah sekiranya kami membatalkan perjanjian itu” tanya lelaki itu lagi “Kamu membuat perjanjian itu dengan paksaan dan orang yang dipaksa tidak diterima sumpahnya,” jawab imam malik, jujur seorang ulama.


“Tuan Imam, bagaimana pula sekiranya seorang khalifah itu dilucutkan kuasanya secara terpaksa lalu diganti dengan orang lain?” tanya Yazid salah seorng pelajarnya daripada kerabat bani Umaiyah. Dia sengaja menyentuh perkara itu kerana sakit hati dengan khalifah bani Abbasiyah yang merampas kuasa daripada khalifah bani Umaiyah.


“Apa-apa sahaja perkara yang dipaksakan adalah tidak sah,” jawab Imam Malik dengan jujur. Jawapan imam malik itu menimbulkan kemarahan Syobiyah lalu bertanya. “Apakah ini majlis pengajian ilmu atau politik?” “Ilmu dan politik tidak dapat dipisahkan. Keduanya berhubung kait antara satu sama lain,” jawab pelajar daripada bani Umaiyah itu. “Tidakkah kamu tahu Tuhan itu maha berkuasa? Dia menjatuhkan khalifah yang zalim iaitu bani Umaiyah diganti dengan khalifah yang adil iaitu bani Abbasiyah?” Tanya Syobiyah pula.


“Khalifah bani Umaiyah dan khalifah bani Abbasiyah sama sahaja kezaliman mereka, kerana itu kami benci mereka!” teriak yang lain pula. Keadaan menjadi bising apabila berlaku perdebatan di kalangan mereka. Dengan rasa tidak puas hati Syobiyah keluar dari majlis ilmu itu lalu menemui ganenor Madinah dan mengadukan hal tersebut kepada gebenor Madinah. Gebenor memberi tempoh selama 3 hari untuk Imam Malik menarik kembali fatwa yang dibuat. Dalam tempoh tersebut Imam Malik tidak dibenarnya keluar rumah walaupun untuk pergi sembahyang berjemaah. Namun Imam Malik tetap dengan pendiriannya iaitu tidak akan menarik kembali fatwa tersebut.


Dengan perasaan marah gebenor memerintah pegawai menangkap Imam Malik kemudian diikat kaki dan tangannya. Kemudian diletakkan di atas unta dan diheret mengelilingi kota Madinah dan memberitahu orang ramai “inilah ulama pendusta!”. Tidak cukup dengan itu Syobiyah memukul Imam Malik dengan sebatang tongkat sehingga menyebabkan beliau pengsan. Di badannya terdapat 70 kesan pukulan hingga salah satu tulang rusuknya cedera teruk.



Bersambung.........

Thursday, May 27, 2010

Mempelajari Tanggungjawab Penawar Cinta Buta

“Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan, Melukakan dan sukar untuk kita lupakan”. Benar, cinta itu boleh membutakan. Kebenaran bisa terhijab jika sekiranya cinta itu tidak diletakkan pada tempatnya. Mungkin kita memahami cinta itu kasih sayang. Dengan pengertian itu remaja masa kini terkabus dengan apa yang bakal mereka tempuhi di hadapan sana. Bagi mereka, kasih sayang sudah cukup untuk membina satu keluarga bahagia. Betul, kasih sayang amat penting agar tiada krisis penderaan, penindasan dan seumpamanya tapi perlu diingat, kasih sayang belum tentu melahirkan tanggungjawab, tapi tanggungjawab mampu melahirkan kasih dan sayang. Ini kerana kasih sayang itu sendiri sudah termasuk dalam skop tanggungjawab.

“Kadang-kadang saya tak faham kenapa kita kawin? Hanya kerana atas permintaan keluarga?? Tapi saya tahu satu perkara. Pertama kali saya menikahi awak, saya perlu ada tanggungjawab” itulah antara script cerita ‘I’m Not A Single’. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ‘I’m Not A Single’ dan ‘Adam Maya’ (series version) ialah aku boleh belajar bagaimana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab untuk sesebuah rumah tangga. Bagi aku Adam seorang suami yang cukup penyabar dengan memperolehi isteri yang degil, ego, pentingkan diri serta curang but he still tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan papa. Filem ini sangat bagus ditonton oleh mereka yang mendambakan sebuah keluarga bahagia. Aku memberinya empat bintang. Bagus untuk Sharpen the Saw seorang suami/isteri dan ayah/ummi.

Tahun ini aku cukup bersyukur sebab Aisyah dibesarkan di depan mata aku, secara tidak langsung aku boleh melihat, memerhati dan belajar bagaimana cara untuk membesarkan seorang anak. Dan ianya luar dari dugaan aku, ianya bukan semudah yang disangka. Itu baru seorang, kalau ramai macam mana?? tak terjawab dek ceteknya pengetahui ini. Maybe usia dan pengalaman akan menjawabnya. Dengan itu sudah cukup alasan aku untuk menolak butanya cinta aku pada seseorang.

Bagi aku inilah masanya peluang untuk aku belajar menimba sedikit sebanyak pengalaman sebelum aku berdepan dengan semua itu. Di hadapan sana adalah kabus, mahu tak mahu aku terpaksa redah kerana destinasi aku di balik sana. Tinggal lagi bagaimana persediaan aku untuk memasuki kabus tersebut. Apakah hanya berbekalkan nafsu, atau berbekalkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada hambaNya.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran!!!

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

By : Mcfly@2010

Song Yang Terindah : DakMie

Tuesday, May 18, 2010

Bertemu Untuk Diduga

Semalam lewat malam baru dapat aku lelapkan mata. Entah kenapa perasaan berdebar menguasai fikiran menyebabkan sukar untuk aku menutupkan mata dan meninggalkan segala yang bermain di minda. Alhamdulillah dengan dorongan Abah, Ma, Abe Ju dan Abe Zie mampu melapangkan sikit beban yang dikendong akal dan perasaan. Sampai sahaja di tingkat 5 aku diminta duduk di bangku yang disediakan. Aku pun tak pasti kenapa perasaan berdebar mampu dikurangkan sedikit. Tiba-tiba datang seorang yang macam aku pernah jumpa tapi kurang pasti siapa. Bila dia perkenalkan diri baru la aku terlintas yang aku pernah bertemu dengannya ketika kerja dengan abah aku dulu.

Kami sempat berbual-bual untuk menghilangkan gementar. Sambil menghilangkan boring aku membelek-belek buku ‘Qiasah’ yang diterbitkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Grafik dan persembahan buku Qiasah itu amat mengagumkan aku. Isi kandungnya juga tidak kurang hebatnya banyak unsur-unsur ilmiah yang diterapkan. Ketika sedang asyik membaca buku Qiasah aku terdengar deringan message Cik Nor dari Mesir. Dia memberi kata-kata semangat dan nasihat. Thanks budak mesir, walaupun kat sana dah pukul 2.56 a.m tapi masih ingat kat seteru awak di sini heheee. Masa berlalu pantas, aku mengambil tempat ke2 untuk diduga. Setiap satu persatu soalan yang diajukan aku jawab sejujurnya. Lebih kurang 8 minit aku berada di bilik mesyuarat utama, dan akhirnya selesai sudah sesi temuduga tersebut.

Apa yang terlintas di jenak pemikiran ketika debaran yang tak terkawal, bagaimana sekiranya aku berada di padang mashar nanti. Ini baru bertemu manusia biasa yang mempunyai pangkat, tu pun berdebar macam nak luruh jantung. Ia tidak mampu dijawab oleh akal dan tidak terlintas di fikiran. Sabda Rasulullah yang bermaksud "Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan terlanjang, sebagaimana lahirnya bayi daripada perut ibunya" Pada suatu ketika, Aishah bertanya kepada Nabi. Katanya, "Adakah lelaki dan perempuan berkumpul bersama di ketika itu, ya Rasulullah?" Maka Nabi pun menjawab, "Memang benar, wahai Aishah. Semuanya akan dikumpulkan bersama." Aishah berkata lagi, "Alangkah malunya aku wahai Rasulullah kerana kemaluan kita akan dapat dilihat di antara satu sama lain."

Kemudian Rasulullah berkata sambil menepuk-nepuk bahu Aishah, "Wahai Aishah, sesungguhnya pada hari itu, manusia berada dalam keeadaan yang amat sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk melihat kemaluan orang lain. Semuanya akan memandang ke langit. Mereka akan berdiri di situ selama empat puluh tahun lamanya dengan tidak makan dan tidak minum. Keadaan mereka amat menyedihkan kerana mereka berada dalam keadaan kehairanan dan ketakutan. Dikatakan bahawa ada kalangan mereka peluhnya mengalir sampai betis, ada yang sampai ke perut, ada yang sampai ke mulut. Keadaan ini berlaku kerana terlalu ramai dan mereka berdiri terlalu lama."

Begitu dasyatnya gambaran yang diberi nabi kepada kita ketika bertemu Allah kelak. Mampukah aku bertemuNya nanti dengan keadaan tenang dan tenteram. Hanya Dia yang Maha Mengetahui yang mampu menjawabnya.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Oh, Guru maafkan kami, Didiklah kami,

Berilah peluang, Semoga tak sia-sia,

Kami buktikan, kami berjaya!!!

Buat my mum, my father, my eldest brother(Abe Ju), my sisters (Kak Ti, Kak Jah, Yana dan pidah). Dan tidak lupa juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah SMU(A) Sullamiah dan Tutor Open University Malaysia (Kelantan Learning Center). Semoga teruskan usaha mendidik generasi-generasi baru yang penuh dengan cabaran. Sesungguhnya jasamu sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

Saturday, May 15, 2010

Harga Segulung Ijazah di Turki

Memang sukar untuk mendapatkan segulung ijazah. Ia memerlukan masa yang bertahun-tahun untuk mendapatkannya, itu tidak termasuk lagi yang terpaksa tangguh. Ada kalanya sampai 9 tahun baru tamat tempoh pengajian. Apabila dikira dan dicongak dengan harga yuran, penat letih pengajian, jerit perih untuk menage diri memang harganya tidak terkira. Hanya orang yang cekal semangat yang akan dapat meletakkan roll ijazah ditangannya, tapi tidak semua yang dapat ijazah tinggi semangatnya.

2 hari yang lepas aku mengambil masa untuk meneruskan pengembaraan aku ke Turki bersama ustaz Hasrisal (Saiful Islam) di dalam bukunya ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Apabila aku membaca buku tu aku seolah-olah dibawa ustaz Hasrizal ke dalam dunia pengembaraannya yang sebenar. Satu persatu kerjadian di Turki dikupasnya bagaikan tiada yang tercicir.

Apa yang mengheret hati aku menulis artikel ni adalah berkenaan dengan pengharaman tudung di universiti-universiti, Turki. Ianya bermula pada 28 Februari 1997, apabila pihak tentera mengambilalih penguasaan di negara Turki. “Menyebabkan banyak institusi Islam ditutup. Sekolah-sekolah agama ditekan, manakala pusat hafalan al-Quran terus dihapuskan. Tidak cukup dengan itu, Fakulti Teologi turut menjadi mangsa. Fakulti Teologi (Ilahiyat) adalah pusat pertahanan Islam di Turki. Tenaga pengajar dan anak-anak muridnya adalah tulang belakang kepada perjuangan Islam Turki.

Tidak hairanlah fakulti ini di semua universiti ditekan. Pengajian sesi petang dimansuhkan. Jumlah kemasukan pelajar baru dikurangkan secara berperingkat dan biasiswa tidak ditawarkan kepada pelajarnya. Para tutor menunggu masa sebagai kumpulan kaki tangan pertama yang akan tersingkir. Lebih melampau, pelajar perempuannya tidak dibenarkan memakai tudung. Semesta pertama menyaksikan pelajar perempuan memilih untuk gagal dalam pengajian mereka kerana tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semata-mata beralasankan tudung.”

Itulah sedikit sebanyak bait ayat yang terkandung di dalam buku ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Sungguh hebat semangat perempuan-perempuan di Turki mempertahankan perintah Allah/maruah mereka sehingga ada yang mengambil keputusan untuk gagal dari menggadai maruah mereka. Sahabat ustaz Hasrizal, “ustaz Ahmed, berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Tafsir dar Universiti Al-Azhar, Mesir; ketika sedang menyiapkan tesis Ph.Dnya di Universiti Marma, telah diberhentikan dengan alasan ijazah sarjana dari universiti luar (termasuk Al-Azhar) tidak diiktiraf!”

Cuba kita jengok sekejap bagaimana keadaannya di tempat kita (Malaysia). Baru-baru ini terpampang di dada akhbar kisah seorang perempuan bunuh diri disebabkan gagal dalam PMR. Aku tak mahu ulas panjang lebar tentang ni sebab seseorang yang berfikiran waras mampu menilainya sendiri. Jadi sama-samalah kita renungkan. Bak kata Nabil “Korang ada mata korang pandang, korang ada telinga korang dengar, korang ada mulut korang cakap, korang ada otak korang fikirlah sendiri.”

Tiada Saat Indah
Dugaan Bagi Yang Beriman
Merah Dari Zahir Terseksa
Putih Suci Imannya Di Hati

Tangisan Selubungi Titi Perjuangan
Ujian Untuk Memilih Iman!!!

Kerana Yang Esa

Biar Rembulan dan Matahari
Dalam Genggaman Tangan
Yang Pastinya
Tak Beralih Dari Jalan Ilahi


Akanku Gapai Impian
Itulah Janji Yang Maha Esa
Meniti Saat Indah Bersama Rasulullah

By : Mcfly@2010

Song Dugaan Memilih Iman (OST Muhammad Utusan terakhir) : Saujana

Friday, May 14, 2010

Perubahan (Changing)

“Pete look, you're changing. I know, I went through exactly the same thing at your age. Peter... these are the years, when a man changes... into the man he's gonna become the rest of his life. Just be careful who you change into.” Masih ingat dengan dailog ni?? Memang betul, setiap manusia apabila sampai pada suatu usia dia akan mengalami suatu perubahan, sama ada dia sedar atau pun tidak itulah hakikatnya.

Aku masih ingat ketika usia aku menjangkau belasan tahun, aku seorang yang sangat pendiam dan tidak berani untuk membuka mulut memulakan perbualan. Sampailah pada usia aku 17 tahun, aku menceburi pertandingan multimedia di peringkat sekolah. Pada masa itulah aku terpaksa memberanikan diri untuk membuat kerja kumpulan, berbincang dan belajar untuk yakin pada diri sendiri. Bukan mudah untuk membuat perubahan itu, situasi dan tekanan perasaan menyebabkan perubahan aku turun naik secara mendadak, sukar untuk menstabilkannya. Dan sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak aku telah pun belajar untuk meneutralkan benda tu dalam diri

Aku teringat akan cerita ‘Buli Balik’, yang mana apabila sampai pada satu tahap Afdlin Shauki merasakan dia tidak memerlukan sesiapa dalam hidupnya. Dia fikir dia telah pun mempunyai segala-galanya. Bayangkan seorang yang merendah diri, seorang tiada keyakinan diri berubah menjadi pembuli. Namun itulah pengalaman. Pengalaman untuk kita kenal siapa diri kita. Aku terbaca dalam buku Solusi, isu 17 “Jujurlah kepada diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu...”

Tidak salah untuk kita berubah kerana itu dituntut. Namun kita perlu pandai untuk menjadikan perubahan itu suatu kebaikan untuk diri kita bukan musibah. So now be careful who you change into