Monday, July 13, 2015

Sebuah Pencarian

“Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari.” [Saidina Umar Al-Khattab R.A.]

Kata-kata Umar di atas sering mengingatkan aku bahawa hidup ini sering kali memerlukan tujuan. Bila kita tidak tahu apa tujuan kita buat sesuatu perkara, kita tidak tahu dimana penghujungnya, kita akan mudah putus asa dan putus harap. Senang cerita, kita naik kereta tapi tak tahu nak ke mana, kita bermain bola tapi tiada gol. Semua tu merugikan masa dan fikiran kita.

Jadi apa yang perlu kita buat, wujudkan tujuan hidup dalam hati dan fikiran kita. Sebab itu Allah mengajar kita menjadi seorang hamba yang kuat pegangannya. Apabila kita kuat pegangan marilah ujian macam mana sekalipun kita tidak akan mudah goyah, jauh sekali putus asa. Firman Allah SWT;

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. [Aal-e-Imran: 103]

Tali Allah lah yang paling kuat, yang tidak ada keraguan padaNya. Yang sentiasa ade sebab untuk kita mempercayainya. Yang mampu untuk kita jadikan sandaran setiap kali hati ini bertanya hidup ini apa tujuannya, dari mana aku datang, dan ke mana ingin aku tuju. Jadi, apa jua yang kita ingin lakukan dalam hidup ini biarlah ianya mempunyai reason. Supaya kalau kita hidup seribu tahun sekalipun, ianya tidak sia-sia, malah memberi makna pada diri sendiri dan orang lain. Wallahuaklam..

Friday, June 26, 2015

Sedikit Yang Cukup

Selama 3 tempat yang pernah aku bekerja, satu pesanan dari kawan-kawan di tempat kerja yang merupakan pesanan yang sama. Iaitu "apabila dapat gaji bagilah juga bahagian kepada mak". Ya, pesanan ini jugalah yang ingin aku berikan kepada kawan-kawan yang baru dapat kerja atau yang sudahpun bekerja.

Biar pun gaji kita sedikit berilah seadanya. Mungkin pada zahirnya jumlah kita berkurang, namun apa yang kita inginkan adalah keberkatan dari rezeki yang kita dapat. Apabila rezeki yang kita dapat itu berkat, sedikit pun cukup untuk kita berbelanja sehari-harian, sedikit pun cukup untuk kita membuat amal sedekah, sedikit pun cukup untuk kita membantu mereka yang memerlukan.

Cukup bukan dalam erti kata hidup mewah, tetapi kita gembira dengan rezeki yang kita perolehi. Ada orang, duit banyak, hidup mewah, tapi sering gundah gulana. Tidak kira lah kita mempunyai rezeki yang banyak atau rezeki yang seadanya, namun biarlah rezeki itu membahagiakan kita, bukan sering mendesak kita untuk menjadi manusia yang lalai serta jauh dari rahmat Allah.

Semoga kita semua memperolehi kebaikan dari apa yang telah kita usahakan, inshaAllah.

Kreadit Photo By: lopeleonieunique

Friday, June 19, 2015

Bersediakah Kita?

Aku termenung seketika memikirkan apa yang sedang berlaku pada kita hari ini. Hakikatnya kita masih belum bersedia untuk menang.. Bila memikirkan mengenai perjuangan, fikiran deras melangkau kisah Pembukaan Constantinople oleh Muhammad Al-Fateh yang kira-kira 800 tahun lebih jaraknya dengan hadis Nabi Muhammad SAW.

Ianya bukan sesuatu kisah yang mudah untuk sampai pada tahap yang sedemikian, tapisan demi tapisan, pengorbanan demi pengorbanan, usaha demi usaha yang berterusan, beratus-ratus tahun perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang sehinggalah kepada Muhammad Al-Fateh yang Allah redha dan izinkan untuk membuka Constantinople tersebut.


Mengenangkan pula pada kisah perjuangan Salahuddin Al-Ayubbi. Aku teringat akan suatu kejadian yang berlaku pada zamannya yang diceritakan oleh seorang ustaz. Kisah tersebut adalah ketika berlakunya peperangan di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubbi. Serangan demi serangan yang dibuat ketika itu namun umat Islam masih tidak memperoleh kemenangan.

Salahuddin Al-Ayubbi menjadi hairan kenapa tidak menang, kerana dengan strategi yang sebegitu sepatutnya ia memperoleh kemenangan. Namun dengan rendah diri, pada malam harinya dia berdoa kepada Allah SWT agar memberi petunjuk, apa yang menyebabkan kekalahan tersebut.

Selesai berdoa dia melakukan rondaan terhadap tentera-tenteranya sebagaimana biasa. Apabila dia memeriksa khemah pertama, alhamdulillah dia mendapati lampu menyala, semua tentera dalam khemah tersebut solat tahajjud, begitu juga dengan khemah yang kedua. Namun, apabila dia pergi ke khemah yang ke 3, dia melihat lampu tidak menyala, dan tentera di dalam khemah tersebut masih tido, serta tidak solat tahajjud.

Pada keesokan harinya sebelum pergi ke medan perang Salahuddin Al-Ayubbi memanggil semua tenteranya dan dia mengecualikan tentera yang berada di khemah no 3 untuk berperang bersama. Mereka menjadi hairan dan tertanya-tanya. Salahuddin Al-Ayubbi menceritakan perihal rondaannya semalam, dan dia memberitahu, dia bimbang kalau-kalau disebabkan itu Allah menangguhkan kemenangan tersebut. Setelah pergi berperang, menyaksikan tentera Islam memperoleh kemenangan.

Ya, bukan sesuatu yang mudah untuk mencapai sesuatu kemenangan. Terlalu banyak aspek yang perlu kita jaga. Salah satu aspek utama adalah hati. Dalam memperjuangkan sesuatu yang adil, bersih, cantik, damai, harmoni sebagaimana Islam, kita terlebih dahulu perlu menanam benih-benih suci dalam diri, agar pohon yang akan tumbuh itu adalah pohon yang terbentuk dengan baik seiring dengan keindahan Islam yang kita dibawa. Hindarkan sikap riak, takabbur, kianat dan juga dengki yang sentiasa membisik-bisik ke dalam hati kita supaya berpecah belah, bermusuh-musuhan dan jauh dari rahmat Allah SWT.

Bagaimana kita ingin memperoleh kemenangan tanpa kita bersatu. Bagaimana kita ingin bersatu sekiranya kita sering bersikap riak, takabbur, kianat dan juga dengki sesama kita. Aku teringat akan satu skrip yang ditulis oleh Aziz M. Osman di dalam filem Leftanan Adnan; “Saya tahu antara kamu ada yang tidak serasi, tapi ingat tujuan kamu masuk askar bukan untuk kepentingan diri, kalau kamu tak boleh korbankan kepentingan kamu, kamu tidak akan dapat bekorban untuk negara.”

Begitulah kita dalam memperjuangkan Islam, untuk melihat Islam naik dengan gahnya, untuk melihat kemengangan Islam, kita perlu menundukkan hati-hati kita hanya kepada Allah SWT. Sekiranya terdetik dalam hati kita sesuatu keputusan yang kita buat itu lebih kepada kepentingan diri, parti, organisasi, atau seumpamanya kenangkan kembali apa yang kita perjuangkan selama ini. Apakah kita ingin kuburkan kesucian perjuangan yang dibawa beratus-ratus tahun itu hanya dengan keegooan kita. Aku rasa kita sudah begitu matang untuk menilai dan membuat keputusan.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, sama-samalah kita cuba memperbaiki amalan kita; hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia, agar kita mampu kembali bersatu dalam mencapai kemenangan yang hakiki, yang Allah redha dan izinkan ianya berlaku, inshaAllah.

Bina jambatan menuju ke seberang 
Melangkah jurang lebar dan dalam 
Dengan darah dan keringat 
Dengan airmata berpegang pada taliNya

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah 
Kota yang telah roboh harus dibina semula 
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris 
Semua serangan yang datang kita tangkis

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri 
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti 
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu 
Bangkit membina satu keindahan baru

Phoenix bangkit 
Bina jambatan menuju ke seberang 
Dengan darah keringat dan airmata 
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan, dirindukan, 
Demi cinta tiada lain.. Demi cinta..

Monday, May 4, 2015

Street Dakwah in Kelantan


Sudah lama nak tulis mengenai pengalaman join Street Dakwah yang diadakan di Kelantan, namun baru sekarang berpeluang. Kalau nasi maybe dah basi, tapi pengalaman akan sentiasa menjadi penguat semangat kita untuk mengharungi masa yang akan datang.

Aku bukanlah seorang guru, jauh sekali seorang ustaz, namun aku join Program Street Dakwah adalah bagi memperkenalkan pada diri sendiri, kerja-kerja yang pernah dilalui oleh para dai'e. Jika kita tidak melalui sebagaimana yang mereka lalui kita tidak akan faham, kita tidak akan mengerti sesukar mane kerja dakwah yang telah mereka lalui.

Pada awalnya aku takut-takut untuk join, sebab dengan keterbatasan ilmu agama yang aku ade. Kalau disoalnye aku soalan yang pelik-pelik conferm kelu lidah tak terkata. Namun aku cuba memujuk diri, sekurang-kurangnya aku dapat belajar dari brothers yang dah berpengalaman dalam bidang ni. Mujur aku ditakdirkan berada dalam kumpulan yang mahir, jadi aku just perhati dan belajar apa yang mereka lakukan.

Mad'u yang pertama alhamdulillah dapat feedback yang baik. Dia seorang lelaki chinese yang menjual CD dalam kedai di tepi jalan. Dia suka diajukan soalan. Dulu dia pernah beragama namun sekarang tidak. Katanya dia dah buang semua rantai dan lambang-lambang keagamaan. Sambungnya dia masih belum tergerak hati untuk memeluk Islam. Takpelah hidayah itu milik Allah, sekurang-kurangnya kita telah memberitahu kepadanya mengenai Islam.

Namun, perkhabaran gembira baru-baru ini setelah beberapa kali teman dalam street dakwah menziarahi uncle tersebut. Dia (uncle) meminta Al-Quran dalam bahasa Chinese. Alhamdulillah, semoga dengan usaha tersebut menjadi asbab untuk lelaki chinese itu memeluk Islam, inshaAllah.

Satu lagi pengalaman yang ingin aku kongsikan adalah mengenai seorang remaja perempuan yang bekerja di DiGi. Banyak soalan yang diajukan namun, apa yang ingin aku kongsikan di sini apabila dia menyangka bahawa Melayu dan Islam itu adalah satu benda yang sama. Dari situ salah seorang dari group kami perbetulkan semula perspektif dia terhadap Islam dan Melayu. Melayu adalah bangsa dan Islam adalah agama.

Kalaulah itu perspektif masyarakat terhadap kita orang Melayu Islam, maka lebih besar tugas kita untuk memperbetulkannya kembali. Kerana kita tidak mahu keburukan yang dilakukan oleh orang Melayu merosakkan pandangan masyarakat terhadap Islam. Mungkin kita faham, namun realitinya masih ada yang tidak faham.

Selepas selesai membuat street dakwah, semua kumpulan diminta buat perkongsian pengalaman. Salah seorang wakil dari setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Ada satu perkongsian dari salah satu kumpulan akhawat yang menarik yang ingin aku kongsikan, iaitu apabila mereka diuji dengan permulaan mad'u-mad'u yang tidak ingin memberi feedback. Semuanya mengelak daripada ditemubual.

Salah seorang dari ahli kumpulan tersebut menyumbangkan idea untuk memberi wang bagi membeli masa mad'u tersebut. Kreatif, semoga ia menyebabkan pemuda itu berfikir bahawa apa yang ingin disampaikan itu lebih bernilai dari wang ringgit. Mereka menanyakan pemuda tersebut mengenai pandangan beliau terhadap Islam.

Pemuda tu kata Islam is terrorist. Hmm, ada lagi fahaman macam tu di Malaysia kan? Di bumi serambi Mekah pulak tu. Ahli kumpulan akhawat tersebut membalas dengan soalan "Awak tahu tak siapa yang mulakan serangan? Awak tahu tak siapa yang serang siapa?" Selepas itu ahli kumpulan tersebut menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Semoga dengan penjelasan yang diberi mampu menyampaikan kefahaman terhadap pemuda tersebut dan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya, inshaAllah.

Bukan mudah itu kita menyebarkan ajaran Islam. Aku tidak dapat bayangkan betapa sukarnya Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah suatu masa dahulu, bukan setakat orang tidak mahu dengar, tetapi dicaci, dihina, dibaling batu, diletak tahi unta di atas kepala, Allahurabbi. Hebat dan ikhlasnya Rasulullah dalam menyebarkan Islam tanpa menghiraukan apa yang mereka lakukan, apa yang penting Islam sampai kepada manusia-manusia yang ingin menerimanya.

Buat manusia yang sudah bergelar muslim, hargailah Islam yang sudah sampai kepada kita. Sukarnya orang-orang dulu mempertahankan Islam bagi dapat dikecapi oleh kita pada zaman sekarang. Mungkin kita tidak dapat merasai detik-detik sukar itu. Namun, selaklah helaian sejarah, kamu pasti temuinya. Kalaupun kamu tidak dapat merasainya, hayatilah kisah tersebut dengan mata hati, inshaAllah ia akan memberi kefahaman yang jelas terhadap apa yang berlaku.

Akhir kalam, semoga kita semua dapat berkongsi kebaikan yang ada pada Islam dengan semua makhluk Allah di muka bumi ini, inshaAllah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjauNya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Monday, March 23, 2015

Perangsangka

25 tahun terase diri seperti umur 17 tahun. Bukan kerana terasa diri ni muda, tapi ujian yang datang pada hari ini seperti yang pernah datang pada usia 17 tahun yang lalu. Menjadi manusia yang 'Sangat Sensitif'. Dah lama rasanya tinggalkan diri yang sebegitu.

Seumpama ingin melihat result selama 8 tahun meninggalkan ujian tersebut, apakah ada perubahan ke arah yang lebih baik, atau makin teruk.. Kadang-kadang aku terase pelik, apabila kita ingin menyatu tapi kita sendiri tidak menentu. Kita ingin manusia hidup dalam husnuzan tapi kita selalu su'u dzan.

Kita sering menganggap asyik kita yang kena uji.. So, orang lain tak kena uji ke?

Kita selalu mengeluh apa yang kita nak selalu tak dapat, sedangkan orang lain dapat dengan mudah jer apa yang kita nak tu.. Jadi, orang lain dapat dengan mudah ke apa yang kita dapat?

Kita sering kata, kita jer yang selalu kena sabar, makan hati.. Orang lain tak makan hati ke dengan kita?

Kita melihat orang lain dari perpektif kita. Kita menilai orang lain dengan ilmu yang kita ada. Sedangkan lain orang lain jalan hidup dan lain pula ilmu serta ujian yang ditetapkan kepada mereka. Macam mana kita boleh menilai someone secara keseluruhan mengenainya, sedangkan kita jumpa dengan dia pun jarang-jarang. Walhal dengan suami/isteri kita yang tidur sebantal pun masih banyak yang kita tersalah sangka tentang dia.

Hidup dalam prasangka sangat serabut dan menyerabutkan. Ingin sekali aku mengunci prasangka dalam peti besi dan membuangnya ke lautan dalam. Prasangka sering merosakkan ikatan persaudaraan. Prasangka selalu memburuk-burukkan kebaikan. Prasangka sering mengesek api permusuhan.


Kreadit Photo By : rizalkurnia.com


Ya Allah lindungi aku dari prasangka yang akan merosakkan diri aku dan orang lain. Jauhkan aku dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Sesungguhnya hanya Engkau Maha Penerima Taubat.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al-Hujuraat 49:12]

Thursday, January 29, 2015

Good Bye Friend

Sudah menjadi lumrah pertemuan, perpisahan akan mengekor dari belakang. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan praktikal aku kerana banyak membantu. Banyak yang dia dapat belajar di sini dan banyak juga yang aku dapat belajar darinya. Semoga cepat mendapat pekerjaan yang terbaik, inshaAllah..

Cik(Encik) rase saya boleh teruskan ke dalam bidang ni?

Kenape?

..Xdelah, macam banyak benda jer yang saya tak tahu.

Aw nak jadi ape sebenarnye? Pensyarah? Programming? Aw kena ada titik fokus apa yang aw nak, baru senang aw nak melangkah.

Saya tak minat jadi pensyarah, saye memang suka buat system. Tapi saya tak nak macam buat system analysis. Tapi macam banyak benda yang saya tak tahu.

Maybe dia takut kot tengok family ICT kat sini serba tahu, hahaa (serba tahu la sangat..) Saya dulu pun macam aw juga, tak banyak benda tahu, tapi bila dah masuk alam pekerjaan yang sebenar, baru kita tahu apa yang nak kita buat. Yang penting benda tu betul-betul aw minat. Bila aw dah minat, mari masalah gajoh rima skali pun aw akan ikhtiar juga untuk selesaikannya. Programming aw jauh lebih baik dari saya, saya just tahu benda yang asas jer. Kan Steve Jobs dah kata, buat something yang kamu gila tentang benda tu. Bila aw boleh bersengkang mata sampai pukul 2 3 pagi dengan kerelaan sendiri, memang aw betul-betul gila la pasal benda tu. Lagi pun, bila aw dah masuk di alam pekerjaan, syarikat selalunya akan hantar aw kursus. So tak yah risau lah.

Dia just hangguk dan senyum... Tapi bila aku tengok dia, aku teringat akan aku yang dulu, takut untuk berhadapan dengan something yang kita tak tahu kesan yang berlaku.

Thanks juga untuk buah tangan ni :)


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Monday, January 19, 2015

Wild World

Tentu kita biasa dengar kisah keadilan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz hinggakan serigala dan biri-biri boleh hidup sekali di bawah satu bumbung (kandang). Ia menggambarkan suasana kehidupan ketika itu. Kita boleh bayangkan sendiri bagaimana amannya kehidupan pada masa itu, melalui kisah-kisah yang pernah kita dengar.

Minggu lepas (28 Mei 2014) kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar dirogol oleh 38 orang lelaki. Menurut laporan, pelajar tingkatan dua itu dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh (klik di sini). 3 hari yang lepas aku dipertontonkan satu video mengenai seekor ayam betina dikerumuni berekor-ekor ayam jantan sehingga mati ayam betina tersebut.

Aku mula terfikir apakah itu gambaran suasana kehidupan kita sekarang? Allah banyak mengajar kita melalui binatang-binatang, seumpama Burung Gagak, Merpati, Ayam Jago dan Merak. Kehidupan disekeliling, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang seumpama cermin kepada kehidupan manusia. Agar manusia bukan hanya dapat melihat semut di seberang sungai tetapi juga gajah di depan mata mereka.

Kepada ibu, kakak dan adik-adik janganlah mengagap keterbatasan keluarga kepada kalian sebagai sesuatu yang menyusahkan tetapi untuk melindungi kamu semua dari dunia yang sangat buas pada zaman sekarang. Kami kaum adam boleh membiarkan kaum hawa hidup tanpa sebarang sekatan, tetapi kami tidak sanggup melihat kalian menderita dikemudian hari. Masih terngiang-ngiang khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW
..Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.” 
Semoga kita semua dilindungi Allah dari segala bahaya, inshaAllah.

Now that I've lost everything to you
You say you wanna start something new
And it's breakin' my heart you're leavin'
Baby, I'm grievin'
But if you wanna leave, take good care
I hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

Oh, baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you a sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
I hope you make a lot of nice friends out there

But just remember there's a lot of bad and beware

Friday, January 9, 2015

Bahagia

Ada orang untuk bahagia dia terpaksa menghabiskan banyak wang, ada juga orang untuk bahagia dia tak perlu keluarkan sedikit wang pun. Ada orang untuk bahagia dia terpaksa menindas orang lain, namun ada juga orang untuk bahagia dia perlu bahagiakan orang lain.. Bahagia tersimpan jauh di dalam hati. Kita boleh bahagia pada waktu lapang, kita juga boleh bahagia saat kita buzy memanjang.

Adilnya Allah. Dia tidak memberikan kebahagia untuk orang senang saja, Dia juga tidak menjanjikan bahagia untuk orang susah saja. Kedua-duanya berpotensi untuk bahagia. Apa yang penting mereka sabar dan syukur terhadap apa yang Allah aturkan kepada mereka.. Sedang membelek-belek helaian kitab tadi terjumpa satu ayat ni yang bermaksud :

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. [As-Sajdah 32:9]

Ya, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita bahagia, namun sedikit sekali kita bersyukur. Kita tidak nampak nikmat-nikmat ruji kita itu sebagai sesuatu kebahagiaan kepada kita melainkan apabila Allah menarik nikmat-nikmat tersebut, baru kita terasa alangkah baiknya kalau kita memperoleh kembali nikmat-nikmat tersebut.

Jadi, untuk bahagia kita tidak perlu pergi sampai ke hujung dunia. Untuk bahagia, kita juga tidak perlu tunggu waktu lapang, atau, untuk bahagai kita tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak dan menindas orang lain. Cukup dengan kita menyelami se dalam-dalamnya isi hati kita. Kenal siapa kita, untuk apa kita diciptakan dan ke arah mana kita ingin membawa diri kita.

Sabar dan syukur suatu yang sangat susah untuk kita lakukan. Namun, ia merupakan kunci untuk kita bahagia dunia dan akhirat. Kita boleh sabar saat kita senang, kita juga mudah bersyukur waktu kita susah. Apa yang lebih bermakna apabila saat susah kita sabar dan waktu senang kita bersyukur. Sama-samalah kita berusaha ke arah kita, inshaAllah kebahagian akan datang bertandang.


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki