Friday, September 2, 2016

Aku dan Politik


Aku bukanlah ahli politik, kalau boleh aku tak mahu ambil port langsung mengenai politik di Malaysia. Biarlah ahli-ahlinya yang membuat kerja. Aku memang tak berminat dan serabut untuk memikirkan masalah-masalah yang tidak pernah ada penyelesaian, perkelahian yang tidak pernah ada noktah. Namun, kata kawan aku, “kalau kita tidak peduli mengenai politik, sampai masa kita juga akan terheret sama dalam dunia mereka. Tengok saja apa yang terjadi sekarang, GST, penurunan mata wang, kos sara hidup yang semakin tinggi, penindasan tanpa sedar, dan macam-macam lagi yang dibuat oleh mereka”.

Dengan sebab-sebab tu semua, aku cuba juga untuk telan walaupun aku tahu kelatnya dunia politik ni, supaya aku tidak diperbodoh-bodohkan oleh sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan di atas ketidakpedulian rakyat terhadap dunia mereka. Ada yang direct tanya aku ni sokong parti mana? Seriously aku sendiri pun masih dalam membuat kajian dan penilaian. Ada yang bagitahu dia konfius tak tahu nak pilih parti mana bila mengundi nanti. Aku juga alami perkara yang sama, tak tahu nak pilih yang mana. Tapi aku berpegang pada satu kata-kata yang menjadikan aku jelas hala tuju dalam perjuangan kehidupan ni.

“Kamu sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Kamu sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al-Quran. Kamu adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah SAW.
Andainya kamu ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada kamu, ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.
Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.” [Antara Semalam dan Hari Ini : Hassan al-Banna]

Ya, aku tidak tahu pembahagian seperti itu. Kamu ingin golongkan aku dari golongan wahabi, aswaja, pas, amanah, umno, dap, ikram, isma, dan sebagainya. Golongkan! Tapi, aku jenis orang yang tak pernah kisah. Yang penting aku faham apa yang aku pegang dan apa yang ingin aku bawa. Dan, pada penulisan blog aku ni, bukanlah ingin memberi tahu perlu menyokong golongan itu atau ini, tapi supaya jelas perjuangan kita, iaitu menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.

Jadi kami nak pilih siapa bila pilihan raya nanti? Masa masih panjang ya akhi dan ukhti, buatlah kajian dan penyelidikan siapa yang lebih ke depan dalam menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran serta tengoklah akhlak-akhlak mereka yang kamu ingin berikan amanah untuk menjaga kamu, keluarga, saudara mara serta sahabat handai, apakah apabila diberi amanah dan tanggungjawab mereka mampu memikulnya.

Cuba dekati mereka dan bergaul dengan mereka, kamu akan kenal satu per satu akhlak mereka, ada yang cakap tak serupa bikin, ada yang buat something sebab untuk dapatkan something di belakang, dan ada juga yang zuhud di depan tapi di belakang cukup action, ada yang luar dan dalam sama, dan ada juga betul-betul ikhlas dalam perjuangan ini. Jadi, buatlah homework sikit untuk kesejahteraan generasi kita.

Penatlah nak kena buat kajian bagai.. It’s up to you, kalau kamu rase kamu sayang kepada generasi-generasi kamu, generasi anak-anak kamu dan generasi seterusnya, berusahalah membuat perubahan ke arah yang lebih baik, kerana perubahan itu tidak datang hanya dengan kamu menggoyang kaki dan berpeluk tubuh semata. Ianya memerlukan pengorbanan, dan aku yakin dan percaya kita mampu membina Malaysia yang lebih baik, inshaAllah.

Segala puji bagi Tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau diseksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah
Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku

Seksalah jasadku
Takkanku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya

Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada Yang Terulung
Walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan
Panaslah sang mentari
Lafaz kalimah takkanku henti
Bersaksilah Tuhanku satu

[Kesaksian : Brothers]

Monday, July 4, 2016

Berakhirnya Sebuah Pertemuan (Tarawih)

Malam ni berakhir sudah pertemuan kita sepanjang sebulan. Sayu rasenya menikmati detik-detik akhir bersama. Apakah masih ada jodoh buat kita di tahun-tahun mendatang? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin aku akan merindui saat kita bersama.

Memaknai malam-malam dengan penuh kenikmatan, meski pun ada kalanya mata layu menahan penat dan mengantuk, melepaskan diri dari malas yang terus mencengkam aku dengan kemas. Namun, engkau hadir dengan penuh erti, memaksa aku agar megerti, hidup ini penghujungnya mati, ada hisab yang perlu didepani.

Engkau mengajar aku agar bersungguh dalam mengabdikan diri pada Tuhan Yang Satu. Kuatkan diri melawan hawa nafsu. Buktikan cinta yang selama ini aku ungkapkan pada Tuhan ku. Buktikan pengorbanan agar cinta yang terungkap bukan sekadar kaku. Terima kasih Allah. Terima kasih kerana mempertemukan aku dengan tarawih.


Friday, July 1, 2016

Tanggungjawab Imam dan Makmum

Sama ada kita sebagai imam atau makmum, kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagi seorang makmum, kita perlu mengikut apa yang dilakukan oleh imam, selagi mana imam itu tidak melakukan kesilapan. Baru-baru ini ramai makmum yang terjebak dengan situasi imam melakukan kesilapan ternambah atau terkurang rakaat dalam solat mereka, sama ada dalam solat fardu mahupun solat sunat.

Oleh itu suka untuk aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu mengenai perkara tersebut. Antara situasinya apabila imam bangun ke rakaat yang lebih, seperti rakaat kelima bagi solat asar atau rakaat keempat bagi soalat magrib :
  1. Wajib para makmun duduk menunggu imam di tasyahud akhir dan mengingatkan imam dengan ucapan (subhanallah) agar imamnya sedar, lalu duduk semula.
  2. Jika imam tidak turun duduk semula selepas diingatkan maka makmun yang duduk itu diberi dua pilihan iaitu : mufarawah dari imam atau terus menunggu sehingga imamnya bertasyahud.
  3. Makmum yang ikut berduru dalam keadaan sedar imam pada kedudukan yang salah dianggap sengaja melakukan kesalahn, batallah solat mereka itu.
  4. Tidak batal solat makmum yang ikut berdiri kerana terlupa.

Tambahan :
Jika makmum yang mengikuti imam yang bangun ke rakaat yang kelima itu seorang makmum yang masbuq dan tahu imam itu mendirikan rakaat yang lebih nescaya tidak sah ikutannya, tetapi jika dia mengikutnya dengan kejahilan dan mendapat semua rakaat dengannya, maka ikutannya sah rakaat yang lebih itu dikirakan untuknya mengikut Qaul yang sahih.

Itulah antara sedikit sebanyak perkara yang aku tahu merujuk kepada kitab Indahnya Solat Berjemaah tulisan Ustaz Mohd Haidzir Hussin dan Bekalan Imam Idaman Makmum tulisan Ustaz Mohd Hazri Hashim AlBindany.

 

Apa jua yang kita lakukan di dalam solat merupakan latihan untuk kita apabila berada di luar daripada solat, seperti menutup aurat, khusuk, hidup dalam jemaah dll. Sebagaimana situasi yang berlaku di atas, apabila seseorang imam atau ketua kita melakukan kesilapan, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur kesilapan yang imam lakukan.

Teguran itu bukan untuk merendah-rendahkan imam atau ingin menunjuk makmum itu lebih lebat dari imam, tapi itulah tanggungjawab yang perlu kita lakukan sebagai seorang muslim yang telah diajar oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW. Kerana manusia itu tidak sempurna, ada waktu dan ketikanya ia lalai dan leka.

Oleh itu sama-samalah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Apabila kita melakukan kesalahan kita serulah agar oleh lain menegur kita dan jika orang lain melakukan kesilapan tegurlah mereka. Supaya kita semua terhindar dari jahil dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama, inshaAllah.

Sunday, January 17, 2016

Lihat Dunia Ingat Akhirat

Hari ni pagi2 lagi keluar makan dengan family, abah belanje nasi kerabu Mak Do di Salor. Nasi kerabu Mak Do terkenal dengan nasi kerabu kambing bakar. Memang best, sape2 yang suka makan kambing boleh try singgah. Lauk ayam dan daging bakar pun ade..

Lepas makan kami balik kampung mok di Dewan Beta. Abah ajak teman dia tahan pukat dan menjala. Banyak jgk ikan yang kitaorang dapat.


Banyak lagi sebenarnya, tapi yang lain kecik2, jadi tak ambik gambar. 
Masa ikut abah menjala, aku tukang kutip ikan. Masa kutip ikan tu, lebih banyak ikan yang sederhana besar (remaja) berbanding yang besar (tua).

Aku teringat seseorang pernah berkongsi luahan hatinya kepada aku, dia kata zaman sekarang ni orang muda lebih ramai yang mati dulu berbanding yang tua, hmm bila dilihat kiri kanan tu, betul jugak..

Kadang2 terfikir jugak, dah bersediakan kita menghadapi kemungkinan2 yang bakal kita tempuhi, kerana mati tak syarat sakit, mati tak syarat tua, dan mati juga tak pernah tunggu kita bersedia ataupun tidak.

Aku teringat akan cerita yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz. Suatu hari ada seorang lelaki ternampak seorang budak menangis teresak-esak seorang diri. Lalu lelaki tersebut bertanyakan budak tersebut, kenape menangis? Lalu budak tu menceritakan

"saya ternampak ibu saya memasak didapur, sewaktu ibu saya nak nyalakan api tersebut ibu saya membakar ranting2 kecil terlebih dahulu sebelum membakar kayu2 api yang besar. Saya takut di dalam neraka tersebut dibakar orang yang kecik seperti saya ni dahulu sebelum membakar yang besar2, kerana itu saya menangis."

Hebatnya iman budak tersebut kepada hari akhirat sehingga ketahap itu dia berfikir. Memang itu pun yang kita inginkan, yakni mengkabarkan gembiranya tentang syurga agar kita rasa ghairah untuk mendapatkannya dan menceritakan gerunnya neraka agar kita takut untuk melakukan perkara2 yang akan membawa kita terjerumus ke arah itu.

Dari Ibnu Umar RA berkata, “Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama? Rasulullah menjawab, “Yang paling baik akhlaqnya”. Kemudian ia bertanya lagi, “Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?”. Beliau menjawab, “Yang paling banyak ingat mati kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.” (HR Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy)

Wednesday, January 13, 2016

Scare In Love

"Pahtu ghano aw ni?"
"Ghano gapo?"
"Aw ade kàsih doh ko?"
"Takdop.."
"Pahtu xkène denge hok tu ko?"
"Buke xkène, sayo xtahu nok pilih hok lagu mano."
"Aw try la saing-saing dulu.."
"Eh, sayo saing doh, time dio mitok tolong saye buat. Sayo xreti nak saing hok lebih dari tu.." dia hanya senyum terkedu..

Aku sendiri pun dah tak faham apa yang akal aku fikirkan, ni kan pula orang lain.. Sejujurnya aku dah tak beri ruang kepada akal dan hati aku untuk bicarakan dengan lebih jauh tentang perkara tu. Kalau pun ada datang aku akan biarkan ianya pergi tanpa memanggilnya kembali.

Kecewa dengan kisah lama? Hmm.. mungkin, tapi takut untuk memilih maybe itu yang lebih tepat. Dengan pelbagai kemungkinan yang ada pada masa sekarang ni, aku takut untuk membuat keputusan. Aku takut dengan kabus yang ada di depan mata, sebab kabus sekarang bukan lagi seperti kabus yang dulu. Kabus sekarang kabus hitam pekat yang lebih gelap dari malam itu sendiri.

Aku appreciate usaha mereka yang nak satu kan aku dengan sesiapa pun. Namun sekarang ni aku masih rasa takut, malu, segan. Sifat-sifat tu semua datang kembali pada aku.. Aku sedar kawan-kawan dah ramai yang kawin, ada setengah tu dah ada 2 3 orang anak dah pun. Alhamdulillah itu rezeki mereka.

Bukan tak teringin nak jadi macam mereka tapi tu lah. Aku masih takut dengan bayang-bayang sendiri. Semoga Allah memberi kekuatan untuk aku memikirkan tentang itu semua, inshaAllah.