Friday, January 27, 2012

reUnion 2012 (Let's Refresh Our Ukhwah)

Petang tadi ex-Sullamiah 2008 ada buat reUnion di ‘Food Village’, Pengkalan Chepa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dengan bermulanya pembacaan doa makan, hinggalah kosongnya hidangan. Kami sempat bertanya khabar, berkongsi cerita, juga berita-berita terbaru. Suka melihat kawan-kawan happy dengan script masing-masing, semoga Allah memberi kita kekuatan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang hamba/khalifahNya, inshaAllah.. Pulang dari reUnion kami berhenti solat magrib di Masjid Telipot. Selesai solat aku pergi ke tandas yang berada di bahu masjid. Aku berhenti seketika melihat gelagat seorang kanak-kanak dalam lingkungan 8 tahun yang menyusun seliparnya sebelum melangkah masuk ke tandas. Apa yang lebih menarik perbuatan tersebut bukan kerana pengaruh persekitaran, sebab masa tu semua selipar orang lain tunggang langgang je tanpa arrangement.

Kesedaran yang wujud dalam diri menyebabkan dia mampu membebaskan dirinya dari pengaruh persekitaran. Hakikatnya, kanak-kanak suka mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan LEBIH DARI PENGARUH LUAR. Sekiranya ibubapa menggunakan semaksimum mungkin gift tersebut untuk kita mencorakkan keperibadian mereka, i think pengaruh luar bukan lagi menjadi satu alasan bagi kita untuk berlepas diri dari membentuk sahsiah anak-anak. Memang betul pengaruh luar sangat membimbangkan kita dalam membina sebuah keluarga pada zaman sekarang, tapi how about we change the scared to the challenge. Why? Sebab ketakutan tersebut tidak membawa kita ke mana-mana kecuali menjadi parasit kepada kita dalam meneruskan cita-cita juga impian..

Apa-apa pun reUnion Januari 2012 ni terbaekk! Thank kepada pihak penganjur (En. Ainan, Puan Azieha & Puan Juliana). Makanan Beszzz, keyang perut puas hati :)

Monday, January 9, 2012

Susah, Senang & Pintar, Bodoh

Susah, Senang

Cuti minggu lepas aku pulang ke kampung untuk gunting rambut sambil-sambil ziarah Mok. Aku sangat suka gunting rambut kat situ sebab selain harganya yang murah, kualitinya juga mengikut cita rasa pelanggan. Tu pasal, walaupun aku duduk jauh nun di kota, tapi rela pulang ke kampung untuk gunting rambut. Rosyek, gelaran untuk penggunting rambut tersebut, ramah orangnya. Sanggup hidup susah di kampung sebab nak jaga seorang ibu. Setiap manusia mempunyai kepelbagaian prinsip hidup. Jangan terlalu sombong dengan prinsip hidup kita dengan mengomel cara hidup orang lain, sedangkan syurga itu hanya untuk mereka yang taat akan perintah Tuhannya.

Selalunya bayaran yang dikenakan RM3 sahaja, berbanding di bandar yang paling murah pun RM5, tapi selalunya RM6, kualiti pun kurang memuaskan (bukan semua tempat tapi sebilangan).. Siap gunting rambut aku membuka dompet yang koyak di bahagian bawahnya, untuk membayar perkhidmatan tersebut. Aku hulurkan RM10 dengan niat sambil-sambil nak menolong penduduk sekampung. Setelah dia memberi baki RM4 aku terus ingin pulang. Dia pun tahan dan tanya “berapa tu?” aku jawap “4 ringgit”. Dia cakap “nanti dulu..” sambil memberi lagi 3 ringgit, puas aku menolaknya tapi dia tetap berkeras dengan berkata “yo doh tu awe”.. Pelikkan penjual menolak keuntungan lebih?

Itulah yang aku perhatikan dan dengar dari mulut majority kita, orang susah kebanyakkannya tidak berkira dengan sesuatu yang ada pada mereka, mudah membayar hutang, tidak suka menyusahkan orang lain, senyum dalam letih, manis dalam masalah. Mungkin kesusahan itu mendidik mereka bersikap sedemikian. Pandai menghormati makhluk lain. Yes! Bukan semua tapi majority mengatasi minority right? Bukan aku kata orang yang senang perangainya tak baik, malah aku respect mereka yang hidup senang/mewah tapi menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia lain. Kerana bukan sesuatu yang mudah untuk membelai singa, silap kiraan, kita yang jadi saji makanannya.

Aku teringat akan sabda Nabi Muhammad saw "Aku tidak takut sekiranya umatku diuji dengan kesusahan, yang aku takutkan bila mereka diuji dengan kekayaan, kerana ramai umat terdahulu musnah kerana nikmat kekayaan." Jadi jika ada di antara kita yang diuji dengan sedemikian bertaqwalah.. Bila Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubay Bin Ka’ab “Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan takqwa?” Ubay mengajukan kembali soalan kepada Umar dengan berkata “Pernah ke Amirul Mukminin (Umar Al-Khattab) melalui sesuatu jalan yang penuh duri?” Umar menjawab ”Pernah!” “Lalu apa tindakan kamu?” soal Ubay “aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh” jawab Umar Al-Khattab, Ubay berkata “Itulah makna taqwa.”

Bodoh, Pintar

Bukan semua manusia dianugerahkan kepintaran yang begitu hebat, sehingga mengatasi umur juga keadaanya. Kelebihan tersebut merupakan suatu gift yang tidak terhingga dariNya. Namun ianya juga sebagaimana kesenangan. Ada baik buruknya, ia seumpama sebilah pisau, sekiranya kita menggunakannya untuk memotong sayur ia akan memberi manfaat/kesenangan kepada kita, tapi sekiranya kita menggunakan dengan tujuan membunuh atau mencederakan orang lain, ia akan memberi kesan yang buruk. Aku suka dengan kata-kata Sam Raimi tentang kepintaran, “Intelligence is not a privilege, it's a gift, to be used for the good of mankind.”

Ya, aku risau tentang mereka. Kerana kisah silam membuktikan ramai di antara mereka yang tewas dengan kelebihan mereka sendiri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memusnahkan kehidupan mereka, tambahan pula jika mereka orang islam. Musuh-musuh seumpama binatang liar yang sukar dibaca serangannya, mahu tak mahu kita harus bersikap licik bagi mengatasi perancangan musuh. Dan rintangan yang paling aku takuti adalah godaan yang ada di dalam. Kesedaran di dalam mampu memberi antibody yang kuat bagi mengatasi cabaran yang terdapat di luar sana..

Apa yang aku tertarik tentang character seorang yang foolish? Rendah diri & berusaha mencari, mencari dan terus mencari. Yes, itu character kebanyakan di antara mereka, sikap itu membuatkan mereka telah tertunai suatu ciri yang dituntut oleh agama kita, islam, iaitu rendah diri dan sentiasa laparkan ilmu/pengetahuan. Sentiasa berada dalam keadaan ingin tahu. Tapi, sekiranya mereka tidak mengawal sikap rendah diri tersebut, ia akan membawa kepada sesuatu yang melampau, sehingga merasa tak layak untuk bersuara, takut dalam berkata-kata, lebih suka bersendiri dari bergaul dengan masyarakat dan seumpamanya.

Hakikatnya kesemua kita diuji, sama ada miskin atau kaya, bodoh juga pintar. Harus kita sedar dan sentiasa ingat matlamat kehidupan kita di dunia ini, agar tidak tersasar bila ditiup angin kemewahan atau dilambung ombak kepayahan juga berjalan dalam duri ujian. Jangan tindas menindas, kata mengata, umpat mengeji dan sebaginya, kerana tidak layak untuk kita menspesifikasikan seseorang itu dari sudut kekurangan kita. Apa yang penting kita sama-sama berusaha belajar dan mengajak ke arah kebaikan, inshaAllah segalanya akan baik-baik saja..

Sunday, January 8, 2012

Pengembara Dunia: (Oh Anak!)

Tahun lepas aku solat Jumaat bersama anak saudara yang berusia 2 tahun lebih. Aku agak rapat dengan dia sebab aku memang suka budak lelaki. Jadi aku panggil la dia untuk duduk dengar khutbah dengan aku sebab abah dia nak ke tandas. Mula-mula katib berkhutbah tu dia masih okey, tapi bila dah panjang sikit khutbah, memang nampak la dia punya keboringan & kegelisahan. Kaki mula merayap-rayap mencari sesuatu untuk menghilangkan lenguh & boring.. Dulu masa aku kecik-kecik, aku suka bawa getah untuk hilangkan boring, pastu buat macam-macam bentuk dengan getah tu, bila abah dah nampak aku terhangguk-hangguk (mengantuk) dia jentik je dengan getah. Abah cakap “mujur abe chik bawa getah boleh kejutkan orang mengantuk”, getah makan tokey huhuu..

Selepas habis katib berkhutbah orang ramai berpusu-pusu masuk ke pintu belakang. Anak saudara aku mula tak tentu hala sebab para jemaah bertolak-tolak, last sekali dapat tempat sempit sangat untuk kami solat. "Allahuakbar!" imam memulakan solat. Anak saudara aku yang duduk di belah kiri still steady walaupun duduk dalam keadaan terhimpit, Alhamdulillah. Selesai imam membaca Al-Fatihah dia mula terhangguk-hangguk mengantuk. Dalam keadaan tidak selesa dia merebahkan badan dan baring di lantai. Bila aku nak sujud boleh pulak dia bergolek-golek masa tido, landing betul2 tempat aku nak sujud. Adush! parah ni, aku undur sikit ke belakang dan sujud dalam keadaan bongkok kecik. Fuh! Nasib baik lepas.

“Allahuakbar!” imam memulakan rakaat kedua.. Masa rukuk dia bergolek depan jemaah lain, aku mula gelabah takut menggangu yang lain. Tiba-tiba dia mengigau apa entah, bangun dan sambung solat huhuu.. Ketika sujud rasa muka ni tebal sangat, nak marah pun ada, sebab menggangu jemaah lain.. Dalam sujud terakhir terlintas kisah Hassan naik atas belakang Nabi Muhammad saw ketika sujud. Nabi tak marah, malah Nabi meraikannya lagi dengan sujud lama sehingga Hassan puas dan turun dari belakang Nabi.. Hilang semua malu, marah, geram bila kita letakkan role model kita tu Nabi. Sewaktu tahiyat akhir, dalam mengantuk dia meletakkan kepala dia atas riba aku dan tido sehingga habis solat. Budak-budak masa tido memang cute, kita yang tadinya marah pun boleh swish kepada kasih sayang.

Pengalaman itu yang akan dilalui oleh setiap ibu bapa, khususnya ibu bapa zaman sekarang yang kebanyakkannya kanak-kanak semakin hyperactive. Ibu bapa terpaksa tahan malu dengan kherenah anak-anak bila berdepan dengan masyarakat. Namun bersabarlah, kerana kita juga mungkin pernah memalukan ibu bapa dikhalayat ramai suatu masa dahulu. Jadi jangan cepat marah pada anak-anak kita yang baru ingin mengenal akan sebuah kehidupan. Kerana mereka tidak mengetahui..

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu..

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam
Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan


Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian
Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang

(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik

Kehendak dan ikhtiar

Rindumu yang sebenar