Sunday, January 8, 2012

Pengembara Dunia: (Oh Anak!)

Tahun lepas aku solat Jumaat bersama anak saudara yang berusia 2 tahun lebih. Aku agak rapat dengan dia sebab aku memang suka budak lelaki. Jadi aku panggil la dia untuk duduk dengar khutbah dengan aku sebab abah dia nak ke tandas. Mula-mula katib berkhutbah tu dia masih okey, tapi bila dah panjang sikit khutbah, memang nampak la dia punya keboringan & kegelisahan. Kaki mula merayap-rayap mencari sesuatu untuk menghilangkan lenguh & boring.. Dulu masa aku kecik-kecik, aku suka bawa getah untuk hilangkan boring, pastu buat macam-macam bentuk dengan getah tu, bila abah dah nampak aku terhangguk-hangguk (mengantuk) dia jentik je dengan getah. Abah cakap “mujur abe chik bawa getah boleh kejutkan orang mengantuk”, getah makan tokey huhuu..

Selepas habis katib berkhutbah orang ramai berpusu-pusu masuk ke pintu belakang. Anak saudara aku mula tak tentu hala sebab para jemaah bertolak-tolak, last sekali dapat tempat sempit sangat untuk kami solat. "Allahuakbar!" imam memulakan solat. Anak saudara aku yang duduk di belah kiri still steady walaupun duduk dalam keadaan terhimpit, Alhamdulillah. Selesai imam membaca Al-Fatihah dia mula terhangguk-hangguk mengantuk. Dalam keadaan tidak selesa dia merebahkan badan dan baring di lantai. Bila aku nak sujud boleh pulak dia bergolek-golek masa tido, landing betul2 tempat aku nak sujud. Adush! parah ni, aku undur sikit ke belakang dan sujud dalam keadaan bongkok kecik. Fuh! Nasib baik lepas.

“Allahuakbar!” imam memulakan rakaat kedua.. Masa rukuk dia bergolek depan jemaah lain, aku mula gelabah takut menggangu yang lain. Tiba-tiba dia mengigau apa entah, bangun dan sambung solat huhuu.. Ketika sujud rasa muka ni tebal sangat, nak marah pun ada, sebab menggangu jemaah lain.. Dalam sujud terakhir terlintas kisah Hassan naik atas belakang Nabi Muhammad saw ketika sujud. Nabi tak marah, malah Nabi meraikannya lagi dengan sujud lama sehingga Hassan puas dan turun dari belakang Nabi.. Hilang semua malu, marah, geram bila kita letakkan role model kita tu Nabi. Sewaktu tahiyat akhir, dalam mengantuk dia meletakkan kepala dia atas riba aku dan tido sehingga habis solat. Budak-budak masa tido memang cute, kita yang tadinya marah pun boleh swish kepada kasih sayang.

Pengalaman itu yang akan dilalui oleh setiap ibu bapa, khususnya ibu bapa zaman sekarang yang kebanyakkannya kanak-kanak semakin hyperactive. Ibu bapa terpaksa tahan malu dengan kherenah anak-anak bila berdepan dengan masyarakat. Namun bersabarlah, kerana kita juga mungkin pernah memalukan ibu bapa dikhalayat ramai suatu masa dahulu. Jadi jangan cepat marah pada anak-anak kita yang baru ingin mengenal akan sebuah kehidupan. Kerana mereka tidak mengetahui..

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu..

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam
Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan


Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian
Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang

(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik

Kehendak dan ikhtiar

Rindumu yang sebenar

No comments: