Tahun ini merupakan
tahun yang rushing buat aku. Aku pun tak pasti kenape. Tapi banyak situasi yang
seolah-olah menolak aku ke depan untuk berjalan dengan lebih cepat dari biase,
berlari mungkin.. Ianya bilamana aku membuat keputusan untuk membina rumah di
atas tanah abah pada bulan 10 tahun lalu dan membeli kenderaan pada bulan 11
berikutnya.
Yes, banyak ujian
dan cabaran bila mana kita membuat keputusan yang besar dalam hidup. Sejujurnya
aku seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan. Sebab aku seorang
yang penakut! Sangat penakut untuk berdepan dengan risiko, kerana itu aku perlu
fikir berpuluh-puluh kali, atau maybe beratus-ratus kali untuk membuat
keputusan yang besar; seperti buat rumah dan beli kenderaan, kerana ia
melibatkan kos yang tinggi.
Bergaduh, bermasam
muka, makan hati, hujung tahun lepas dan tahun ni tahun yang paling banyak
sekali! hahahaa.. Sebab ia melibatkan masa depan aku. Aku yang kena tanggung
semua tu selepas ni. Aku cuba untuk ikut satu persatu yang aku anggapkan ia
sebagai takdir dari Allah. Siapalah aku untuk mengontrol perkara yang bukan hak
aku. By the way, sekarang alhamdulillah dah makin okey dan stabil. Namun, kita
hanya merancang; keputusannya terletak pada Allah azza wajal..
Sudah menjadi
kebiasaan aku; aku akan catatkan rumusan diari aku sepanjang tahun tersebut
pada tarikh hari lahir aku. So, begitulah hidup ini. Ujian hidup kita tidak
akan pernah sama dari setahun ke setahun; yang paling penting kita belajar dari
setiap perjalanan hidup yang telah Allah caturkan kepada kita. Mungkin kita
tidak mampu membuat keputusan yang tepat ketika itu, disebabkan keterbatasan
ilmu, kefahaman mahupun pengalaman; namun apa yang paling penting, kita telah
cuba melakukan yang terbaik.
Apa-apa pun thank Q
kepada semua yang wish birthday aku hari ini. Semoga kita semua beroleh
keberkatan dalam hidup di dunia dan akhirat. Dan, terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada mereka yang mendoakan tanpa pengetahuan aku; dan bagimu
juga kebaikan yang sama;
Dari Abu Ad-Darda’ dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)
Menyebut namaMu
Dalam setiap detak jantungku,
Memuji diriMu
Dalam setiap hembus nafasku,
Tak ada yang melebihi
Besarnya kuasaMu,
Alam semesta memuji.
Sungguh Maha Besar diriMu,
Dalam hidup ini Kaulah Tuhanku,
Takkan pernah ada yang melebihi
KekuasanMu,
KebesaranMu.
Tiada lagi tempatku kembali
Hanya padaMu,
Dan tiada lagi tempatku bersujud
Hanya padaMu,
Menyebut namaMu
Dalam setiap detak jantungku
