Thursday, December 18, 2014

Antara Takut dan Harap (Our Dreams)

Would you marry me? perkataan yang sukar untuk diucapkan, kerana ianya bukan sekadar ucapan tapi diungkapkan bersama tanggungjawab yang terpaksa di depani. Tanggungjawab yang akan mengubah kehidupan seseorang secara totally. Namun, ada juga yang menganggap ianya sebagai suatu permainan. Yang hanya ingin memuaskan gelodak hati. Dan pada akhirnya meletakkan seseorang itu pada tempat yang membinasakan. Ia merupakan jalan jauh menuju kebahagiaan. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh try and error. Okey, kita cuba dulu berkahwin, kalau rasa tak serasi kita bercerai. No! Itu bukan cara yang terbaik untuk belajar dari sebuah institut kekeluargaan.
Rasulullah SAW bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”.
Gusar bila mendengar tiap-tiap bulan ada saja rumah tangga yang roboh, sedangkan perhubungan tersebut dibina atas dasar suka sama suka. Aku pun tidak pasti mana silapnya. Bimbang melihat karenah anak remaja yang semakin hari semakin pelik perangainya. Pelajar-pelajar sekolah rendah pun sekarang dan pandai melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Di mana kefahaman kita tentang perkahwinan? Perkahwinan ini untuk apa? Dan ke arah mana kita ingin membawa keluarga yang bakal kita bina nanti? Semua itu perlu jelas agar kita tidak mengaggap perkahwinan itu sebagai suatu permainan ataupun adat budaya.

Tanggungjawab yang diterangkan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan remaja untuk berkahwin, tapi untuk mereka membuat persediaan bagi memikul tanggungjawab tersebut, serta faham akan apa yang bakal mereka tempuhi. Kadang-kala kita perlu rasai kehidupan ini sukar, supaya kita tidak membuat sesuatu yang penting secara cincai. Dan, ada kala kita perlu rasakan hidup ini senang agar kita tidak mudah tertekan dan putus asa.

Thank Q friend for this gift. May Allah bless us, inshaAllah.

Ini sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat rapat aku. Buku yang dah lama aku cari, iaitu buku yang mengumpulkan kisah-kisah Nabi Muhammad SAW, khusus mengenai rumahtangga baginda. Ia menjadi artikel tambahan bagi pengumpulan aku mengenai perkara tersebut yang telah aku cari sebelum ni, alhamdulillah. Semoga kita semua mampu menjadikan baginda Nabi Muhammad SAW dan para sabahat sebagai pedoman dalam melakar gerbang kehidupan kita yang seterusnnya, inshaAllah.
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. [Al-Ahzab 33: 21]
Sedikit yang ingin aku kongsikan apa yang terdapat dalam buku tersebut. Iaitu apabila aku membaca kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW, ia menampakkan banginda ini seorang yang sangat-sangat penyabar. So, first step what have you do is be the Patient Boy. Tapi biar sabar bertempat la, jangan sampai isteri dan anak-anak buat silap pun tak tegur/larang, tu bukan sabar dah tu, tu namanya pakcik dayus! hehee. Okeylah cukup kat sini kot aku membebel malam ni.

Tuesday, December 16, 2014

Let's Leave Something for Next

Lama tak update blog, so malam ni lepas gian nak sambung tulis dairi di blog. Sebenarnya just nak kongsi satu filem best keluaran Disney. Filem ‘Big Hero 6’. Pernah dengar? Kalau tak pernah pi google, famous kot citer tu bagi penggemar kartun. Mesti ada yang tanya, cerita ni pasal ape? Cerita ni mengisahkan seorang remaja yang bernama Hero. Dia seorang yang sangat gemar mereka cipta. Dia ada seorang abang yang juga gilakan reka cipta, Big tu abang dia la yang reka. Namun, apa yang membezakan rekaan abang dia dan Hero, abang dia memasukkan nilai ke dalam robot ciptaannya. Menyebabkan robot tu mempunyai nilai seperti manusia, nilai kasih sayang. Cerita ni berbelit sebenarnya untuk faham, jadi aku kongsi mane yang mudah diceritakan la ye, selebihnya layan sendiri kat youtube.


Apa yang ingin aku kongsikan tentang nilai yang dia masukkan ke dalam filem tersebut. Yang mana apa saja yang kita ingin lakukan biar ia mempunyai nilai. Sama juga macam kita buat kerja. Lain bezanya buat kerja bila mana kita meletakkan nilai ke dalam kerja tersebut. Kita akan lebih suka kepada kerja yang kita lakukan, kita rela bersengkang mata, dan kalau pun kita tidur, kita tidak akan lena sebab otak akan sentiasa memikirkan sesuatu untuk mendapatkan solusi untuk permasalahan kerja tersebut. Aku sangat suka tengok seseorang yang bersungguh-sungguh buat something yang dia suka. Kita akan dapat rasa kerja yang dia buat itu lahir dari hatinya. Dalam filem tu Hero seorang yang sangat bersungguh-sungguh, berpuluh-puluh kali and maybe beratus-ratus kali dia try and error untuk mereka Atrabot. Dan hasilnya osem! ..Namun apa yang dia lupa masukkan adalah nilai yang penting dalam atrobotnya. Sebagaimana nilai kemanusiaan yang abang Hero masukkan ke dalam Big


Oh ye, satu lagi yang aku nak kongsi pasal rekaan abang dia, Big. Walaupun Big sebuah robot yang nampak gemuk, lemah, clumsy dan kebudak-budakan (tapi very cute), namun rekaan itu juga lah yang banyak membantu dalam pengembaraan mereka. Walaupun pertengahan cerita abangnya mati, namun rekaannya yang baik, mampu memberi sumbangan dalam membantu perjalanan hidup adiknya. Walaupun kita dilihat sebagai seorang yang bodoh sebab berlaku jujur di masa dunia yang penuh pembohongan. Walaupun kita dipandang sebagai pengganas kerana mempertahankan hak dan kebenaran. Namun, sesuatu yang diperjuangkan atas nama kebaikan ia akhirnya akan mendominasi kebatilan. Trust to me!


Sebagaimana yang pernah seorang ustaz ceritakan pada aku tentang sahabatnya yang ditukarkan ke sekolah pendalaman disebabkan politik. Namun, biasalah benih yang baik campak ke laut jadi pulau. Sahabatnya tu walaupun ditukarkan ke sekolah pendalaman namun dia mampu hidup dengan lebih baik dan mampu menyebarkan ilmu-ilmu agama  kepada mereka yang kurang pendedahan mengenai Islam kerana faktor tempat yang jauh dari bandar. So, itu la saja yang mampu aku bebelkan malam-malam ni.

Apa-apa pun kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kelebihan masing-masing, gunakanlah untuk menegakkan kebaikan dalam dunia ini. Semoga kita semua dapat mewariskan kebaikan yang berpanjangan kepada generasi seterusnya, sebelum kita beralih ke alam yang lagi satu. Sebagaimana abang Hero tinggalkan Big bagi membantu adiknya. Namun, kita ada benda yang jauh lebih hebat dari itu untuk kita tinggalkan kepada anak generasi kita, iaitu? ...Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pedoman sepanjang zaman kita. Wa ilalliqa' ma'as salama!

Wednesday, November 5, 2014

Bermadu?


Dulu ada seorang kenalan aku bertanya “memang kebanyakan lelaki suka kawin ramai ke kalau berpeluang?” terkedu seketika dengan soalan yang diaju. “Hmm, sejujurnya ya, kebanyakan” Aku jawab mengikut pemerhatian aku terhadap masyarakat sekeliling. Kalau di pejabat tu always ade jer yang citer pasal nak buka cawangan baru, ada yang just bergurau, dan ada juga yang nampak serius dalam soal ni.

Dia tanya aku lagi, kalau aku berpeluang atau mampu, apakah aku akan kawin ramai. Huish! soalan,  dah sah-sah la kan, hahaa.. Takdelah, sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk buat semua tu. Sebab aku sentiasa lihat ianya merupakan satu tanggungjawab, apabila ia disebut tanggungjawab ia akan berkait rapat dengan beban. Sekiranya seseorang tu yakin ia mampu berlaku adil, go on, tapi kalau tanya pendapat aku, aku tidak mampu untuk menanggung dosa berlipat kali ganda jika tersilap langkah.

Why?.. Sebab, apabila sudah berkahwin, semua dosa-dosa isteri, suami yang kena tanggung, tu tak termasuk dosa anak-anak lagi. Sebab tu bagi aku ianya bukan sesuatu yang main-main, that the big responsibility. Tapi, kalau seseorang tu mampu untuk berlaku adil, dan dapat isteri-isteri yang baik, ia merupakan rahmat yang besar, sebab pahala berlipat kali ganda juga yang akan dia perolehi, inshaAllah.

Namun, bagi aku benda ni tak besar mana pun, sebab ade benda yang lebih besar yang perlu kita semua fikirkan. Tahu tak apa benda yang lebih besar tu? Perpecahan ummah! Kita sepatutnya lebih mengfokuskan benda-benda sebegini. Duduk bersama bincang soal bagaimana untuk menyatukan 73 jalan menjadi 1 jalan yang Allah redhai. Bagaimana untuk mendidik anak generasi kita yang semakin hari semakin merunsingkan dengan perangai yang pelik-pelik. Bagaimana untuk mengelakkan diri kita dan masyarakat dari menjadi buih-buih yang tidak bermakna, sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW.

Jadi, semoga kita semua faham mana yang lebih priority untuk difikirkan. Dunia ini terlalu singkat untuk kita berkelahi atau memikirkan sesuatu yang tiada penghujung. Sesuatu yang tiada berpenghujung hanya sedap dibualkan, namun terlalu sedikit manfaat yang kita dapat. Tersilap langkah kita dijadikan boneka oleh musuh untuk kita bergaduh sesama sendiri. All the best! Hope, we are not the bubble, course we are arrow of Islam.

Wednesday, October 8, 2014

Seteguk Kasih Turki, Sesuap Cinta Malaysia.

Hari ni pp (penolong pengarah) pengurusan sekali lagi mengajak aku menemaninya minum. Walaupun perut dah keyang balun nasi pukul 1.30 tadi, untuk ambik hatinya pergi la jugak. Kami pekena kuew teow ladna di kedai yang tidak jauh dari pejabat.

Sambil makan kami sempat berbual-bual. Aku suka setiap kali dia menceritakan perihal sejarah, dia akan cerita dengan bersungguh-sungguh, almaklumlah dia bekas guru sejarah. Tadi dia menceritakan tentang anaknya yang akan menyambung pelajaran ke Turki.

Beruntung betul pelajar Malaysia yang dapat tajaan dari turki. Semua dia tanggung, dari yuran pengajian hingga basuh pakaian di dobi, can you imagine it? Pelajar duduk di sana hanya belajar, segalanya ditanggung. Setahun atau 2 tahun pelajar Malaysia akan belajar bahasa Turki dan menghafaz Al-Quran, mengikut kemampuan pelajar.

Penaja tersebut juga akan mengunjung pelajar 2 bulan sekali untuk menanyakan perihal masalah pelajar. Bukan itu saja, penaja juga menjalinkan silaturahim dengan family pelajar tersebut. Dia akan berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi mengeratkan ukhwah.

"Negara Turki sama macam negara Jepun kan, dia berbangga dengan bahasanya sendiri." Aku memberi pandangan, pp mengangguk tanda setuju. "Mungkin sebab ilmu dalam bahasa kita tak banyak sebab tu terpaksa belajar bahasa English" hujah aku. "tak jugak, kalau nak tu boleh jer." pp mencelah.

"Betul jugak tu, tengok zaman Abbasiyah, walaupun tak ramai orang yang faham bahasa asing tapi mereka mampu mengambil ilmu dari seluruh pelusuk dunia. Bagaimana caranya? Dia mengupah penterjemah yang mahir dalam sesuatu bahasa untuk mentafsirkan kembali ilmu yang ada pada bahasa asing kepada bahasa yang mudah difahami mereka.

Menurut yang saya dengar, penterjemah zaman tu antara orang yang kaya, sebab mereka di bayar dengan gaji yang berpatutan terhadap tugas yang dilaksanakan." Aku berkongsi sedikit  pengetahuan mengenai zaman Abbasiyah.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, zaman kita ni bukan masalah susah nak cari ilmu, ilmu ada di mana-mana, malah di hujung jari saja. Apa yang menjadi masalah adalah ilmu yang kita ada tu ibarat buih-buih di pantai, sampai masa ia akan pecah. Sampai masa ia hilang dari akal dan hati dek kerana kita tidak mengamalkannya.

Sama-samalah kita renung dan memikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada ilmu yang kita belajar bertahun-tahun, bersengkang mata tidur pukul 3, 4 pagi untuk menjawap exam esok hari. Apakah ia sekadar fil qutub atau fil qulub. Tepuk dada renung amal. Semoga ilmu yang kita ada dapat membantu kita di dunia dan di akhirat sana, inshaAllah.

Kreadit : 3.bp.blogspot

Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha 1453H

5 Oktober 2014 : Penat melapah seekor lembu, kami berehat seketika di bawah sebatang pohon yang rimbun. Bergilir-gilir tugas menyiapkan kerja menjadikan sesuatu beban tidak terasa ianya beban, malah sesuatu yang menyeronokkan.

Aku hanya menadah telinga mendengar mereka berbual. Salah seorang yang lebih tua dari kami membuka cerita, katanya "orang dulu-dulu kalau nak ajar sesuatu ilmu kepada anaknya, mereka akan bawa anak-anak mereka ke tempat tersebut, dari situlah anak-anak akan lihat, belajar dan boleh lakukannya. Budak-budak sekarang kalau ajar pun tak boleh buat." katanya panjang lebar.

Hmmm, tidak boleh dinafikan memang itu yang berlaku sekarang. Ilmu manusia semakin bertambah, namun ilmu tersebut tidak dapat membantu kita dalam melaksanakannya di dunia realiti. Mana silapnya? Apakah kita terlalu ghairah ingin menimba ilmu yang banyak sehingga tidak sempat mengamalkannya? Atau kita tidak yakin dengan ilmu yang kita ada, menyebabkan kita takut-takut untuk melakukannya. Pepatah Arab ada mengatakan "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah."

Jadi, sama-samalah kita mengamalkan ilmu yang kita ada walau hanya sedikit, sebab itu lebih baik dari ilmu yang banyak tapi tidak dapat memberi manfaat kepada penimba ilmu tersebut. Consistent is most important to change your lifestyle.

Wednesday, July 30, 2014

24 (Anugerah Terindah)

Kreadit: Life is a Gift

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [190] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [191]
[Aali 'Imran | 190 - 191]

Masih terngiang-ngiang kata-kata dari seorang tutor aku di Open University Malaysia. Dia kata “Everything happen for a reason. Setiap pertemuan itu adalah takdir Allah, hatta kita bertemu dengan seseorang tu dalam masa yang singkat ataupun lama. Jadi, apabila kita memandangnya sebagai takdir Allah, sudah tentu ia bukanlah sesuatu yang sia-sia. Ada benda yang Allah ingin kita belajar daripada pertemuan tersebut.” Teringat pula kata-kata Hamka yang maksudnya lebih kurang; tidak ada kebetulan dalam dunia ni. (Sory lupa susunan ayatnya yang asal. Bak kata sorang kawan aku faktor usia, errr..)

Jadi apa kaitannya dengan tajuk di atas? Tajuk tu adalah umur aku, sangat-sangat terase ketuaan tahun ni sebab hanya 2 3 orang yang bagi duit raye :(     ...Back to the topic, apa yang ingin aku kaitkan dengan ayat di atas. Aku ingin mengambil kesempatan untuk meluahkan rase syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada aku untuk bertemu dengan mereka yang hebat di sekeliling aku. Mereka yang banyak mengajar aku erti hidup, memberi peluang kepada aku untuk mengenali diri aku, mendidik dan memberi pedoman kepada aku untuk terus memperbaiki setiap kekurang yang ada pada diri ini.

Mereka itu adalah keluarga aku, saudara-mara, sahabat handai, kenalan maya dan semua yang pernah ditakdirkan bertemu dengan aku. Kalian adalah manusia terbaik yang ditakdirkan Allah untuk mendidik diri ni. Dan, kepada my family, sekiranya pertemuan 5 minit dengan orang lain itu merupakan sesuatu yang bermakna yang Allah takdirkan kepada abe cik, lebih-lebih lagi pertemuan seumur dengan ma, abah, abe ju, kak bi, kak ti, abe zi, kak jah, yana dan pidah. Kalian adalah anugerah terindah yang tidak terhingga yang Allah hadiah kepada diri ini.

Thank Q kepada semua yang pernah mengenali insan yang bernama Mohd Hanif ni. Kalian adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah kepada insan kerdil ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada yang wish dan mendoakan, semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat, inshaAllah :)

Sometimes I wonder how I got here
I've become all the things I said I wouldn't be
I never thought my life would end up this
But I keep holding onto the dreams within
A new chapter of my life is about to begin

Life is a gift we've been given each day
Full of dreams about tomorrow but were living for today
To live a little we need to love a lot
Life turns something little into
Something amazing

We're brought up to know right
but sometimes we choose to go our own way
We live with our mistakes but we learn from them
And begin to love ourselves for who we are

So many thoughts run through my head
But I've found a peace from up above
Fear of tomorrow fade away with my tears
And I'm turning, turning a new page
Got to live a little

Thursday, June 19, 2014

The Power Of Believe

Minggu lepas aku ada Mesyuarat Pengurusan di Langkawi. Kami tiba di jeti Langkawi jam 8.40 malam. Sebelum check in di Hotel Bayview kami singgah di Restoran Saloma yang berada tak jauh dari jeti. Sambil menunggu hidangan siap kami sempat bersembang. Ada seorang ustaz tu dia buka cerita pasal arwah Ustaz Badrul Amin. Aku tertarik untuk berkongsi mengenai cerita tersebut.

Ada satu hari tu, Ustaz Badul Amin nak ke Kuala Lumpur untuk bagi kuliah. Kebetulan sebelum dia bertolak ada seorang peminta derma datang. Dia hanya ada RM50 tu saja untuk bekalan ke Kuala Lumpur, tapi alhamdulillah dia dah isi minyak tu penuh. Tanpa berfikir panjang, tanpa memikirkan KALAU terjadi apa-apa ditengah jalan (itu yang biasa kita fikirkan pun..) dia sumbangkan RM50 tu kepada peminta derma tersebut. Kebergantungan dia direct kepada Allah, dia serahkan bulat-bulat hidupnya kepada Allah. Sebab semua yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku adalah dari Allah.

“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
[Al-An’am: 17]

Sampai di Kuala Lumpur, selesai kuliah.. Orang yang memanggilnya untuk menyampaikan kuliah tu meletakkan sampul surat dalam poket baju Ustaz Badrul Amin. Bila nak pulang, Ustaz Badrul Amin membuka sampul surat tersebut, tengok-tengok ada RM500. Direct Allah membalas apa yang dia telah dermakan.

Ya, orang-orang dulu memang sangat hebat dari segi kepercayaan dan kebergantungan mereka kepada Allah SWT. Jauh bezanya dengan kita sekarang, ingin buat sesuatu biar ada backup dulu kalau tak memang akan susah hati. Tak salah ada backup, tapi biarlah kebergantungan kita dengan Allah mengatasi kebergantungan kita dengan apa yang telah kita buat.

Sangat hebat ‘the power of believe’ jika kita meletakkan kepercayaan kita yang sebenar-benarnya pada yang sepatutnya. Tengok saja sejarah peperangan Badar, Khanda’, hijrah Nabi, pembukaan Konstantinopel (Turki) dan seumpamanya. Kesemuanya berlaku lain dari sifir kebiasaan. Mampukah kita sampai ke tahap tu? ..InshaAllah, jika kita yakin.

[Kreadit: sheroes]

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
TETAPI MEREKA PERCAYA!
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung
Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi

Hijrah kekasih Allah

Wednesday, May 28, 2014

Izinkan Aku Kembali

Masa mula-mula aku masuk kerja dulu, aku pernah berbual dengan seseorang yang gayanya seperti ustaz di kafe pejabat. Masa tu berita-berita mengenai Mesir semakin kurang didengari, jadi aku ajukan soalan mengenai mesir kepada beliau untuk dijadikan bahan bualan. Namun, ia menjawabnya seakan acuh tidak acuh seperti sesuatu yang tidak seronok untuk dibincangkan. Sejak hari itu aku semakin kurang untuk berbicara mengenai perkara tersebut dengan staff-staff di situ.

Aku hanya dapat berita-berita tentang dunia Islam hanya dalam facebook, blog dan website yang masih belum tentu kesahihannya. Semakin hari terasa diri ini semakin jauh untuk mengetahui berita-berita tersebut. Bila membaca artikel-artikel yang berkaitan, hati aku seakan kosong, tidak rasa kekuatannya seperti dulu.

Aku perasan, tapi aku tidak tahu perubahan apa yang sedang aku alami, sedangkan aku berada dalam sebuah pejabat yang mengurus sekolah-sekolah agama. Namun, dari segi islamicnya aku respect sebab sering memberi tazkirah, solat berjemaah dan mengajar ilmu-ilmu agama. Tapi, dari segi untuk menjadikan isu dunia Islam sebagai topik perbincangan ianya sangat mengecewakan aku.

2 hari yang lepas aku dilantik menjadi AJK promosi 5S. Aku ditugaskan untuk membuat semua design, dari banting, banner, poster, carta organisasi dan seumpamanya. Lepas siap aku buat design, pengerusi promosi 5S mengajak aku pergi bersamanya untuk mencetak banner dan banting di sebuah kedai percetakkan.

Dalam perjalanan, kami sempat berbual mengenai dunia Islam di Malaysia, Mesir dan Yaman. Banyak maklumat yang aku dapat sebab dia salah seorang yang membawa pelajar Kelantan yang ingin sambung belajar ke luar negara. Lagi pun anak dia sendiri baru pulang ke Malaysia yang sedang belajar di Mesir, jadi dapat tahu la serba sedikit mengenai perkembangan di sana.

Aku sempat bertanya mengenai kabar angin yang mengatakan Dr Mursi akan digantung, dia kata dia tak dapat berita dari kerajaan tu sendiri lagi, sebab kalau nak diikutkan peraturan dunia, orang yang ditahan atas dasar politik tidak boleh dihukum gantung.

Dia juga sempat berkongsi pengalamannya di Yaman, dia kata ada satu tempat di Yaman tu memang dia jaga kaw2 punya rakyatnya, sampaikan TV tak ada, dia sekat dari pengimport lagi tak boleh masukkan TV ke tempat tersebut. Cara penduduk di sana mendapat berita hanya dengan mendengar radio, tapi kalau di bandar-bandar besar tu ada la.

Aku sangat teruja bila dapat berbual mengenai perkara-perkara tersebut, kerana jiwa aku yang dulu hampir mati, obor yang dulunya kencang menyala menunggu masa untuk dibawa angian bayu. Ia mengenangkan kembali sewaktu aku bersama abang aku dalam kereta, bila ingin ke mana-mana kami akan rancak bercerita mengenai perkara-perkara sedemikian. Mengenai jatuh bangunnya sebuah tamadun, mengenai lakaran tamadun kini, mengenai masalah-masalah kita, masalah-masalah ummah.

Jika aku diberi peluang untuk back to the future aku ingin berada di samping Nabi dan para sahabat untuk mencatat setiap apa yang berlaku. Bagaimana mereka mengubah dunia. Bagaimana mereka melakar sejarah. Agar umat ini tidak berpecah kepada 73, agar lorong yang kita akan ambil hanya lorong yang satu itu. Namun, itu takdirNya, itu ujianNya untuk kita di akhir zaman.


Nabi telah tinggalkan kepada kita 2 perkara untuk dijadikan pedoman bagi meredah kemelut dunia kini, iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah, cubalah semaksimum mungkin untuk berpegangnya, berakhlak sebagaimananya. Semoga dengan kita redha pada setiap takdirnya, bersabar dengan setiap ujianNya, kita mampu terus berada di lorong yang satu itu, inshaAllah.

[Kreadit By: LangitIlahi.com]

If we don't change society,
Then we are part of the cause,
on the Day of Judgment,
We are going to stand,
in front of Allah,
There will be no excuses,
For being useless.

Without Islam in our lives,
Our lives are fruitless,
Leaving behind,
all things,
taking nothing,
but our deeds,
On the last day it will be,
too late to repent,
We will be accountable

For every minute &
cent that we spent
Islamically intact
My brothers got my back
Shaitan can't attack
because were always in a pack

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Prophet showed us
how to be a statesman
a father, a leader
Amir of jihad
a husband, a judge
and a friend

A messenger
that Allah has send
that's the example
that we content
He cultured
The Sahabas personalities
Built Islamic mentalities
gave them the bigger scope

to spread Islam
All over the globe
they say your too young
to change this world
to young to understand
Look at Ali (RA)
At 8 he was mature
like a man
Carrying this
message of Islam

Khalid Ibn-Waleed
Conquering land
Liberating kufar
to Islam
Abu Bakar
politically sharp
was side by side
with the Prophet
from the start

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again

Carrying Islam
is like carrying a hot coal
pure pressure surrounds us
but we won't fold
when time become tough
remember Jannah

It was difficult
even for the Sahabas
No success
without struggle
Keep our best friends Muslim
So we're always out of trouble
checking our ideas
the way we think

Based on Islam
Because Islam is our Deen
Bonded by our ideas
Islamically connected
Days of Jahillah
Alhamdulillah we left it
Islamic as a yardstick
That we measure
Only for Allah
And to gain HIS pleasure

Much props to my sisters
Carrying this Deen
& to my brothers
With the same mean
We will never idolize
It's no surprise
The youth realize
Jannah is the only prize

Standing together
Kafirs worst nightmare
Muslim united
And not scared
Following only Qur'an
& and the Sunnah
an Ummah
who loves Allah
More than this dunnyah

Monday, May 12, 2014

Say From Your Heart

Pernah aku mengajukan soalan kepada adik aku, "Hati ni perlu diikut atau tidak? Sebab ada setengah orang kata 'jangan ikut hati, ikut hati nanti mati' yang lain pula kata 'walau apa pun yang terjadi cuba jadi diri sendiri. Jangan hipokrit! Dan yang penting ikut kata hati kerana di situ tersimpan permata setiap individu.’" "hmmm.. entahlah" jawab adik aku ringkas. Aku membalas dengan sepotong hadis Nabi yang berbunyi :

"Sesungguhnya pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati." [HR: Bukhari]

Jika kita mampu mentadbirkan hati kita dengan baik, maka baiklah tingkah laku atau tindakkan yang kita buat mengikut kata hati tersebut. Tapi, jika yang kita ikut itu adalah hati yang buruk, maka buruklah tindakan yang kita ambil berdasarkan gerak hati tersebut.

Hati itu suatu yang sangat bernilai yang Allah kurniakan kepada kita, sekiranya kita mampu menjaganya dengan baik, ia seumpama pelita pada mereka yang berjalan ditengah malam yang kelam. Namun, jika ia dirosakkan, ia bukan saja akan menyesatkan malah melemah dan melumpuhkan jasad tersebut.


Sama-samalah kita menjaga nikmat yang Allah berikan kepada kita agar kita memperolehi manfaat daripadanya, inshaAllah.


Thursday, May 8, 2014

My Dairi 8 Mei 2014

Hari ni aku terpaksa menjebakkan diri ke dalam satu mesyuarat. Pada mulanya aku hanya diarahkan untuk menayangkan aktiviti-aktiviti YIK sepanjang tahun kepada tetamu dari UNISEL. Namun, disebabkan aku tertarik dengan isu-isu yang di ke tengahkan, aku membuat keputusan untuk terus berada dalam bilik tersebut untuk mendengar apa yang ingin dibincangkan. Mesyuarat tersebut diadakan bersempana dengan usahasama kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor bagi mewujudkan sebuah University Darul Naim.

Aku suka mendengar mengenai pendidikan. Jadi, aku mengambil peluang tersebut untuk mengetahui bagaimana sesebuah university ingin diwujudkan. Apa langkah-langkah yang perlu diambil. Apa yang perlu diberi keutamaan. Aku tertarik dengan pihak UNISEL yang bersungguh-sungguh membincangkan mengenai perkara tersebut. Dan, pihak mereka juga membuat lawatan ke University-university luar negara bagi memperkembangkan idea baru ke dalam university tempatan.

Suka untuk aku kongsikan apabila dia membandingkan suasana kehidupan di Jepun dan Malaysia. Bukan aku ingin memburuk-burukan tanam tumpah darah aku sendiri, tapi kenyataan yang harus kita terima untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Apa yang prof tersebut kongsikan adalah sikap amanah mereka, yang jika diletakkan barang jualan dan bekas duit tanpa ada peniaga yang menjaganya, ianya mampu berjalan dengan baik, tanpa ada kes yang extreme.

Apa yang lebih menarik untuk aku kongsikan prof tersebut cuba menguji ianya ditempat kita. Sekejap saja semuanya lenyap, yang bergrill juga habis disapu. Dia timbulkan persoalan, “Di mana silap didikan kita? Mesti ada benda yang tidak kena. Sebab mereka boleh buat, sedangkan mereka bukan negara Islam.” Aku suka apabila dia timbulkan persoalan-persoalan begitu, menampakan kecaknaan dan kesungguhkan dia untuk mendidik ummah. Betul la kata orang tua-tua ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’, itulah yang negara Jepun  buat. Mereka telah menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri bangsa mereka, sehingga apabila mereka membesar, sikap positif itu sudah larut dan sebati dalam diri dan masyarat mereka..

Kita masih belum terlambat untuk do it something for our next generation. Sama-samalah kita berusaha memikirkan dan melaksanakan perubahan tersebut sedikit demi sedikit, agar rotan yang dulunya digunakan untuk merotan mereka yang degil, sampai suatu masa rotan hanya dihabiskan untuk membuat perabot, (ada kaitan ke, hentam saja la labu.. :p) Do it something to ourself for do it something to our generation. All the best!

Selamat Hari Ibu, Mama!

Ku sedar ku tak seberapa,
Jika dibanding mereka,
Yang jauh lebih megah dari diri ini.

Apa yang mampu ku berhias,
Hanyalah hati yang ikhlas,
Terpendam simpan untuk dia yang sudi.

Mencintai aku dengan seadanya,
Mencintai aku bukan kerana rupa,
Dalam waktu sedu,
Dalam waktu hiba,
Ku harapkan dia rela.

Mencintai aku dengan seadanya,
Sanggup menerima insan tak sempurna,
Atau mungkin cinta sebegitu hanya,
Kisah dongeng saja.

Belum pernah ku merasakan,
Dipeluk dalam dakapan,
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini.

Sanubariku memerlukan,
Kehadiran seorang teman,
Tulus mencurah kasih sepenuh hati.

Tak, ia bukan kisah dongeng. Cinta sebegitu benar-benar wujud. Sama ada kita terlalu mencari yang lain sehingga terkabus pada yang sememangnya sudah lama ada. Atau, kita memang langsung tidak perasan tentang kewujudan cintanya.. Benar, ia adalah seorang insan yang selalu ada di sisi dan dan membantu tanpa mempedulikan bagaimana keadaan kita.

Sering menadah telinga mendengar kisah suka dan duka kita, menyediakan bahu untuk bersandar. Melapangkan ruang waktu untuk bersama, walaupun masa untuk diri sendiri sering tidak mencukupi sejak kelahiran kita. Ya, dialah mama, dialah teman, dan dialah guru kita. Masihkan kita ingat ketika umur kita kurang dari 2 tahun, dia hanya tidur beberapa jam dek kerana menjaga kita yang sering jaga diawal pagi.

Masihkah kita ingat sewaktu kita sering meraung dan menangis tanpa sebab? Dia bagaikan cacing kepanasan untuk menghiburkan kita. Masihkah kita ingat sewaktu kita sakit dan demam, dia gelisah bagaikan serba tidak kena untuk memastikan kita berada dalam keadaan baik. Masihkah kita ingat sewaktu usia kita mencecah remaja, perangai kita semakin hari semakin pelik, namun dia sering sabar merungkai satu persatu permasalahan kita.

Dialah perisai yang kuat untuk kita meneruskan langkah bagi merempuh ujian hidup ini supaya dapat mencapai impian yang kita hajati. Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi ibubapa kita sebagaimana mereka bermandi keringat untuk membesarkan kita, inshaAllah.


“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Friday, April 18, 2014

Semangat Yang Hilang (18 April '14)

Di kampung hari ni ada Majlis Merisik saudara belah ma tapi aku tak dapat pergi sebab ada kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan. Semangat untuk siapkan kerja-kerja pejabat hari ni kuat. Pagi-pagi lagi layan cerita Rooney VS Drogba, biasa la nak ambik mood, untuk pujuk hati yang lesu semalam. Family semua pergi pagi-pagi lagi bagi menyiapkan juadah untuk tetamu. Lepas selesai tengok cerita, mood pun nampak okey, aku makan nasi goreng yang disediakan oleh abang dan kakak ipar sebelum pergi tadi. Bila dah rasa kenyang, untuk mengelakkan dari mengantuk kita exercise dulu dengan basuh baju, jemur kain dan bersihkan dapur.

Lepas siap mandi, aku mula senaraikan kerja-kerja yang belum sempat siap. Alhamdulillah, terasa hari ni lebih teratur dari semalam. Satu persatu kerja-kerja pejabat aku siapkan. Selepas separuh kerja-kerja tu hampir selesai, aku mula mengantuk. Takut sebenarnya nak tido, khuatir tak terbangun untuk solat Jumaat nanti, takut tak takut, bila dah mengantuk, mari la alasan apa pun tak jadi. Nasib baik la terjaga. Mandi-mandi siap untuk ke Masjid.

Selesai solat, aku balik dengan kelaparan. Buka saji keluarkan nasi goreng yang lebihan tadi. Untuk menyelerakan juadah aku goreng keropok, potong buah tembikai & tembikai susu, dan air tea beng pagi tadi pun still ada dalam peti ais. Biasa la bila duduk sesorang ni, makan pun kurang berselera, terpaksa la perbanyakkan hidangan lain untuk menambahkan selera.

Selepas selesai makan aku, aku sambung buat kerja tadi sambil layan cerita Jimmy Neutron. Apa yang menarik untuk aku kongsikan dalam cerita tu, ada satu haiwan kuda yang bersayap yang dipanggil oleh mereka Buraq. Dan aku terlintas masa aku tengok filem Doraemon dulu, satu kisah mengenai kewujudan manusia, manusia tersebut dipanggil sebagai Adam.

Apa yang nak aku beritahu, mereka tahu pasal cerita-cerita tu semua, dan akui kebenarannya, tapi aku sendiri tak pasti apa yang menyebabkan mereka tidak menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.. Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk menerima kebenaran Islam. Dan, ajarilah kami untuk mendekatkan ajaran Islam kepada mereka. Engkau yang Maha Tahu, bimbinglah kami.

"Dan sesunggunya jika kamu tanyakan kepada mereka, Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab : Allah" [Surah Al-Ankabut : 61]


Sebelum engkau ke mari,
Tiada resah,
Tiada khuatir.

Menjelang kemesraanku,
Yang di rindu,
Hanya syahdu.

Mengapa itu,
Mahu jadi teman,
Mahu jadi kekasih,
Selamanya..

Aku bukan lagi mainan dulu,
Telah ku campakkan kau ke mana,
Ke lautan hitam yang ku tahu,
Pasti kita tak jumpa.

Semalam,
Itu semalam,
HARI INI AKU HIDUP,
DALAM DUNIA YANG AMAN,
Kenangan,
Kita lucutkan,
Kita bakar sama-sama,
Pengalaman hidup,
Seksa....

Thursday, April 17, 2014

Hari Sibuk (17 April '14)

"Wahai Tuhan kami, lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami, tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan dari lidah kami. Supaya mereka faham perkataan kami."

Hari ni aku pergi kerja dengan sedikit perasaan tidak tenang dalam diri, ada benda yang mengganggu hati, meracau perasaan, mungkin datang dari akal yang merewang dari tempat asalnya. Sampai di pejabat, dihidangkan dengan kerja-kerja yang banyak, hanif tolong buat tu, hanif tolong buat ni, hanif boleh tak nak mintak tolong, hanif test yang ni, hanif! hanif! hanif..

Pukul 10.15 pagi, dapat call dari seorang ustaz kena ambil gambar di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah YIK pada hari sabtu. Arghhh! jem kejap, dah la tengah buat kerja yang bertimbun, terus hilang selera nak jamah kerja-kerja yang ada.. Sedang menyiapkan kerja-kerja yang berbaki sambil memotivasikan diri, memujuk akal, datang pula sorang ustaz suruh ambil gambar pukul 2.30 petang di Dewan YIK.. Majlis 2.30 petang? Hari ni balik pukul 3.30 petang, nampak gaya kena balik lewat juga la aku.

Atas arahan tinggal la kerja-kerja tu untuk ambil gambar di Majlis Taklimat Peluang Belajar ke Universiti Timur Tengah. Apa yang menarik dalam taklimat tu, apabila Pengarah YIK cuba menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyambung pembelajaran ke Universiti-universiti di Turki, yang selama ini pelajar hanya tertumpu untuk sambung belajar di Mesir, Jordan dan seumpamanya. Dalam asyik mengambil gambar, tiba-tiba seorang ustaz minta tolong aku untuk memasang laptopnya ke projector.

Aku cuba untuk membantu, namun saat itu la, satu persatu masalah timbul, data dicopy dalam laptop yang tidak boleh cucuk VGA, lepas tu alih data ke dalam laptop lagi satu, laptop tu pula tak boleh terima pendrive tu, ambil pendrive lain plak copy dalam tu, habis cerita. Ingat ke selesai sampai situ jer, laptop tu plak abis bateri semasa presenter sedang berucap, extension tak disediakan, stop kejap majlis, menyebabkan aku rasa macam nak meraung minta tolong, kenapa jadi susah sangat ni, Allahrurabbi..

Bila difikir-fikirkan balik, aku lemah sangat, dengan sedikit masalah yang luar dari kebiasaan timbul, aku akan mudah gabra dan panik, sedangkan dulu aku mampu harungi semua tu dengan baik.


Aku teringat kata-kata seorang ustaz "Allah boleh melapangkan dada kita seluas-luasnya, dan boleh menyempitkan dada kita sesempit-sempitnya, semua tu atas kekuasaan Allah. Kadang-kadang masalah tak besar manapun tapi kita jadi rasa berat untuk tanggung, dan ada kalanya benda tu besar, susah, berat, tapi kita mampu menanggungnya dengan baik dan tenang, itu tanda Allah melapangkan dada kita." ..Semoga Allah melapangkan dada kita semua untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, inshaAllah.

Wednesday, April 9, 2014

Mcfly in Work

Sudah lama ingin menulis dairi di alam pekerjaan, namun masa begitu pantas berputar membuatkan aku hidup dalam sedar dan tidak sedar, sehingga kadang-kadang terus hayut dengan merelakan diri dibawa arus masa. Sedar tidak sedar esok sudah pun hari khamis. Hari yang sangat cool! untuk pekerja-pekerja di Kelantan.

Mengimbau kembali 6 tahun yang lalu, aku mula belajar bekerja dengan abah sebagai wireman. Iaitu semasa menunggu result SPM. Pada mulanya aku kurang berminat dengan wire mengwire ni, sebab agak susah, nak kena paku casing, pahat simen, salah pasang rosak barang orang, tersalah pegang kita yang kena renjatan elektrik.

Tapi, ingat ingin tolong abah, sambil-sambil malas pergi la juga. Tapi tang perkhidmatan lain best! Abah selalu bawa pergi makan kat kedai-kedai sebelum mula kan tugas. Lagi pun abah selalu jer bayar kat anak dia sorang ni, dan aku mula malu-malu P. Ramle, (saya bilang tak payah cik salmah, hahaa..) tak tergamok boh bila besar ni, kalu kecik-kecik dulu ye, selalu ambik upah bila tolong basuh kereta abah.

Lama kelamaan aku mula berminat untuk belajar dengan lebih detail pasal elektrik, untuk manfaat di masa hadapan aku jugak. Selepas aku menyambung pelajaran kat university yang sangat open di Malaysia ni iaitu OUM (Open University Malaysia), aku mula bekerja di sebuah Cyber Cafe untuk menambahkan sedikit pengalaman mengenai komputer. Aku tidak lama di situ disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielak.

Tahun 2010 aku dipelawa oleh abang ipar aku untuk bekerja sebagai pembanci penduduk, alhamdulillah dapat kerja kontrak selama 3 bulan. Kerja pembanci paling banyak aku belajar ilmu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sambil-sambil itu bekerja di part time di OUM, untuk pendaftaran, penyerahan modul, pengawas peperiksaan (ini semasa aku belum jadi student di OUM lagi, jangan salah sangka yer.. bukan aku periksa aku jaga diri sendiri ^^) Belajar sambil bekerja memang sangat memenatkan bagi orang yang baru dalam dunia sebegini. Habis kontrak sebagai pembanci.

Aku bekerja sebagai Pereka Grafik di sebuah syarikat percetakkan. Agak seronok bila bekerja dengan apa yang kita minat. Namun lama kelamaan, kerja yang semakin bertimbun, sehingga selama sebulan aku terpaksa pergi pagi balik tengahmalam, cuti pula hanya sehari. Masa tu aku memang tak ada masa untuk belajar. Balik tengah malam kalau buka buku pun, buku yang baca aku. Last sekali aku buat keputusan berhenti kerja disebabkan situasi yang tidak mampu aku elak. Sempat la ambil pengalaman selama 2 bulan. Dan, laptop lenovo ini sebagai kenangan aku berpenat lelah di situ.

Lama di dalam kebingungan aku cuba beralih arah, bekerja luar dari bidang aku, iaitu membuat roti di kedai bakery kakak dan abang ipar. Mula-mulanya aku hanya tolong-tolong jer, tapi macam mana entah boleh terjebak dalam bidang membuat roti. Ada la ilmu membuat roti tu sikit-sikit. Sedang asyik membuat roti, tiba-tiba ada panggilan daripada Yayasan Islam Kelantan, yang menyuruh aku menghadiri sesi temuduga untuk jawatan juruteknik komputer. Aku confius sebenarnya, bila masa aku apply job tu, tapi bila aku check email-email yang pernah aku hantar rupanya resume tu aku hantar 5 bulan yang lepas. Betullah apa yang pernah diberitahu Saidina Umar Al-Khattab:

“No amount of guilt can change the past & no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee.”
[Umar Al-Khattab RA]

“Sebanyak mana sekalipun kita menyesal/rasa bersalah tentang silap, kita tetap tidak akan mampu mengubah masa lampau kita, dan tidak kira sebanyak mana sekalipun kebimbangan, kita tetap tak akan mampu mengubah masa hadapan. Jangan bebankan diri dengan penyesalan & kebimbangan yang terlampau, kerana setiap sesuatu sudah ditentukan Allah. Jika sesuatu itu memang bukan untuk kita, so dia tetap tak akan datang pada kita, dan jika sesuatu tu memang sudah di takdirkan untuk kita, ia tetap takkan lari dari kita, tetap akan jadi milik kita.”

Dan sekarang alhamdulillah, aku bekerja di Yayasan Islam Kelantan yang suasananya pernah menjadi impian dan gambaran buat aku sebelum ini.. Aku pernah bekerja ditempat yang panas, di dapur, di atas atap, aku juga pernah bekerja di tempat yang sejuk. Aku pernah bekerja di tempat yang rehat hanya untuk makan, minum dan solat, aku juga pernah bekerja ditempat kerja yang kadang-kadang sehari tu takde kerja. Semua itu menjadi asam garam kehidupan, yang membuatkan aku rasa, inilah kehidupan, tidak perlu aku terlalu sedihkan, tidak perlu aku terlalu gembira. Kerana semua akan datang dan pergi. Apa yang penting kita menikmati setiap celupan yang Allah takdirkan untuk kita ketika itu, kerana aku tahu dan yakin, Dia (Allah), tak akan pernah menganiaya hamba-hambaNya.

Terima kasih Allah, terima kasih untuk sebuah kehidupan yang penuh dengan warna-warni, yang padat dengan ibrah, untuk aku terus gagah dalam melakar impian aku yang seterusnya.


When I was just a little boy
I asked my mother
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here's what my sweetheart said.. (Chorus)

Now I have Children of my own
They ask their father
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
I tell them tenderly.. (Chorus)