Wednesday, October 8, 2014

Seteguk Kasih Turki, Sesuap Cinta Malaysia.

Hari ni pp (penolong pengarah) pengurusan sekali lagi mengajak aku menemaninya minum. Walaupun perut dah keyang balun nasi pukul 1.30 tadi, untuk ambik hatinya pergi la jugak. Kami pekena kuew teow ladna di kedai yang tidak jauh dari pejabat.

Sambil makan kami sempat berbual-bual. Aku suka setiap kali dia menceritakan perihal sejarah, dia akan cerita dengan bersungguh-sungguh, almaklumlah dia bekas guru sejarah. Tadi dia menceritakan tentang anaknya yang akan menyambung pelajaran ke Turki.

Beruntung betul pelajar Malaysia yang dapat tajaan dari turki. Semua dia tanggung, dari yuran pengajian hingga basuh pakaian di dobi, can you imagine it? Pelajar duduk di sana hanya belajar, segalanya ditanggung. Setahun atau 2 tahun pelajar Malaysia akan belajar bahasa Turki dan menghafaz Al-Quran, mengikut kemampuan pelajar.

Penaja tersebut juga akan mengunjung pelajar 2 bulan sekali untuk menanyakan perihal masalah pelajar. Bukan itu saja, penaja juga menjalinkan silaturahim dengan family pelajar tersebut. Dia akan berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi mengeratkan ukhwah.

"Negara Turki sama macam negara Jepun kan, dia berbangga dengan bahasanya sendiri." Aku memberi pandangan, pp mengangguk tanda setuju. "Mungkin sebab ilmu dalam bahasa kita tak banyak sebab tu terpaksa belajar bahasa English" hujah aku. "tak jugak, kalau nak tu boleh jer." pp mencelah.

"Betul jugak tu, tengok zaman Abbasiyah, walaupun tak ramai orang yang faham bahasa asing tapi mereka mampu mengambil ilmu dari seluruh pelusuk dunia. Bagaimana caranya? Dia mengupah penterjemah yang mahir dalam sesuatu bahasa untuk mentafsirkan kembali ilmu yang ada pada bahasa asing kepada bahasa yang mudah difahami mereka.

Menurut yang saya dengar, penterjemah zaman tu antara orang yang kaya, sebab mereka di bayar dengan gaji yang berpatutan terhadap tugas yang dilaksanakan." Aku berkongsi sedikit  pengetahuan mengenai zaman Abbasiyah.

Tapi bila difikir-fikirkan balik, zaman kita ni bukan masalah susah nak cari ilmu, ilmu ada di mana-mana, malah di hujung jari saja. Apa yang menjadi masalah adalah ilmu yang kita ada tu ibarat buih-buih di pantai, sampai masa ia akan pecah. Sampai masa ia hilang dari akal dan hati dek kerana kita tidak mengamalkannya.

Sama-samalah kita renung dan memikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada ilmu yang kita belajar bertahun-tahun, bersengkang mata tidur pukul 3, 4 pagi untuk menjawap exam esok hari. Apakah ia sekadar fil qutub atau fil qulub. Tepuk dada renung amal. Semoga ilmu yang kita ada dapat membantu kita di dunia dan di akhirat sana, inshaAllah.

Kreadit : 3.bp.blogspot

No comments: