Wednesday, November 5, 2014

Bermadu?


Dulu ada seorang kenalan aku bertanya “memang kebanyakan lelaki suka kawin ramai ke kalau berpeluang?” terkedu seketika dengan soalan yang diaju. “Hmm, sejujurnya ya, kebanyakan” Aku jawab mengikut pemerhatian aku terhadap masyarakat sekeliling. Kalau di pejabat tu always ade jer yang citer pasal nak buka cawangan baru, ada yang just bergurau, dan ada juga yang nampak serius dalam soal ni.

Dia tanya aku lagi, kalau aku berpeluang atau mampu, apakah aku akan kawin ramai. Huish! soalan,  dah sah-sah la kan, hahaa.. Takdelah, sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk buat semua tu. Sebab aku sentiasa lihat ianya merupakan satu tanggungjawab, apabila ia disebut tanggungjawab ia akan berkait rapat dengan beban. Sekiranya seseorang tu yakin ia mampu berlaku adil, go on, tapi kalau tanya pendapat aku, aku tidak mampu untuk menanggung dosa berlipat kali ganda jika tersilap langkah.

Why?.. Sebab, apabila sudah berkahwin, semua dosa-dosa isteri, suami yang kena tanggung, tu tak termasuk dosa anak-anak lagi. Sebab tu bagi aku ianya bukan sesuatu yang main-main, that the big responsibility. Tapi, kalau seseorang tu mampu untuk berlaku adil, dan dapat isteri-isteri yang baik, ia merupakan rahmat yang besar, sebab pahala berlipat kali ganda juga yang akan dia perolehi, inshaAllah.

Namun, bagi aku benda ni tak besar mana pun, sebab ade benda yang lebih besar yang perlu kita semua fikirkan. Tahu tak apa benda yang lebih besar tu? Perpecahan ummah! Kita sepatutnya lebih mengfokuskan benda-benda sebegini. Duduk bersama bincang soal bagaimana untuk menyatukan 73 jalan menjadi 1 jalan yang Allah redhai. Bagaimana untuk mendidik anak generasi kita yang semakin hari semakin merunsingkan dengan perangai yang pelik-pelik. Bagaimana untuk mengelakkan diri kita dan masyarakat dari menjadi buih-buih yang tidak bermakna, sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW.

Jadi, semoga kita semua faham mana yang lebih priority untuk difikirkan. Dunia ini terlalu singkat untuk kita berkelahi atau memikirkan sesuatu yang tiada penghujung. Sesuatu yang tiada berpenghujung hanya sedap dibualkan, namun terlalu sedikit manfaat yang kita dapat. Tersilap langkah kita dijadikan boneka oleh musuh untuk kita bergaduh sesama sendiri. All the best! Hope, we are not the bubble, course we are arrow of Islam.

No comments: