Sama ada kita sebagai imam atau makmum, kita mempunyai tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan. Bagi seorang makmum, kita perlu mengikut apa yang dilakukan
oleh imam, selagi mana imam itu tidak melakukan kesilapan. Baru-baru ini ramai makmum
yang terjebak dengan situasi imam melakukan kesilapan ternambah atau terkurang rakaat
dalam solat mereka, sama ada dalam solat fardu mahupun solat sunat.
Oleh itu suka untuk aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu mengenai
perkara tersebut. Antara situasinya apabila imam bangun ke rakaat yang
lebih, seperti rakaat kelima bagi solat asar atau rakaat keempat bagi soalat
magrib :
- Wajib para makmun duduk menunggu imam di tasyahud akhir dan mengingatkan
imam dengan ucapan (subhanallah) agar imamnya sedar, lalu duduk semula.
- Jika imam tidak turun duduk semula selepas diingatkan maka makmun yang duduk
itu diberi dua pilihan iaitu : mufarawah dari imam atau terus menunggu sehingga
imamnya bertasyahud.
- Makmum yang ikut berduru dalam keadaan sedar imam pada kedudukan yang salah
dianggap sengaja melakukan kesalahn, batallah solat mereka itu.
- Tidak batal solat makmum yang ikut berdiri kerana terlupa.
Tambahan
:
Jika makmum yang mengikuti imam yang bangun ke rakaat yang kelima itu
seorang makmum yang masbuq dan tahu imam itu mendirikan rakaat yang lebih
nescaya tidak sah ikutannya, tetapi jika dia mengikutnya dengan kejahilan dan
mendapat semua rakaat dengannya, maka ikutannya sah rakaat yang lebih itu
dikirakan untuknya mengikut Qaul yang sahih.
Itulah antara sedikit sebanyak perkara yang aku tahu merujuk kepada kitab Indahnya Solat Berjemaah tulisan Ustaz
Mohd Haidzir Hussin dan Bekalan Imam
Idaman Makmum tulisan Ustaz Mohd Hazri Hashim AlBindany.
Apa jua yang kita lakukan di dalam solat merupakan latihan untuk kita
apabila berada di luar daripada solat, seperti menutup aurat, khusuk, hidup
dalam jemaah dll. Sebagaimana situasi yang berlaku di atas, apabila seseorang
imam atau ketua kita melakukan kesilapan, sudah menjadi tanggungjawab kita
untuk menegur kesilapan yang imam lakukan.
Teguran itu bukan untuk merendah-rendahkan imam atau ingin menunjuk makmum
itu lebih lebat dari imam, tapi itulah tanggungjawab yang perlu kita lakukan
sebagai seorang muslim yang telah diajar oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad
SAW. Kerana manusia itu tidak sempurna, ada waktu dan ketikanya ia lalai dan
leka.
Oleh itu sama-samalah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Apabila kita
melakukan kesalahan kita serulah agar oleh lain menegur kita dan jika orang
lain melakukan kesilapan tegurlah mereka. Supaya kita semua terhindar dari
jahil dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama, inshaAllah.