Thursday, November 28, 2013

You Are Also My Teacher, Shiro



Minggu lepas kakak aku menceritakan mengenai rancangan Al-Khawater dalam TV Al-Hijrah. Rancangan tersebut bertujuan mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja dengan persoalan-persoalan khusus dan umum. Apa yang menarik minat aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rancangan itu apabila dia membuat kajian mengenai kehidupan masyarat di Jepun. Seperti yang kita semua tahu masyarakat Jepun kaya dengan disiplin hidup.

Ada satu ketika Ahmad Asyaqiri selaku host rancangan tersebut mempertontonkan bagaimana sikap disiplin masyarakat Jepun, dia memperlihatkan benda yang sangat simple iaitu menyusun selipar atau kasut dengan kemas dibahagian yang disediakan. Ya, masyarakat Jepun sangat mementingkan kekemasan dan disiplin. Namun, apa yang menjadi persoalan besar buat aku, apabila kakak aku kata, lepas dia membuat liputan tersebut, dia membuat perbandingan pula dengan masyarakat yang menganut agama Islam di Jepun.

Mereka bukan sahaja tidak meletakkan selipar pada tempat yang disediakan, malah berterabur sana sini, dan apabila ditanya kenapa tidak meletak selipar ditempat yang disediakan, dengan selamba dia jawab “Orang lain pun letak macam tu juga” sambil menunjukkan pada selipar yang berterabur di depan pintu Masjid. Pernah tak kita terfikir kenapa jadi macam ni? Aku blur sekejap bila mendengar fakta ini. Kenapa kita umat Islam jadi macam ni? Negara yang paling bersih, pun bukan negara orang Islam. Kenapa ye? Kenapa kita tidak mampu menjadi contoh kepada yang lain? Kita ni terlalu banyak kerja ke, sehingga terabai benda-benda sekecil tu?

Betul, menyusun selipar itu perkara yang kecil, namun perkara yang kecil itu juga kekadang membentuk keperibadian dalam kehidupan seharian kita. Beware about it! Semalam, sebelum mengakhiri programnya di Jepun, dia melawat satu tempat yang sangat menarik di Jepun untuk mengetahui cara didikan mereka, iaitu sekolah rendah. Untuk mengetahui bagaimana masyarakat Jepun terdidik. Ada banyak benda yang dia ceritakan namun satu yang ingin aku kongsikan, iaitu mereka mengajar anak-anak kecil tersebut menanam pokok bunga.

Penanaman tumbuhan, pemeliharaan binatang, kedua-duanya benda yang penting untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dan berdisiplin. Ini kerana kita terpaksa menjaganya hari-hari untuk memastikan ia membesar dengan baik dan kemudiannya membiak. Ya, memang dari dulu aku bercita-cita untuk mengajar anak aku memelihara binatang seawal usia 3 atau 4 tahun bagi tujuan melahirkan rasa kasih sayang dan bertanggungjawab, namun baru sekarang aku sedar yang ia bukan sahaja sekadar itu, tetapi juga akan membentuk disiplin.

Alhamdulillah, selain bekerja, memelihara Shiro (Arnab) dan Mcfly (Burung) juga selama ini mengubah sedikit demi sedikit sikap aku yang sangat kurang berdisiplin. Akan aku kongsikan perasaan seronok bersahabat dengan alam kepada bakal anak-anak aku nanti, InshaAllah. Kita sama-sama mempunyai kekurangan, namun kita masih mampu memperbaiki sekiranya kita mahu, selamat kembali kepada fitrah :)

Thursday, October 3, 2013

Impian (Antara Mimpi dan Realiti)

Alhamdulillah tahun ni tahun menunaikan impian. Banyak impian aku yang telah tercapai dengan izinNya. Tapi biasa la, Allah takkan bagi sesuatu tu dengan mudah, agar kita lebih menghargainya, agar kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Satu demi satu pengorbanan yang terpaksa dibuat, letih bukan kepalang, kesukaran itu sudah menjadi teman. Kadang-kadang rasa juga ingin berhenti dipertengahan jalan, tapi apa gunanya, aku sudah melangkah, aku sudah pun ke depan, tunggu masa untuk sampai saja. Biar tak mampu berlari kerana penat, aku berjalan, biar tak mampu berjalan kerana jatuh, aku merangkak. Ianya bukan tentang cepat atau lambat aku sampai, tapi sekurang-kurangnya aku akan sentiasa dekat dengan destinasi.

Ye, suatu nikmat yang besar bila sakit, letih, perit dibalas dengan tercapainya keinginan itu. Terasa berbaloi dengan apa yang dilelahkan selama ini. Namun mengejar impian itu tidak akan pernah hilang dalam hidup aku. Impian yang satu ini mungkin lebih sukar, mungkin lebih payah, mungkin lebih mencabar. Diri tertanya-tanya juga, "boleh ke aku lakukan ni?" Kau tanya macam tu sama la macam kau tanya "boleh ke aku masuk syurga?" Kita sama-sama tak ada jawapan untuk itu, tapi kita diberi jalan supaya berusaha, berusaha dan terus berusaha. InshaAllah dengan rahmat dan kasih sayangNya kita mampu mencapainya.

Kamu telah pun mencapai 1/3 dari impian tersebut, mungkin sikit, tapi sekurang-kurangnya impian kamu itu tidak bersifat statik, itu pun sudah cukup. Setiap orang ada saat-saat sukar dalam hidup mereka, hanya mereka yang sabar dan tabah sahaja yang mampu depaninya, dan hanya orang yang mampu depaninya yang akan berjaya. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya, bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat sana juga, inshaAllah.

Di balik sebuah mimpi
Ada sebuah harapan
Ada sebuah kisah yang tersimpan
Berjuang untuk hidup
Berjuang untuk jiwa
Berjuang untuk sahabat sejati
Dan aku ingin terus bermimpi,
Dan ingin mewujudkannya!

Bila harus ku berlari
Bila harus ku terjatuh
Bila nanti ku terluka
Ku tak akan meminta
Di sinilah ku berdiri
Di sinilah ku bertahan
Aku tak akan berpaling
Kerna ku bisa dan ku akan terbang

Fly away, fly away
Searching for the brightest light
Fly away, fly away
Searching for the brightest light

Wednesday, March 20, 2013

Planetarium Negara (Journey To The Star)


Baru-baru ini aku pergi ke Kuala Lumpur menemani Abang aku untuk mengelesaikan satu urusan. Sambil itu kami sempat singgah di tempat-tempat yang disepakati. Antara tempat yang menarik untuk aku kongsikan ialah Planetarium Negara. Aku memang tak pernah sampai ke sana, namun aku tertarik dengan cerita-cerita dari abang aku tetangnya, tambahan pula aku minat dengan ilmu Astronomi (sedikit sebanyak pengaruh dari filem ‘XX-Ray’).

Di dalam Planetarium Negara banyak terkumpul ilmu-ilmu sains seperti jadual berkala (yang kita kena hafal kat sekolah dulu tu..), tapi jadual berkala ni menarik sikit sebab dia siap tunjuk unsur-unsur kimia tu digunakan untuk buat ape, dengan tu kita mudah faham dan ingat. Jadi sesiapa yang susah nak ingat unsur-unsur tu boleh la melawat tempat ni. Banyak juga eksperimen-eksperimen yang telah dibuat, kita just tekan dan tengok hasilnya. Ada juga disediakan dalam bentuk aktiviti visual, jadi minda kita lebih terbuka dan tajam untuk memerhatikanya.

Apa yang lebih menarik untuk aku kongsikan tentang Planetarium Negara ni ialah tayangannya. Berbaloi walaupun dengan bayarannya sebanyak RM6.00. Ianya seolah-olah 3D kerana screen yang digunakan berbentuk mata ikan (eye fish). Tanyangan yang aku tengok masa tu ‘Journey To The Star’. Tayangan yang cukup membawa aku untuk mensyukuri sebuah kehidupan sebagai seorang hamba.

Bayangkan alam semesta yang besar dan luas ini diciptakan untuk kita umat manusia. Dan kejadian alam semesti ini bukannya senang, padahal kita ni siapa la sangat kalau di lihat dari sudut nun jauh di sana (semesta raya), kita ni kecil, terlalu kecil. Namun, Allah menciptakannya sebegitu hebat, bulan, bintang, matahari dan planet-planet yang lain untuk hambaNya yang kurang sekali bersyukur ini. Allahuakbar, terasa diri ini begitu sombong, ego dan meninggi diri.

Aku suka merenung ke langit, kerana di situ aku dapat merasai ketenangan dan melihat diri aku yang sebenar, seorang hamba kerdil yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa kekuatan yang dipinjam. Terima Kasih Allah untuk kehidupan ini.


Sunday, January 6, 2013

Kejutkan Aku (Selamat Tahun Baru 2013)


Setiap tahun baru bermula, bermula juga impian dan harapan yang baru. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T." Walaupun aku tidak mampu membuat perubahan itu setiap hari, namun aku akan usahakan kehidupan tahun ini agar ianya tidak seteruk atau sama dengan tahun-tahun yang lepas.

Sekejap tadi terfikir yang usia aku sekarang sudah hampir 23 tahun. Saidina Ali tidur di atas katil Nabi seusia 12 tahun. Zaid bin Harithah ke medan perang seawal 17 tahun. Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople (Turki) semuda remaja. Diri tertanya-tanya apa yang aku telah sumbangkan untuk agama aku (Islam)? ... Bibir tidak mampu menjawap, hati tersentak kaku ... Ya, apa yang telah aku sumbangkan untuk Islam? ... mata terkedu keliru, hati masih diam tak berpenghuni ...

Hati jujur bertanya “bagaimana cara untuk itu?” “Bukankah kamu ke sekolah berbelas-belas tahun, dan masuk universiti bertahun-tahun? Untuk apa semua tu? Ilmu bukan sahaja untuk tahu, tetapi juga untuk dilaku. Ilmu bukan sahaja untuk mengeyangkan perut dunia, tapi juga untuk timbangan di sana.” Bertubi-tubi tamparan itu hinggap di hati.

Aku pernah membaca kenyataan Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya,

"Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca. Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.”

Kenyataan itu benar-benar memberi tamparan hebat untuk kita. Tamparan untuk aku jaga dari tidur yang lena. Benar ilmu untuk difahami, benar ilmu untuk dihafal, benar ilmu untuk menduduki peperiksaan, benar ilmu untuk mendapat pekerjaan, tapi hanya sejauh itu kah kita ingin ilmu kita pergi? Semoga tahun ini aku mampu jaga dari tidur yang lena, dan bangkit untuk melakukan sesuatu, sebelum aku benar-benar lena di sana, inshaAllah.

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh