Oleh
itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka
kepadaNya). (Surah Ibrahim: 47)
Sesungguhnya
Allah tidak pernah memungkiri janji. Kuliah tarawih tadi menyentuh isu “Kenapa
umat Islam zaman sekarang tidak memperolehi kemenangan sebagaimana perang Badar,
Perang Khandaq, Perang Tabuk, Utusan Thaif mahupun Pembukaan Mekah? Adakah
Allah memungkiri janji? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji, cuma kita
yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan untuk mencapai janji
tersebut.”
Aku teringat
akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menakluk Constantinople. Beliau
bertukus lumus dalam mencapai impian tersebut, bukan sahaja dari segi stategik
peperangan malah akhlak juga beliau titik beratkan. Ianya supaya betul-betul
kena dengan kehendak janji tersebut. Sabda Rasulullah saw ketika menggali parit
dalam peperangan Khandaq, "Konstantinopel akan
jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya
adalah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jadi untuk
mencapai apa saja janji Allah, kita sendiri kena siap siagakan diri untuk
menerima janji tersebut. Allah akan berikan apabila kita betul-betul bersiap bersedia
untuk itu. semoga kita tidak gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat
makbulkan doa kita, jangan mengalah, ini bukan masanya.