Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun 1432@2011

Sedar tidak sedar kita sudah pun masuk tahun baru Masihi. Terlalu pantas masa berlalu, belum sempat aku menyempurnakan apa yang patut dibuat tahun lepas, kini sudah pun terpapar 2011 di kelendar. Itulah sifat masa, tidak larat untuk dikejar, mustahil untuk diundur. Apa yang harus kita lakukan ialah dengan menggunakan sebaik mungkin detik ketika kita berada di saat itu. selagi kita tidak mampu untuk manage diri dan masa, selagi itu kita akan sentiasa ditinggal waktu, waktu yang sia-sia. Aku tahu bukan mudah untuk remaja seusia aku untuk memanage diri dan masa mereka, tambahan pula kita sentiasa didodoi oleh pelbagai hiburan, jadi untuk meletakkan hiburan itu pada masa yang sepatutnya kita kadang kalanya cuai dan ambil mudah, and last sekali ia berlalu dengan begitu sahaja tanpa apa-apa makna. Mahu tidak mahu kita terpaksa bertegas dengan diri bahawa, that time for learn, that time for fun, that time for family and others.

Bukan semua di antara kita yang suka mengikut jadual, kerana aku sendiri pun memang hidup tidak berjadual. But now aku akui betapa jadual itu penting. Tanpa jadual hidup kita akan berterabur. Tanpa jadual kita sukar untuk mengatur apa yang perlu, apa yang harus, ape yang penting dan apa yang terpenting. That why seorang artis atau mereka yang berkait rapat dengan masa yang sharp memerlukan pengurus untuk mengatur setiap gerak geri yang harus dilakukan agar tidak lari dari apa yang telah dicatur. Jadi sama-samalah kita menghargai setiap detik, setiap saat, setiap minit dan setiap jam yang dimatematikkan kepada kita. Pepatah arab ada menyebut "air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu." Semoga kejayaan kita menguruskan masa menjadikan kita seorang manusia yang lebih berdisiplin pada tahun 1432@2011 ini. InshaAllah.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI (2011)

Wednesday, July 28, 2010

20(29/7/1990) : Dugaan Memilih Iman

Kata M. Nasir "Riwayat bermula dari dahulu, pandang belakang tersangatlah jauh, ..". Terlalu jauh usia yang telah aku tinggalkan di belakang sehingga tidak mampu untuk berpatah balik. Hargailah setiap masa yang berlalu "sesaat berangan terlepaslah habuan, ikan tak dapat umpan pula hilang". Masa yang dibiarkan kosong sudah berlalu, masa yang berkecamuk dengan tugas juga turut berlalu. Pahit, manis, masam, masin, pedas, kelat semua digaul bersama ke dalam sebuah kuali kehidupan. Pelikkan jika pedas tiada dalam sambal. Janggal bila ikan kering hilang masinnya. Tawar bila sira labu tiada manis. Seorang Chef, dia tahu di mana harus diletak pedasnya, ke mana harus di taruk masamnya dan siapa yang harus merasainya. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari dari mengecap rasa sedih, gembira, resah, berdebar, penat atau amarah. Itu sudah menjadi sifir bagi seorang makhluk yang bergelar insan. Apa yang penting kita belajar bagaimana untuk menghandle diri kita ketika berhadapan dengan semua situasi tersebut. Itulah bergunanya setiap pengalaman yang kita kutip, bak kata Malique "Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman, konflik motivasi, cuba medatasi, positif dan benci jadi inspirasi pagi"

Baru-baru ini aku belajar bagaimana untuk menjadi persis sebuah komputer. Yang mana hidup bukan untuk sendirian. Ia memerlukan satu hubungan yang lengkap, sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW "Mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat batu-bata binaan yang saling memperkukuh satu sama lain..". Di dalam sebuah komputer kita sering menganggap Prosesor adalah suatu hardware yang amat penting kerana tanpa Prosesor semua aktiviti yang terdapat dalam komputer tidak dapat digerakkan. Tapi pernahkah kita terfikir walau sehebat manapun prosesor ia masih memerlukan Motherboard, Ram, Cmos, Power Supply untuk untuk menjalankan tugas-tugasnya. Ini bermakna kita tidak boleh rasa hebat sendiri, merasakan kita tidak memerlukan sesiapa dalam hidup (teringat akan kisah 'Buli Balik'). Sedarlah perasaan itu bisa membinasakan kita dalam diam.

Selama 20 tahun ni terlalu banyak coretan, lakaran juga tone dalam menampakkan lukisan perjalanan hidup aku. Detik demi detik masa berlalu, helai demi helai lakaran hidup dilukis. Ada yang berbentuk abstrak ada juga yang berbentuk corak. Yang pasti ia memerlukan terlalu banyak warna. Aku berterima kasih kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan yang sudi menjadi sebahagian daripada warna-warna kehidupan aku. Walau ada kalanya aku kurang menghargai warna tersebut tapi ketahuilah yang ia pelengkap kepada sebuah lukisan yang sempurna. Meskipun ia cuma setitik cat.. Semoga Allah membalas segala kasih sayang yang dicurahkan, dan usaha yang dipertaruhkan untuk aku. Mubarak, May Allah Bless You, Semoga Allah merahmati kalian.

"Ya Allah, Kau peliharalah mereka yang amat kusayangi dalam hidup ini ketika ku tidak dapat bersama mereka di sisi, tika dia jaga, tika dia tidur, tika dia gembira, tika dia duka, tika lara dan gundah, tika senang, tika sakit, ku memohon dengan rahmatMu ya Allah, letakkan mereka dalam sebaik-baik perlindunganMu, pandanglah dengan kasih sayangMu sentiasa peliharalah mereka dalam sebaik-baik peliharaanMu.."

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan!!!
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...


Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

By: Mcfly@2010

Song Kehidupan : Inteam feat Nazrie (Raihan)

Saturday, July 24, 2010

Don't judge a thing until you know what's inside it

Terlalu banyak pengalaman yang aku ingin kongsikan, bila mana aku membuat keputusan untuk berpijak ke alam pekerjaan iaitu sebagai seorang pembanci. Jika dulu aku seorang sangat pendiam, tidak pandai berkawan dan tidak ingin mengambil tahu tentang orang lain. Kini aku terpaksa berdepan dengan satu kelemahan yang sangat aku gerun, iaitu berinteraksi dengan orang yang aku tidak kenal latar belakang, perangai, kerenah serta tabiat. Ia seolah-olah suatu kursus untuk mengikis kelemahan aku.

Memang susah! susah!! dan amat susah!! pada mulanya. Amat terseksa. Sehinggalah aku berfikir positif “Maybe ini adalah peluang yang Allah berikan kepada aku untuk aku melihat dunia yang sememangnya aku perlu tahu dan kenal”. Dengan celupan itulah aku belajar mengenal manusia. Ada orang bertamadun dan ada yang tidak bertamadun. Tolak ke tepi mewah atau daif kerana apa yang aku temui adalah sama. Ada orang kaya baik, orang miskin sombong dan ada juga orang miskin baik dan orang kaya ego.

Melihat gahnya rumah yang bercat putih, berdua tingkat, berlamankan rumput kapet dan berkereta Mercedes. Banglonya yang berada di atas tanah yang lebih tinggi dari teres di hadapannya membuatkan aku teragak-agak untuk masuk. Mungkin disebabkan perspeksi aku terhadap orang kaya menyebabkan aku pejam mata untuk membanci di rumah tu. Aku yang bertemankan seorang kawan cuba memberanikan diri untuk memasuki pagarnya yang tinggi menggalah. “ni kena buat e-CENSUS ni” gurau kawan aku. E-CENSUS adalah cara memasukkan maklumat melalui komputer tanpa menggunakan borang. Aku tergelak kerana memamahi maksud yang cuba disampaikan. Tiga hari lepas kawan aku pergi rumah orang kaya dan orang tu ingin membuat e-CENSUS.

Aku menekan loceng yang terpaku di dinding. Berkali-kali aku tekan loceng sambil memberi salam tapi tiada respon. Tiba-tiba pembantu rumah (bibik) keluar, lalu aku memperkenalkan diri. Tidak lama dari itu keluar tuan rumah berjubah arab dan mempelawa kami masuk. Dalam perjalanan ke tempat duduk beralun lagu ‘Barakallah - Maher Zain’ memecah suasan sepi ketika itu. Selesai menanyakan soalan bibik menghidangkan air sarsi. “Kamu masih belajar?” tuan rumah memulakan perbualan. “Ha’a masih belajar di Open Universiti Malaysia dekat Lundang, ambil Diploma IT”. “Ooo.. bagus la, selagi ada masa ni belajarlah. Sekarang ni orang-orang melayu kita susah, hendak mudah semuanya, nak kerja yang senang-senang, nak hidup mudah tapi usaha tidak ada. Nabi dulu hidup susah dari kita, tu pun untuk memperjuangkan islam bukan untuk kepentingan diri. Dah tu takkan kita nak lebih dari nabi”.

Aku mengiakan fakta tu kerana apa yang dia cakap dan apa yang aku lihat kini, itulah hakikatnya. Tuan rumah tersebut menceritakkan kisah bagaimana dia dulu naik dari bawah. Dan apa yang aku tertarik adalah apabila dia mengkritik perangai orang yang kononnya mengaku muslim tapi perangai buruk. Sekali gus mencemarkan image islam itu sendiri. Aku teringat akan kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man “Cubo kito gi ke negara barat, jujur, bersih duk dio, cuma takdok iman, gak apa payoh sangat, Allah ambik iman bubuh dio, come selalu. Kito ore melayu ni doh la rupo huduh pahtu tokse islam pulok takdok gapo”. Kata-kata tu cukup menyedarkan aku bahawa tanpa islam kita bagaikan daun kering dijalanan. Betullah kata Umar Al-Khattab “Aku hanya seorang Umar, kemualiaan aku kerna islam”. Dan mengenai orang kaya tersebut, itulah juga hakikat sebuah kehidupan, kini aku belajar bahawa ‘jangan menilai sesuatu tanpa kamu mengetahui tetangnya’. Minggu lepas aku bertemu tuan rumah tersebut di Masjid Lundang. Sejuk hati aku melihat orang kaya yang tidak lupakan Allah. Semoga Allah sentiasa merimbunkan hidayahnya kepada penduduk rumah tersebut.

Tuesday, June 29, 2010

Soal Hati (Part 1)

“Bagaimana untuk mengelakkan diri dari cinta duniawi?” tanya seorang teman kepada aku “Maksud cinta duniawi?” aku bertanya untuk cuba memahami dengan lebih jelas soalan yang diajukan. “Couple..” jawab dia ringkas. Sebenarnya aku tidak berani menjawab soalan tersebut, tambahan pula aku sendiri masih terkapai-kapai mencari sesuatu dalam soal cinta ni. “Awak pernah bercinta?” soalnya lagi. Dengan sejujurnya aku pernah jatuh cinta pada seseorang but that just in the heart aku mentafsir itu tidak membawa kepada maksud couple. Sudah menjadi fitrah manusia ada perasaan cinta kepada seseorang yang disukainya. Bagaimana perasaan itu timbul? Mungkin dengan bersebabkan? Mana mungkin derasnya ombak tanpa angin laju yang meniupnya.

Masalah cinta dan hati menurut pandangan islam. Allah menjadikan manusia ini daripada 2 akspek. Yang pertama zahir dan yang kedua batin. Aspek ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuklah orang kafir. Oleh sebab itu wujudnya scholl psychology bahkan ada pakar-pakar mereka membincangkan soal ini. Jika sekiranya kita sedih rungsing, stress atau sebagainya kita tidak pergi berjumpa dengan doctor sebaliknya kita berjumpa pakar pysycology atau kaunselor. Apa yang ingin di fokus pada tajuk ‘Soal Hati part 1’ ini ialah berkenaan dengan dalaman bukan luaran, tetapi luaran akan mempengaruhi dalaman, itu tidak boleh dinafikan. Kenapa seseorang itu sedih? Mungkin kerana dia mendengar atau melihat sesuatu benda. Jadi alam zahir dan alam batin ada pintu-pintunya untuk masuk.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Ruum : 21). Kasih sayang merupakan 1 daripada makhluk Allah SWT. Ianya makhluk seumpama kita, namanya kasih dan juga sayang. Ia adalah benda hidup yang mungkin masuk ke dalam hati kita dan mungkin tidak. Oleh kerana itu hati manusia benda yang sangat complex yang tidak boleh dikaji oleh manusia yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia, sampailah kedalam, dalam, dan dalam lagi namanya roh. Roh ni 1 benda yang begitu lagi complex yang mana manusia tak boleh fikir. Allah SWT berfirman Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah : ”Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit“. (QS. 17:85). Jadi ilmu yang dicapai manusia tidak akan boleh mengetahui apa itu sebenarnya roh. Oleh kerana itu Allah mengirimkan nabi dan rasul untuk menceritakan kepada kita bagaimana untuk kita dealkan nafsu dengan masalah jiwa manusia. Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu Nafsi, ilmu jiwa atau psycology, tapi apakah manusia boleh mengenal apa itu jiwa manusia secara hakikatnya? Dia tidak boleh sampai kepada hakikat dan satu kepastian, dia hanya berligar sekitar ketidak pastian. Setiap kali itu ramailah teori-teori baru yg membatalkan teori-teori lama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psycology. Tetapi apa yang dibawa dalam al-quran dan hadis maka itu adalah satu benda yang pasti.

Kenapa manusia bercinta? Cuba kita ambil satu aspek dari hati manusia. Berapa banyak perasaan yang manusia ada?? Cinta, benci, sedih, suka, marah, cemburu dan lain-lain. Masalah-masalah ni ada pada semua manusia. Selagimana dia bergelar manusia selagi itu dia mempunyai perasaan-perasaan itu. Okey, kembali kepada soalan, kenapa manusia bercinta?? Kepada siapa cinta itu perlu diberi? Dari Abu Hurairah ra berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Rahmat Allah terdapat dalam seratus bahagian, maka ditahan pada-Nya yang sembilan puluh sembilan dan diturunkan di bumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itu masing-masing makhluk berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana kuatir memijak anaknya.” (HR. Muslim) Cinta itu rahmat Allah. Kenapa seorang ibu sayang kepada anaknya walaupun anaknya sering keluar masuk penjara? Padahal anak tu yang curi dan pukul dia, inilah sayang rahmat. Ada juga sayang berjasa, sayang kepada seseorang kerana jasa seseorang kepada kita. Dan yang menyentuh bab kita ni sedikit ialah sayang indah. Kenapa lelaki sayang kepada perempuan atau perempuan sayang kepada lelaki?? Mungkin ada ketika dan ketikanya hingga timbulnya rasa sayang tersebut, seumpama dia selalu melawat perempuan tersebut ketika dia sakit di hospital, atau sebagainya. Sayang kerana cantik mungkin itu salah satu faktornya.

Cinta terbahagi kepada 2. Cinta hakiki dan cinta nafsu. Adakah bila kita cintakan sesuatu itu maka semuanya baik kepada kita?? Tidak semestinya, sebagaimana firman Allah SWT “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216). Sebab itu kita diajar untuk redha dengan takdir, supaya kita tidak frust. Sebagaimana yang terdapat dalam doa istikarah "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Doa Solat Istikharah). Bila kita suka sangat kepada satu-satu benda, tiba-tiba kita tidak dapat benda tu, kita jangan ingat kita sudah terlepas dari benda yang paling baik. Kadang-kadang Allah SWT menyuruh kita buat sesuatu benda yang kita tidak suka, padahal benda tu baik untuk kita. Kata iman syafie “Tidak ada yang mungkin itu daripada benda yang telah berlaku”. Sebagai contoh jika sekiranya kita tidak lulus peperiksaan mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita kena positive thinking. Kalau kita bersangka buruk itu sudah jadi salah akidah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Taubah: 23). Tidak boleh mengikut orang yang lebih menyukai kufur walaupun ibu bapa kita. Jadi, masalah cinta ini dia membawa kepada mengikut. Ada orang cinta kepada keburukan, ada orang cinta kepada kebaikan. Allah melarang kita mengikut dan membantu orang-orang yang suka kepada kekufuran. Sabda Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Bagaimana untuk mengetahui bahawa perempuan betul-betul cinta kepada kita atau orang-orang perempuan betul-betul cinta kepada lelaki? So, apa tanda kita cinta pada dia? Allah SWT berfirman Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Jadi dalam ayat ni tanda cinta kita kepada Allah ialah dengan mengikut nabi Muhhamd SAW. Tanda cinta juga ialah sanggup berkorban. Macam sahabat-sahabat nabi, Abdul Rahman Bin Auf dia seorang yang kaya di Madinah apabila Nabi Muhammad saw berkata kita hendak pergi ke peperangan tabuk kita sekarang memerlukan donation untuk berperang dengan tentera Rom yang bilangannya mencecah ratusan ribu dan orang islam pada masa itu mempunyai 90 ribu. Nabi kerahkan semua orang keluar. Pada masa tu musim panas dan musim buah kurma masak. Masing-masing sakit kepala memikirkan tentang buah tamar yang masak tu takut tidak ada orang untuk mengutipnya. Datang Abdul Rahman dia sedekah separuh daripada hartanya, Umar sedekah 3/4 dari hartanya manakala Abu Bakar mendermakan kesemua hartanya “Habis apa yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?“ Nabi bertanya, maka jawab Abu Bakar “aku tinggalkan Allah dan rasul”. Tanda cinta yang seterusnya ialah dia hanyut di alamnya. Maknanya diri dia sudah tidak ada lagi. Sebagaimana cintanya Rabiatul Adawiyah kepada Allah SWT.

Adakah cinta itu mempunyai batas-batasnya. Dalam islam kita ada cinta mutlak dan cinta terhad. Cinta mutlak, cinta kepada Allah dan rasul. Hubungan kita dengan Allah ada 2 iaitu takut dan harap. Sebagaimana kata saidina Umar Al-Khattab r.a kalaulah kita dengar 1 suara daripada langit yang mengatakan bahawa semua orang di dunia ini akan masuk syurga kecuali seorang, aku takut itu adalah aku. Kemudian sekiranya datang suara daripada langit yang mengatakan bahawa semua orang akan masuk neraka kecuali seorang, aku harap itu adalah aku. Ketahuilah bahawa sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahaja dia akan menangkan hati”

Cinta terhad, Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah) 23-24) Habis tak boleh ke kita cinta kepada isteri kita?? Boleh, tapi cinta terhad. Tiada kepatuhan kalau sekiranya cinta kepada ibu bapa, isteri membawa kepada kemurkaan Allah.

Apa itu lelaki dan perempuan?? Lelaki dan perempuan adalah makhluk. Jadi, perasaan sama saja. Orang lelaki banyak akal, orang perempuan banyak emosi. Tapi banyak akal tidak semestinya cerdik. Allah telah tetapkan dalam dunia ni kerja-kerja yang sesuai untuk lelaki dan ade kerja yang sesuai untuk perempuan. Jaga anak sesuai untuk perempuan sebab ia memerlukan emosi. Panjat tiang telefon memerlukan akal dari emosi. Kalau tidak panjat siapa nak gantung atas tu? itu akal dia, emosi dia takut dan sebagainya. Jadi kita tidak boleh fikir benda tukan? Walau ada kalanya perempuan macam lelaki dan lelaki macam perempuan. Tetapi dia tetap manusia maknanya dia tetap ingin cinta dan dicintai. Allah sebut sifat manusia, “tidak dinamakan manusia itu manusia melainkn kerana lupanya”. Dia lupa kebaikan seseorang itu apabila 1 benda berlaku pada dia. Sebagai contoh kita lelaki bagi hadiah kat perempuan banyak benda, bagi cincin, bagi itu, bagi ini, tiba-tiba dia jumpa pakwe lain yang lebih hensem dari kita, dia lupa segala kebaikan kita. Sama la juga macam lelaki. Antara sifat manusia juga, tidak berterima kasih “manusia ni makhluk tidak berterima kasih” bila dia susah dia ingat Allah dan bila dia senang dia tidak bersyukur pada Tuhan

Maka adakah cinta lelaki dan perempuan dibolehkn? kenapa tidak bolehkan?? Yang tak boleh, selepas dari cinta.. si lelaki peluk perempuan adakah dia cinta?? Tidak semestinyakan? Mungkin dia hanya nak bermain saje. Macam lelaki dia kata beginilah, antar surat, antar bunga, keluar dengan perempuanlah adakah dia cinta, tidak semestinya.. Wahai perempuan jangan tertipu. Lelaki ni banyak mempermain-main kan awak, dan mengexploitasikan awak untuk mencapai keseronokan saja, dia tidak cinta pun pada awak. Jadi cinta tu benda lain. Kita mesti cari cinta yang benar. Kalau dia cinta, so, kita kena check apakah tanda-tandanya. Jadi, cinta ni boleh, cinta bukan 1 benda lain tapi bagaimana menyatakan cinta dan benda yang selepas dari cinta itu yang akan kita bincang nanti. Ada bahaya-bahaya yang perlu dijaga...

Monday, June 7, 2010

Review Novel Imam Malik Part 2

Kisah ke2 yang menarik dalam Novel Imam Malik ialah apabila Imam Malik menjadi imam solat subuh di rumahnya, dan Imam Syafie menjadi makmun. Bagi menghormati mazhab Imam syafie, maka Imam Malik membaca doa qunut dalam solatnya. Begitu juga keesokkan harinya apabila Imam Syafie menjadi imam, dia tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Imam Malik. Jauh berbeza dengan zaman kita yang sering berkelahi dengan benda yang tidak sepatutnya menimbulkan masalah. Berkelahi tentang solat terawih, doa qunut, mengata sana, mengata sini. Suka mencari kesalahan orang itulah yang menimbulkan perbalahan antara sesama umat islam.

Islam diturunkan untuk menyatukan umat bukan untuk memecah belahkan umat. Cuba kita ambil contoh kisah ansar dan muhajirin ketika hijrah. Mereka seolah-olah satu hati dan satu jasad. Seumpama sakitnya part of body maka seluruh jasad tersebut merasai sakit. Jadi cubalah jadikan perselisihan pendapat itu sebagai rahmat bukannya musibah. Tawar rasanya iman sekiranya kita merasa kita saja yang betul, walhal Nabi Muhammad SAW telah bersabda Seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” (HR : Bukhari dan Muslim).

Sunday, May 30, 2010

Review Novel Imam Malik


Imam Malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M dan wafat tahun 179 H/796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikkan di perkuburan Baqik. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya bernama Fatimah. Manakala anak-anak lelakinya bernama Muhammad, Hammad dan Yahya.


Keluarga atau keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasulullah. Imam Malik adalah pengasas mazhab Maliki. Imam Malik daripada generasi tabie tabi’in iaitu satu generasi yang tidak sempat bertemu dengan sahabat Rasulullah. Hanya sempat berjumpa dengan generasi tabi’in iaitu mereka yang sempat berjumpa dengan sahabat Rasulullah SAW sahaja. Beliau hidup pada zaman sembilan orang khalifah bani Umaiyah dan 5 orang khalifah bani Abbasiyah. Bermula dari zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah).


Terlalu banyak cerita yang menarik dalam novel ‘Imam Malik Pengarang Kebenaran’ ini, namun hanya 2 kisah yang aku ingin kongsikan di sini. Ia mengenai ketegasan Imam Malik demi menegakkan kebenaran. Pada suatu hari Shobiyah hadir dalam satu majlis ilmu Imam Malik. Shobiyah ialah seorang pengajar seperti Imam Malik tetapi disebabkan kelas pengajiannya tidak mendapat sambutan seumpama Imam Malik maka tibul rasa dengki dan cemburu dalam hatinya. Beliau cuba menghasut orang ramai supaya membenci Imam Malik tetapi tidak berjaya. Kedatangannya majlis ilmu Imam Malik bukan untuk belajar tetapi hendak mencari kesilapan Imam Malik. Kebetulan hari itu Imam malik membincangkan pelajaran mengenai bab nikah khawin.


Seorang pelajar bertanya kepada Imam Malik “Tuan Imam, apakah hukumnya sekiranya seorang suami dipaksa menceraikan isterinya”. Imam Malik menjawab “Tidak sah talak orang yang dipaksa,” pelajarnya bertanya lagi “Tuan Imam, selain talak, apakah sah sekiranya dipaksa?” maka imam Malik menjawab “Apa-apa sahaja yang dipaksa hukumnya tidak sah,” “Kami dipaksa oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur supaya taat setia kepadanya? Adakah salah sekiranya kami membatalkan perjanjian itu” tanya lelaki itu lagi “Kamu membuat perjanjian itu dengan paksaan dan orang yang dipaksa tidak diterima sumpahnya,” jawab imam malik, jujur seorang ulama.


“Tuan Imam, bagaimana pula sekiranya seorang khalifah itu dilucutkan kuasanya secara terpaksa lalu diganti dengan orang lain?” tanya Yazid salah seorng pelajarnya daripada kerabat bani Umaiyah. Dia sengaja menyentuh perkara itu kerana sakit hati dengan khalifah bani Abbasiyah yang merampas kuasa daripada khalifah bani Umaiyah.


“Apa-apa sahaja perkara yang dipaksakan adalah tidak sah,” jawab Imam Malik dengan jujur. Jawapan imam malik itu menimbulkan kemarahan Syobiyah lalu bertanya. “Apakah ini majlis pengajian ilmu atau politik?” “Ilmu dan politik tidak dapat dipisahkan. Keduanya berhubung kait antara satu sama lain,” jawab pelajar daripada bani Umaiyah itu. “Tidakkah kamu tahu Tuhan itu maha berkuasa? Dia menjatuhkan khalifah yang zalim iaitu bani Umaiyah diganti dengan khalifah yang adil iaitu bani Abbasiyah?” Tanya Syobiyah pula.


“Khalifah bani Umaiyah dan khalifah bani Abbasiyah sama sahaja kezaliman mereka, kerana itu kami benci mereka!” teriak yang lain pula. Keadaan menjadi bising apabila berlaku perdebatan di kalangan mereka. Dengan rasa tidak puas hati Syobiyah keluar dari majlis ilmu itu lalu menemui ganenor Madinah dan mengadukan hal tersebut kepada gebenor Madinah. Gebenor memberi tempoh selama 3 hari untuk Imam Malik menarik kembali fatwa yang dibuat. Dalam tempoh tersebut Imam Malik tidak dibenarnya keluar rumah walaupun untuk pergi sembahyang berjemaah. Namun Imam Malik tetap dengan pendiriannya iaitu tidak akan menarik kembali fatwa tersebut.


Dengan perasaan marah gebenor memerintah pegawai menangkap Imam Malik kemudian diikat kaki dan tangannya. Kemudian diletakkan di atas unta dan diheret mengelilingi kota Madinah dan memberitahu orang ramai “inilah ulama pendusta!”. Tidak cukup dengan itu Syobiyah memukul Imam Malik dengan sebatang tongkat sehingga menyebabkan beliau pengsan. Di badannya terdapat 70 kesan pukulan hingga salah satu tulang rusuknya cedera teruk.



Bersambung.........

Thursday, May 27, 2010

Mempelajari Tanggungjawab Penawar Cinta Buta

“Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan, Melukakan dan sukar untuk kita lupakan”. Benar, cinta itu boleh membutakan. Kebenaran bisa terhijab jika sekiranya cinta itu tidak diletakkan pada tempatnya. Mungkin kita memahami cinta itu kasih sayang. Dengan pengertian itu remaja masa kini terkabus dengan apa yang bakal mereka tempuhi di hadapan sana. Bagi mereka, kasih sayang sudah cukup untuk membina satu keluarga bahagia. Betul, kasih sayang amat penting agar tiada krisis penderaan, penindasan dan seumpamanya tapi perlu diingat, kasih sayang belum tentu melahirkan tanggungjawab, tapi tanggungjawab mampu melahirkan kasih dan sayang. Ini kerana kasih sayang itu sendiri sudah termasuk dalam skop tanggungjawab.

“Kadang-kadang saya tak faham kenapa kita kawin? Hanya kerana atas permintaan keluarga?? Tapi saya tahu satu perkara. Pertama kali saya menikahi awak, saya perlu ada tanggungjawab” itulah antara script cerita ‘I’m Not A Single’. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ‘I’m Not A Single’ dan ‘Adam Maya’ (series version) ialah aku boleh belajar bagaimana menjadi seorang suami yang bertanggungjawab untuk sesebuah rumah tangga. Bagi aku Adam seorang suami yang cukup penyabar dengan memperolehi isteri yang degil, ego, pentingkan diri serta curang but he still tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan papa. Filem ini sangat bagus ditonton oleh mereka yang mendambakan sebuah keluarga bahagia. Aku memberinya empat bintang. Bagus untuk Sharpen the Saw seorang suami/isteri dan ayah/ummi.

Tahun ini aku cukup bersyukur sebab Aisyah dibesarkan di depan mata aku, secara tidak langsung aku boleh melihat, memerhati dan belajar bagaimana cara untuk membesarkan seorang anak. Dan ianya luar dari dugaan aku, ianya bukan semudah yang disangka. Itu baru seorang, kalau ramai macam mana?? tak terjawab dek ceteknya pengetahui ini. Maybe usia dan pengalaman akan menjawabnya. Dengan itu sudah cukup alasan aku untuk menolak butanya cinta aku pada seseorang.

Bagi aku inilah masanya peluang untuk aku belajar menimba sedikit sebanyak pengalaman sebelum aku berdepan dengan semua itu. Di hadapan sana adalah kabus, mahu tak mahu aku terpaksa redah kerana destinasi aku di balik sana. Tinggal lagi bagaimana persediaan aku untuk memasuki kabus tersebut. Apakah hanya berbekalkan nafsu, atau berbekalkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada hambaNya.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran!!!

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

By : Mcfly@2010

Song Yang Terindah : DakMie

Tuesday, May 18, 2010

Bertemu Untuk Diduga

Semalam lewat malam baru dapat aku lelapkan mata. Entah kenapa perasaan berdebar menguasai fikiran menyebabkan sukar untuk aku menutupkan mata dan meninggalkan segala yang bermain di minda. Alhamdulillah dengan dorongan Abah, Ma, Abe Ju dan Abe Zie mampu melapangkan sikit beban yang dikendong akal dan perasaan. Sampai sahaja di tingkat 5 aku diminta duduk di bangku yang disediakan. Aku pun tak pasti kenapa perasaan berdebar mampu dikurangkan sedikit. Tiba-tiba datang seorang yang macam aku pernah jumpa tapi kurang pasti siapa. Bila dia perkenalkan diri baru la aku terlintas yang aku pernah bertemu dengannya ketika kerja dengan abah aku dulu.

Kami sempat berbual-bual untuk menghilangkan gementar. Sambil menghilangkan boring aku membelek-belek buku ‘Qiasah’ yang diterbitkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Grafik dan persembahan buku Qiasah itu amat mengagumkan aku. Isi kandungnya juga tidak kurang hebatnya banyak unsur-unsur ilmiah yang diterapkan. Ketika sedang asyik membaca buku Qiasah aku terdengar deringan message Cik Nor dari Mesir. Dia memberi kata-kata semangat dan nasihat. Thanks budak mesir, walaupun kat sana dah pukul 2.56 a.m tapi masih ingat kat seteru awak di sini heheee. Masa berlalu pantas, aku mengambil tempat ke2 untuk diduga. Setiap satu persatu soalan yang diajukan aku jawab sejujurnya. Lebih kurang 8 minit aku berada di bilik mesyuarat utama, dan akhirnya selesai sudah sesi temuduga tersebut.

Apa yang terlintas di jenak pemikiran ketika debaran yang tak terkawal, bagaimana sekiranya aku berada di padang mashar nanti. Ini baru bertemu manusia biasa yang mempunyai pangkat, tu pun berdebar macam nak luruh jantung. Ia tidak mampu dijawab oleh akal dan tidak terlintas di fikiran. Sabda Rasulullah yang bermaksud "Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan terlanjang, sebagaimana lahirnya bayi daripada perut ibunya" Pada suatu ketika, Aishah bertanya kepada Nabi. Katanya, "Adakah lelaki dan perempuan berkumpul bersama di ketika itu, ya Rasulullah?" Maka Nabi pun menjawab, "Memang benar, wahai Aishah. Semuanya akan dikumpulkan bersama." Aishah berkata lagi, "Alangkah malunya aku wahai Rasulullah kerana kemaluan kita akan dapat dilihat di antara satu sama lain."

Kemudian Rasulullah berkata sambil menepuk-nepuk bahu Aishah, "Wahai Aishah, sesungguhnya pada hari itu, manusia berada dalam keeadaan yang amat sibuk dan tidak mempunyai ruang waktu untuk melihat kemaluan orang lain. Semuanya akan memandang ke langit. Mereka akan berdiri di situ selama empat puluh tahun lamanya dengan tidak makan dan tidak minum. Keadaan mereka amat menyedihkan kerana mereka berada dalam keadaan kehairanan dan ketakutan. Dikatakan bahawa ada kalangan mereka peluhnya mengalir sampai betis, ada yang sampai ke perut, ada yang sampai ke mulut. Keadaan ini berlaku kerana terlalu ramai dan mereka berdiri terlalu lama."

Begitu dasyatnya gambaran yang diberi nabi kepada kita ketika bertemu Allah kelak. Mampukah aku bertemuNya nanti dengan keadaan tenang dan tenteram. Hanya Dia yang Maha Mengetahui yang mampu menjawabnya.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Oh, Guru maafkan kami, Didiklah kami,

Berilah peluang, Semoga tak sia-sia,

Kami buktikan, kami berjaya!!!

Buat my mum, my father, my eldest brother(Abe Ju), my sisters (Kak Ti, Kak Jah, Yana dan pidah). Dan tidak lupa juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah SMU(A) Sullamiah dan Tutor Open University Malaysia (Kelantan Learning Center). Semoga teruskan usaha mendidik generasi-generasi baru yang penuh dengan cabaran. Sesungguhnya jasamu sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

Saturday, May 15, 2010

Harga Segulung Ijazah di Turki

Memang sukar untuk mendapatkan segulung ijazah. Ia memerlukan masa yang bertahun-tahun untuk mendapatkannya, itu tidak termasuk lagi yang terpaksa tangguh. Ada kalanya sampai 9 tahun baru tamat tempoh pengajian. Apabila dikira dan dicongak dengan harga yuran, penat letih pengajian, jerit perih untuk menage diri memang harganya tidak terkira. Hanya orang yang cekal semangat yang akan dapat meletakkan roll ijazah ditangannya, tapi tidak semua yang dapat ijazah tinggi semangatnya.

2 hari yang lepas aku mengambil masa untuk meneruskan pengembaraan aku ke Turki bersama ustaz Hasrisal (Saiful Islam) di dalam bukunya ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Apabila aku membaca buku tu aku seolah-olah dibawa ustaz Hasrizal ke dalam dunia pengembaraannya yang sebenar. Satu persatu kerjadian di Turki dikupasnya bagaikan tiada yang tercicir.

Apa yang mengheret hati aku menulis artikel ni adalah berkenaan dengan pengharaman tudung di universiti-universiti, Turki. Ianya bermula pada 28 Februari 1997, apabila pihak tentera mengambilalih penguasaan di negara Turki. “Menyebabkan banyak institusi Islam ditutup. Sekolah-sekolah agama ditekan, manakala pusat hafalan al-Quran terus dihapuskan. Tidak cukup dengan itu, Fakulti Teologi turut menjadi mangsa. Fakulti Teologi (Ilahiyat) adalah pusat pertahanan Islam di Turki. Tenaga pengajar dan anak-anak muridnya adalah tulang belakang kepada perjuangan Islam Turki.

Tidak hairanlah fakulti ini di semua universiti ditekan. Pengajian sesi petang dimansuhkan. Jumlah kemasukan pelajar baru dikurangkan secara berperingkat dan biasiswa tidak ditawarkan kepada pelajarnya. Para tutor menunggu masa sebagai kumpulan kaki tangan pertama yang akan tersingkir. Lebih melampau, pelajar perempuannya tidak dibenarkan memakai tudung. Semesta pertama menyaksikan pelajar perempuan memilih untuk gagal dalam pengajian mereka kerana tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semata-mata beralasankan tudung.”

Itulah sedikit sebanyak bait ayat yang terkandung di dalam buku ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Sungguh hebat semangat perempuan-perempuan di Turki mempertahankan perintah Allah/maruah mereka sehingga ada yang mengambil keputusan untuk gagal dari menggadai maruah mereka. Sahabat ustaz Hasrizal, “ustaz Ahmed, berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Tafsir dar Universiti Al-Azhar, Mesir; ketika sedang menyiapkan tesis Ph.Dnya di Universiti Marma, telah diberhentikan dengan alasan ijazah sarjana dari universiti luar (termasuk Al-Azhar) tidak diiktiraf!”

Cuba kita jengok sekejap bagaimana keadaannya di tempat kita (Malaysia). Baru-baru ini terpampang di dada akhbar kisah seorang perempuan bunuh diri disebabkan gagal dalam PMR. Aku tak mahu ulas panjang lebar tentang ni sebab seseorang yang berfikiran waras mampu menilainya sendiri. Jadi sama-samalah kita renungkan. Bak kata Nabil “Korang ada mata korang pandang, korang ada telinga korang dengar, korang ada mulut korang cakap, korang ada otak korang fikirlah sendiri.”

Tiada Saat Indah
Dugaan Bagi Yang Beriman
Merah Dari Zahir Terseksa
Putih Suci Imannya Di Hati

Tangisan Selubungi Titi Perjuangan
Ujian Untuk Memilih Iman!!!

Kerana Yang Esa

Biar Rembulan dan Matahari
Dalam Genggaman Tangan
Yang Pastinya
Tak Beralih Dari Jalan Ilahi


Akanku Gapai Impian
Itulah Janji Yang Maha Esa
Meniti Saat Indah Bersama Rasulullah

By : Mcfly@2010

Song Dugaan Memilih Iman (OST Muhammad Utusan terakhir) : Saujana

Friday, May 14, 2010

Perubahan (Changing)

“Pete look, you're changing. I know, I went through exactly the same thing at your age. Peter... these are the years, when a man changes... into the man he's gonna become the rest of his life. Just be careful who you change into.” Masih ingat dengan dailog ni?? Memang betul, setiap manusia apabila sampai pada suatu usia dia akan mengalami suatu perubahan, sama ada dia sedar atau pun tidak itulah hakikatnya.

Aku masih ingat ketika usia aku menjangkau belasan tahun, aku seorang yang sangat pendiam dan tidak berani untuk membuka mulut memulakan perbualan. Sampailah pada usia aku 17 tahun, aku menceburi pertandingan multimedia di peringkat sekolah. Pada masa itulah aku terpaksa memberanikan diri untuk membuat kerja kumpulan, berbincang dan belajar untuk yakin pada diri sendiri. Bukan mudah untuk membuat perubahan itu, situasi dan tekanan perasaan menyebabkan perubahan aku turun naik secara mendadak, sukar untuk menstabilkannya. Dan sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak aku telah pun belajar untuk meneutralkan benda tu dalam diri

Aku teringat akan cerita ‘Buli Balik’, yang mana apabila sampai pada satu tahap Afdlin Shauki merasakan dia tidak memerlukan sesiapa dalam hidupnya. Dia fikir dia telah pun mempunyai segala-galanya. Bayangkan seorang yang merendah diri, seorang tiada keyakinan diri berubah menjadi pembuli. Namun itulah pengalaman. Pengalaman untuk kita kenal siapa diri kita. Aku terbaca dalam buku Solusi, isu 17 “Jujurlah kepada diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu...”

Tidak salah untuk kita berubah kerana itu dituntut. Namun kita perlu pandai untuk menjadikan perubahan itu suatu kebaikan untuk diri kita bukan musibah. So now be careful who you change into