Dulu ada seorang kenalan aku bertanya “memang kebanyakan lelaki suka kawin
ramai ke kalau berpeluang?” terkedu seketika dengan soalan yang diaju. “Hmm, sejujurnya
ya, kebanyakan” Aku jawab mengikut pemerhatian aku terhadap masyarakat sekeliling.
Kalau di pejabat tu always ade jer
yang citer pasal nak buka cawangan baru, ada yang just bergurau, dan ada juga
yang nampak serius dalam soal ni.
Dia tanya aku lagi, kalau aku berpeluang atau mampu, apakah aku akan kawin
ramai. Huish! soalan, dah sah-sah la kan,
hahaa.. Takdelah, sejujurnya aku tak pernah terfikir untuk buat semua tu. Sebab
aku sentiasa lihat ianya merupakan satu tanggungjawab, apabila ia disebut
tanggungjawab ia akan berkait rapat dengan beban. Sekiranya seseorang tu yakin
ia mampu berlaku adil, go on, tapi
kalau tanya pendapat aku, aku tidak mampu untuk menanggung dosa berlipat kali
ganda jika tersilap langkah.
Why?.. Sebab,
apabila sudah berkahwin, semua dosa-dosa isteri, suami yang kena tanggung,
tu tak termasuk dosa anak-anak lagi. Sebab tu bagi aku ianya bukan sesuatu yang
main-main, that the big responsibility. Tapi,
kalau seseorang tu mampu untuk berlaku adil, dan dapat isteri-isteri yang baik,
ia merupakan rahmat yang besar, sebab pahala berlipat kali ganda juga yang akan
dia perolehi, inshaAllah.
Namun, bagi aku benda ni tak besar mana pun, sebab ade benda yang lebih
besar yang perlu kita semua fikirkan. Tahu tak apa benda yang lebih besar tu? Perpecahan
ummah! Kita sepatutnya lebih mengfokuskan benda-benda sebegini. Duduk bersama bincang
soal bagaimana untuk menyatukan 73 jalan menjadi 1 jalan yang Allah redhai. Bagaimana
untuk mendidik anak generasi kita yang semakin hari semakin merunsingkan dengan
perangai yang pelik-pelik. Bagaimana untuk mengelakkan diri kita dan masyarakat
dari menjadi buih-buih yang tidak bermakna, sebagaimana yang disabdakan Nabi
Muhammad SAW.
Jadi, semoga kita semua faham mana yang lebih priority untuk difikirkan. Dunia
ini terlalu singkat untuk kita berkelahi atau memikirkan sesuatu yang tiada
penghujung. Sesuatu yang tiada berpenghujung hanya sedap dibualkan, namun
terlalu sedikit manfaat yang kita dapat. Tersilap langkah kita dijadikan boneka
oleh musuh untuk kita bergaduh sesama sendiri. All the best! Hope, we are not
the bubble, course we are arrow of Islam.
