Wednesday, December 28, 2011

Menemani Mcfly Ke Taman

Hari ini hari terakhir examination bagi sem September 2011. Ianya bermula pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah ada yang boleh jawab, tapi ada juga yang menduka citakan. Ada yang aku target masuk tapi tak masuk. Lepas selesai exam niat di hati nak pergi ke ‘Taman Perbandaran Tengku Anis’, alih-alih tengok awan mendung semacam je, so aku batalkan niat dan pulang ke rumah.

Sampai di rumah, sempat berehat sekejap, tengok-tengok ada message dari boss mintak tolong masuk pejabat petang ni (12:30 tengahari). Aku pun terus bertolak ke pejabat. Buat kerja sedikit sebanyak. Pukul 5.20 petang aku pulang ke rumah. Hati aku kuat mengajak untuk ke taman. Aku tidak pasti kenapa. Sampai di rumah pekena nasi Tomyam sepinggan, sky juicesegelas. Lepas berborak dengan family, aku terus bersiap berpakaian jogging untuk ke taman.

Akal cuba memberi alasan, letih, baru pulang dari pejabat, jalan raya jam (sesak), masa dah tak sempat, tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh hati. Disebabkan keinginan hati yang sangat kuat aku tak sesat untuk ke taman, selalunya memang kena ada orang tolong tunjukkan jalan. Dasyat betul penangan hati ni! ..Setibanya di sana, seperti yang dijangka memang ramai orang. Ini kerana tempat rekreasi berhampiran bandar ‘Kota Bharu’ memang tak banyak, jadi orang berpusu-pusu ke sana, untuk beriadah, berkelah, bersukan, berehat bersama family, bermain, menenangkan fikiran dan sebagainya.

Aku memulakan langkah hanya dengan berjalan kaki mengikut track yang telah ditetapkan bagi mereka yang ingin berjogging. Aku masih bingung dengan persoalan kenapa hati aku mengajak aku ke sini? Kerana laluan jalan di sini sudah disediakan ke? jadi tak perlu nak fikir nak berjalan ke mana.. Senangkan kalau hidup ini semuanya telah diaturkan. Lepas melalui tempat permain kanak-kanak, melintasi belakang tempat bermain air, lepas tu terus ke taman herba, naik bukit sedikit, lepas tu ada papan tanda, “anda sekarang sudah berjalan sejauh 230 meter/280 tapak anda melangkah”.

Tapi hakikatnya kehidupan ini bukan begitu. Ia memerlukan optional kita dalam membuat sebarang keputusan bagi meneruskan kehidupan.. Sedikit demi sedikit kepala aku ringan bila dapat berkongsi masalah yang aku bebankan selama ini dengan hati (Mcfly), mungkin kerana itu dia mengajak aku ke sini. Benar, seminggu 2 ni aku tidak sempat mendengar suaranya disebabkan kesibukkan dengan peperiksaan akhir sem. Maafkan aku jika tidak dapat menjadi sebuah jasad yang baik bagi seketul daging yang mendambakan untuk sentiasa dekat dengan penciptaNya. Semoga engkau terus sudi menjadi ‘ahli fikir’ yang terbaik untuk aku bagi menggapai redhaNya.

Track pertama dihabiskan hanya dengan berjalan dan berkongsi cerita. Track yang kedua mengajak aku lebih agrasif dalam memperolehi sebuah impian. Aku mula berjogging. First step, aku letak target seorang remaja memakai baju putih bertulisan ‘Sarawak’ yang berjogging dihadapan aku. Impian aku untuk dapat melintasinya. Aku terus mengekorinya dari belakang mengikut laluan tadi. Boleh tahan budak ni, laju & tak berhenti berlari. Sambil-sambil budak tu toleh lain macam je ke belakang. (Dalam hati.. sory bang bukan nak bersaing just nak belajar gapai target je huhuu..)

Sampai dekat bukit, aku sangat-sangat hampir dengannya. Mungkin hanya dengan kelajuan 4 langkah aku mampu melintasi. Alih-alih terasa senak perut, sampai tak boleh tahan sangat-sangat. Aku terpaksa slowkan kelajuan sikit tapi still berjalan sambil memegang-megang perut, almaklumlah demi untuk menggapai impian perjuangan harus diteruskan, walaupun perlahan tapi jangan sesekali stop to get what your destiny (tapi sebenarnya memang dah hampir-hampir give up pun huhuu..)

Aku memang dah tak nampak mana dia pergi, dalam hati terdetik (mungkin kadang-ladang aku kena belajar untuk tidak memperolehi apa yang aku usahakan.) Hampir ke garisan terakhir, tiba-tiba dia masuk semula ke track jogging depan aku. Entah ke mana dia pergi tadi. Perut aku pun dah okey sikit, apa lagi aku terus memecut get back it my destiny huhuu.. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat apa yang aku impikan..

Apa-apa yang akan berlaku di depan (dalam pertengah perjalanan mengejar impian) jangan terlalu ambil kisah kerana ianya kadang-kadang datang tanpa dirancang, yang penting CUBA BUAT YANG TERBAIK! Apabila kita TERLALU mengambil kira masalah yang kita akan hadapi dalam menggapai impian, kita akan rasa takut untuk meneruskan langkah. Bak kata P. Ramlee “belum pergi berjuang dah jatuh tersungkur.”

Syukran sebab sudi mengajak aku ke taman, walaupun masanya tak sampai 1 jam tapi ianya cukup bermakna..


Kalau engkau jatuh,

JANGAN ENGKAU LEMAH,

KERANA HIDUP MENGAJAR KITA,

JANGAN CEPAT MENGALAH!


Bina yakin diri,

MAMPU KITA LAKUKAN,

TIADA YANG MUSTAHIL,

Segalanya Boleh!

GENGGAM AMANAT WIRA!


By : Hanif@1433

Song : Gemuruh Suara (Team Malaysia)

Friday, December 2, 2011

Sejarah Kita, Cerita Mereka

Ucapan Presiden Israel, Ezer Weizman di Parlimen Jerman pada 16 Januari 1996 sempena genap 50 tahun pembunuhan beramai-ramai Yahudi (Holocaust) membuktikan bagaimana Yahudi menjiwai sejarah mereka.

“Sememangnya sudah ditakdirkan saya dan generasi seangkatan dengan saya berada pada era gemilang ini apabila Yahudi kembali menubuhkan negara mereka sendir .Saya bukan lagi seorang yahudi yang hidup berpindah randah dari satu negara ke negara lain, dari satu daerah buangan daerah yang lain. Tetapi, semua bangsa Yahudi daripada setiap generasi mesti menganggap diri mereka pernah melalui kehidupan generasi terdahulu berada di tempat di mana nenek moyang mereka berada dan melalui peristiwa yang dialami oleh generasi sebelum mereka. Oleh itu, saya masih lagi seorang Yahudi yang berkelana, ke merata pelusuk dunia.”

“Kini saya bergerak menyusuri masa daripada generasi ke generasi yang lain dengan merenung dan mengimbas kembali segala kenangan. Saya adalah salah seorang hamba di Mesir. Saya menerima Taurat di Gunung Tursina. Bersama-sama Joshua dan Elijah, saya menyeberangi Sungai Jordan. Saya memasuki Baitulmaqdis(Jerusalem) bersama-sama Musa dan dihalau keluar bersama-sama Zedekiah. Saya berperang menentang Rom dan dihalau keluar dari Sepanyol. Saya berdepan dengan kematian di Mainz. Saya mempelajari Torah di Yaman. Saya dibakar di Treblinka, memberontak di Warsaw dan berhijrah semula ke Israel (Palestin), Negara di mana saya dilahirkan dan dari mana saya datang dan kembali. Saya adalah seorang Yahudi yang mengikuti jejak nenek moyang saya. Oleh kerana saya mengiringi mereka pada ketika itu, mereka juga mengiringi saya dan berdiri bersama saya ketika ini..”

Dulu masa sekolah menengah subjek yang paling aku mengantuk ialah sejarah. Aku tak tahu kenapa, tapi ada satu benda yang sangat-sangat aku ingin tahu iaitu ‘Sejarah Kedatangan islam di Malaysia’. Dalam buku teks sekolah ada tajuk tersebut, tapi tidak banyak yang dihuraikan. Masih tidak jumpa apa yang aku cari. Tabiat aku sebelum tidur ialah dengar lagu atau kuliah mp3. Malam tu kuliah yang aku dengar berjudul ‘Penjajah Pemecahbelah Ummah’ yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam kuliah tersebut diceritakan bagaimana kedatangan islam ke Tanah Melayu dengan bukti wujudnya undang-undang 100 Melaka, Batu tersurat di Terengganu dan Undang-undang 100 Pahang.

Pada tahun 1641 islam muncul ke Tanah Melayu. Tanah Melayu ketika itu menggunakan undang-undang islam. Mencuri hukum potong tangan, berzina disebat 80 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati untuk yang sudah berkahwin.. Terkejut aku mendengar sejarah kita. Rupa-rupanya suatu masa dahulu islam telah terlaksana dengan gahnya di Malaysia. Kenapa kisah sepenting ini tidak dimasukkan bersama buku teks sejarah? Kenapa harus dikosongkan peta sejarah? Dalam Israel membuka hati rakyat-rakyat mereka dengan sejarah, kita menutup sekemas-kemasnya dengan hiburan yang melampau. Ketika Israel mendidik anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan, kita mengajar anak-anak kita dengan shaffer, nyanyian, joget dan sebagainya.

Siapa kita dan siapa mereka? Kita islam ya akhi. Agama yang kita anuti, sebaik-baik agama di muka bumi. Mereka (Israel) tahu sejarah merupakan suatu yang benda yang penting untuk generasi-generasi yang tidak merasai peristiwa tersebut, that why mereka ceritakan kembali pada 16 Januari 1996 sempena genap 50 tahun pembunuhan beramai-ramai Yahudi (Holocaust). Walaupun ada yang ditokok tambah, namun usaha mereka dalam membrainwash rakyatnya sangat gigih. Bak kata Ramli Sarip & Khadijah Tan dalam lagu ‘Doa Buat Kekasih’ Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara”. Manusia merupakan suatu makhluk yang bersifat rabun jauh. Penglihatannya terhad. Dengan wujudnya kelemahan tersebut, kebarangkalian untuk terjadi sesuatu perkara terhadap apa yang dilakukan, sukar untuk dijangka.

Kecuali adanya sesuatu benda yang boleh disandarkan, seperti, sejarah. Dengan sejarah kita boleh belajar sekiranya kita buat begini-begini, kesannya begini-begini. Walaupun tidaklah seratus peratus kesannya sama, tetapi kemungkinan untuk berulang itu ada. Mereka berjaya mengaburkan mata kita dengan memutar belit sejarah, memadam mana yang penting, mengoyak mana yang perlu. Kehebatan islam menguasai 2/3 dunia, dibuai dengan asyiknya hiburan. Kebangkitan ilmuan islam pada zaman Baghdad dienakkan dengan kenyangnya perut. Seolah-olah buatlah apa pun pada kita asalkan kita boleh berhibur, keyang perut, lena tidur. Di mana kita ya akhi? Siapa kita? Apa tujuan hidup kita? Wake up and Stand Up! Sebelum berlakunya apa yang disadbakan Nabi Muhammad SAW:

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia." Jadi sama-samalah kita hidupkan kembali roh para pejuang islam untuk kita & generasi-generasi seterusnya agar kita semua tidak kusut dek umpan dunia, tidak hanyut dek laguan wanita dan tidak lurut dek ugutan Israel durjana. InshaAllah, islam akan dikembalikan ke tahtanya.

Adakah kau lupa kita pernah berjaya?
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa?
Memayungi 2/3 dunia,
Merentas benua, melayar samudera,

Keimanan juga ketaqwaan,
Rahsia mereka capai kejayaan.

Bangunlah wahai anak bangsa!
Kita bina kekuatan jiwa,
Tempuh rintangan perjuangan.

Gemilang generasi yang silam,
Membawa arus perubahan,
Keikhlasan hati dan nurani,
Ketulusan jiwa mereka berjuang.

Sejarah telah mengajar kita,
Budaya islam di serata dunia,
Membina tamadun berjaya,
Merubah mengangkat maruah.

Thursday, December 1, 2011

Hakikat Sebuah Ujian

3 hari tidur tak lena memikirkan tentang kerja, selepas berhenti dari sebuah syarikat printing. Ianya disebabkan ada beberapa masalah yang tidak boleh ditutup lagi. Akhirnya BOM! dengan trajis sekali.. Suatu petang: “tapi Abang Din (bukan nama sebenar), takpe la sebab dah biasa susah dulukan?” aku cuba membuka buku lama. “Hish, susah dulu dengan susah sekarang lain. Dulu susah takde isteri & anak-anak. Kalau dulu boleh je nak berlapar (puasa) seminggu, tapi sekarang tak boleh la sebab kena fikirkan tentang anak-anak dan isteri.” Aku tersenyum tanda faham. Itulah sunatullah yang telah ditetapkan untuk ujian. Ianya tidak pernah akan sama. Setahun bertambah usia kita, get ready dengan ujian yang lebih mencabar.

Bila kita belajar di sekolah rendah, kita akan rasa ujian yang paling susah ialah UPSR. Bila naik sekolah menengah kita akan rasa ujian maha dasyat, SPM. Hinggakan ada yang bunuh diri disebabkan gagal dalam PMR. Berada pula di universiti, kita akan rasa tak la susah sangat belajar diperingkat sekolah menengah, sebab di universiti semuanya kena pandai cari bahan sendiri, dan semua benda kebanyakkannya kena buat sendiri. Bila berada di alam pekerjaan + perkahwinan, kita akan lagi terasa, kehidupan ini bukan semudah yang disangka. Dengan tanggungjawabnya, dengan masalah tempat kerja, masalah diri, masalah nak aturkan kehidupan sendiri, masalah yang datang tanpa mengetuk pintu dan dengan semua ujian hidup yang sentiasa kenal siapa pemiliknya.

Semua itu menuntut kita untuk sentiasa sabar serta pandai membahagikan masalah juga mengurus kehidupan dengan kemas dan terperinci agar lebih sempurna juga tidak serabut perut (bahasa kelantan) bila memandang diri sendiri. Tapi dengan melalui step-step dan menyambung dot-dot tersebutlah kita mampu menguraikannya dengan lebih efisien masalah/ujian yang hebat dari masa ke semasa. Kurang la sikit ‘problem shock’ kan? Kadang-kadang bila datang ujian yang tak seberapa, aku rasa syukur sangat, sebab sebelum ni aku pernah menghadapinya, juga bersyukur kerana tidak kena yang lebih besar. Aku pernah terbaca kata-kata seorang penulis “Jangan kamu mengeluh bila tiada kasut, sebelum kamu melihat mereka yang tiada kaki”.

Semoga perjalanan kita sebelum ini mampu memberi kekuatan untuk kita menghadapi cabaran yang seterusnya.. Bila diri bertanya sampai bila? Katakan padanya, hingga ke akhirnya, kerana dunia ini bukan tempat untuk kita beristirehat. Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” [Alam Nasyrah: 7]

Ketika hidupku tertekan,
Mengaburi pedoman,
KepadaNya akan ku pergi,
Untuk mencari bimbingnya.

Ku serah takdir di tanganNya,
Mengukir perjalanan,
Walau ujian hidup melanda,
Ku tabah menerima kerana.

Walaupun tak dikurnia kemasyuran,
Walaupun tak dilimpah kemewahan,
Hati ku tetap akan memuji,
Namamu selalu ya rabbi.

Walaupun tak di beri kemakmuran,
Akan ku memanjangkan kesabaran,
Ku tetap syukur pada Illahi,
Kerana mengurniakan nyawa ini.

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk,
Apabila pemandangan samar,
Biarpun hidup digoda, ujian dan pancaroba,
Pasti ada hikmah di akhirnya.