Thursday, December 1, 2011

Hakikat Sebuah Ujian

3 hari tidur tak lena memikirkan tentang kerja, selepas berhenti dari sebuah syarikat printing. Ianya disebabkan ada beberapa masalah yang tidak boleh ditutup lagi. Akhirnya BOM! dengan trajis sekali.. Suatu petang: “tapi Abang Din (bukan nama sebenar), takpe la sebab dah biasa susah dulukan?” aku cuba membuka buku lama. “Hish, susah dulu dengan susah sekarang lain. Dulu susah takde isteri & anak-anak. Kalau dulu boleh je nak berlapar (puasa) seminggu, tapi sekarang tak boleh la sebab kena fikirkan tentang anak-anak dan isteri.” Aku tersenyum tanda faham. Itulah sunatullah yang telah ditetapkan untuk ujian. Ianya tidak pernah akan sama. Setahun bertambah usia kita, get ready dengan ujian yang lebih mencabar.

Bila kita belajar di sekolah rendah, kita akan rasa ujian yang paling susah ialah UPSR. Bila naik sekolah menengah kita akan rasa ujian maha dasyat, SPM. Hinggakan ada yang bunuh diri disebabkan gagal dalam PMR. Berada pula di universiti, kita akan rasa tak la susah sangat belajar diperingkat sekolah menengah, sebab di universiti semuanya kena pandai cari bahan sendiri, dan semua benda kebanyakkannya kena buat sendiri. Bila berada di alam pekerjaan + perkahwinan, kita akan lagi terasa, kehidupan ini bukan semudah yang disangka. Dengan tanggungjawabnya, dengan masalah tempat kerja, masalah diri, masalah nak aturkan kehidupan sendiri, masalah yang datang tanpa mengetuk pintu dan dengan semua ujian hidup yang sentiasa kenal siapa pemiliknya.

Semua itu menuntut kita untuk sentiasa sabar serta pandai membahagikan masalah juga mengurus kehidupan dengan kemas dan terperinci agar lebih sempurna juga tidak serabut perut (bahasa kelantan) bila memandang diri sendiri. Tapi dengan melalui step-step dan menyambung dot-dot tersebutlah kita mampu menguraikannya dengan lebih efisien masalah/ujian yang hebat dari masa ke semasa. Kurang la sikit ‘problem shock’ kan? Kadang-kadang bila datang ujian yang tak seberapa, aku rasa syukur sangat, sebab sebelum ni aku pernah menghadapinya, juga bersyukur kerana tidak kena yang lebih besar. Aku pernah terbaca kata-kata seorang penulis “Jangan kamu mengeluh bila tiada kasut, sebelum kamu melihat mereka yang tiada kaki”.

Semoga perjalanan kita sebelum ini mampu memberi kekuatan untuk kita menghadapi cabaran yang seterusnya.. Bila diri bertanya sampai bila? Katakan padanya, hingga ke akhirnya, kerana dunia ini bukan tempat untuk kita beristirehat. Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” [Alam Nasyrah: 7]

Ketika hidupku tertekan,
Mengaburi pedoman,
KepadaNya akan ku pergi,
Untuk mencari bimbingnya.

Ku serah takdir di tanganNya,
Mengukir perjalanan,
Walau ujian hidup melanda,
Ku tabah menerima kerana.

Walaupun tak dikurnia kemasyuran,
Walaupun tak dilimpah kemewahan,
Hati ku tetap akan memuji,
Namamu selalu ya rabbi.

Walaupun tak di beri kemakmuran,
Akan ku memanjangkan kesabaran,
Ku tetap syukur pada Illahi,
Kerana mengurniakan nyawa ini.

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk,
Apabila pemandangan samar,
Biarpun hidup digoda, ujian dan pancaroba,
Pasti ada hikmah di akhirnya.

No comments: