Ucapan Presiden Israel, Ezer Weizman di Parlimen Jerman pada 16 Januari 1996 sempena genap 50 tahun pembunuhan beramai-ramai Yahudi (Holocaust) membuktikan bagaimana Yahudi menjiwai sejarah mereka.
“Sememangnya sudah ditakdirkan saya dan generasi seangkatan dengan saya berada pada era gemilang ini apabila Yahudi kembali menubuhkan negara mereka sendir .Saya bukan lagi seorang yahudi yang hidup berpindah randah dari satu negara ke negara lain, dari satu daerah buangan daerah yang lain. Tetapi, semua bangsa Yahudi daripada setiap generasi mesti menganggap diri mereka pernah melalui kehidupan generasi terdahulu berada di tempat di mana nenek moyang mereka berada dan melalui peristiwa yang dialami oleh generasi sebelum mereka. Oleh itu, saya masih lagi seorang Yahudi yang berkelana, ke merata pelusuk dunia.”
“Kini saya bergerak menyusuri masa daripada generasi ke generasi yang lain dengan merenung dan mengimbas kembali segala kenangan. Saya adalah salah seorang hamba di Mesir. Saya menerima Taurat di Gunung Tursina. Bersama-sama Joshua dan Elijah, saya menyeberangi Sungai Jordan. Saya memasuki Baitulmaqdis(Jerusalem) bersama-sama Musa dan dihalau keluar bersama-sama Zedekiah. Saya berperang menentang Rom dan dihalau keluar dari Sepanyol. Saya berdepan dengan kematian di Mainz. Saya mempelajari Torah di Yaman. Saya dibakar di Treblinka, memberontak di Warsaw dan berhijrah semula ke Israel (Palestin), Negara di mana saya dilahirkan dan dari mana saya datang dan kembali. Saya adalah seorang Yahudi yang mengikuti jejak nenek moyang saya. Oleh kerana saya mengiringi mereka pada ketika itu, mereka juga mengiringi saya dan berdiri bersama saya ketika ini..”
Dulu masa sekolah menengah subjek yang paling aku mengantuk ialah sejarah. Aku tak tahu kenapa, tapi ada satu benda yang sangat-sangat aku ingin tahu iaitu ‘Sejarah Kedatangan islam di Malaysia’. Dalam buku teks sekolah ada tajuk tersebut, tapi tidak banyak yang dihuraikan. Masih tidak jumpa apa yang aku cari. Tabiat aku sebelum tidur ialah dengar lagu atau kuliah mp3. Malam tu kuliah yang aku dengar berjudul ‘Penjajah Pemecahbelah Ummah’ yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam kuliah tersebut diceritakan bagaimana kedatangan islam ke Tanah Melayu dengan bukti wujudnya undang-undang 100 Melaka, Batu tersurat di Terengganu dan Undang-undang 100 Pahang.
Pada tahun 1641 islam muncul ke Tanah Melayu. Tanah Melayu ketika itu menggunakan undang-undang islam. Mencuri hukum potong tangan, berzina disebat 80 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati untuk yang sudah berkahwin.. Terkejut aku mendengar sejarah kita. Rupa-rupanya suatu masa dahulu islam telah terlaksana dengan gahnya di Malaysia. Kenapa kisah sepenting ini tidak dimasukkan bersama buku teks sejarah? Kenapa harus dikosongkan peta sejarah? Dalam Israel membuka hati rakyat-rakyat mereka dengan sejarah, kita menutup sekemas-kemasnya dengan hiburan yang melampau. Ketika Israel mendidik anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan, kita mengajar anak-anak kita dengan shaffer, nyanyian, joget dan sebagainya.
Siapa kita dan siapa mereka? Kita islam ya akhi. Agama yang kita anuti, sebaik-baik agama di muka bumi. Mereka (Israel) tahu sejarah merupakan suatu yang benda yang penting untuk generasi-generasi yang tidak merasai peristiwa tersebut, that why mereka ceritakan kembali pada 16 Januari 1996 sempena genap 50 tahun pembunuhan beramai-ramai Yahudi (Holocaust). Walaupun ada yang ditokok tambah, namun usaha mereka dalam membrainwash rakyatnya sangat gigih. Bak kata Ramli Sarip & Khadijah Tan dalam lagu ‘Doa Buat Kekasih’ “Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara”. Manusia merupakan suatu makhluk yang bersifat rabun jauh. Penglihatannya terhad. Dengan wujudnya kelemahan tersebut, kebarangkalian untuk terjadi sesuatu perkara terhadap apa yang dilakukan, sukar untuk dijangka.
Kecuali adanya sesuatu benda yang boleh disandarkan, seperti, sejarah. Dengan sejarah kita boleh belajar sekiranya kita buat begini-begini, kesannya begini-begini. Walaupun tidaklah seratus peratus kesannya sama, tetapi kemungkinan untuk berulang itu ada. Mereka berjaya mengaburkan mata kita dengan memutar belit sejarah, memadam mana yang penting, mengoyak mana yang perlu. Kehebatan islam menguasai 2/3 dunia, dibuai dengan asyiknya hiburan. Kebangkitan ilmuan islam pada zaman Baghdad dienakkan dengan kenyangnya perut. Seolah-olah buatlah apa pun pada kita asalkan kita boleh berhibur, keyang perut, lena tidur. Di mana kita ya akhi? Siapa kita? Apa tujuan hidup kita? Wake up and Stand Up! Sebelum berlakunya apa yang disadbakan Nabi Muhammad SAW:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia." Jadi sama-samalah kita hidupkan kembali roh para pejuang islam untuk kita & generasi-generasi seterusnya agar kita semua tidak kusut dek umpan dunia, tidak hanyut dek laguan wanita dan tidak lurut dek ugutan Israel durjana. InshaAllah, islam akan dikembalikan ke tahtanya.
Adakah kau lupa kita pernah berjaya?
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa?
Memayungi 2/3 dunia,
Merentas benua, melayar samudera,
Keimanan juga ketaqwaan,
Rahsia mereka capai kejayaan.
Bangunlah wahai anak bangsa!
Kita bina kekuatan jiwa,
Tempuh rintangan perjuangan.
Gemilang generasi yang silam,
Membawa arus perubahan,
Keikhlasan hati dan nurani,
Ketulusan jiwa mereka berjuang.
Sejarah telah mengajar kita,
Budaya islam di serata dunia,
Membina tamadun berjaya,
Merubah mengangkat maruah.
No comments:
Post a Comment