Wednesday, August 24, 2011
Pulang ke Kampung Melatih Diri Menghampiri Takwa
Friday, August 12, 2011
Antara Palestin, Israel dan Kita
Isu Palestin umpama musim panas di Mesir, musim bunga di London atau musim sejuk di Australia. Itulah hakikatnya ia di Malaysia. Ketika isu Marvin Marmara berleluasa, riuh di Malaysia untuk memboikot barangan Israel. Terbit rasa ingin sebahtera bersama pemberi bantuan ke Gaza. Seminggu berlalu. Kosong melihat orang-orang Islam di McDonald. Alhamdulillah semua ingin bersama dalam usaha tersebut. Minggu berikutnya apabila melalui di tempat yang sama bersama abang aku, kelihatan separuh dari mereka orang Melayu dan orang Islam. Malah yang lebih menyedihkan mereka yang memakai ketayap hatta jubah sekali pun duduk bersama menikmati ketulan daging rakyat-rakyat Palestin.
Aku memandang ke arah abang aku dan berkata "isu Palestin ni dah jadi macam musim durian". Betul la kata Tun Dato' Dr Mahadhir Muhammad "Melayu mudah lupa". Memang betul susah untuk kita meninggalkan menu yang selama ini sudah menjadi darah daging kita. Tapi mana susah dengan saudara kita yang terpaksa bermandi darah di sana? Kita di sini hanya bertarung dengan diri kita, dengan perasaan kita, dengan bayang-bayang kita, tapi mereka di sana terpaksa menepis setiap peluru musuh(Israel) yang kita sedekahkan. Cuba kita bayangkan kita berada di tempat mereka dan mereka buat sebagaimana yang kita lakukan terhadap mereka. Mereka menyumbangkan senjata kepada Israel untuk melawan kita.
Israel bukanlah suatu makhluk yang kuat dan berani ya akhi. Kita nampak mereka kuat sebab kita yang lemah. Lupa ke kita pada ayat "(orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) Dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung Yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum Yang tidak memahami (perkara Yang sebenarnya Yang memberi kebaikan kepada mereka)" (Al-Hasyr: 14).
Jumlah penduduk Israel hanya 8 juta. Bandingkan dengan gabungan Iran (74 juta), Iraq (30 juta), Syria (20 juta), Saudi Arabia (25 juta), Yaman (23 juta ), Mesir (79 juta). Populasi Muslim hampir mencapai 251 juta. Ertinya kalaulah diambil 10% saja menjadi tentera, bererti ada 25 juta tentera yang mampu digerakan untuk membebaskan Palestin. Tapi tu la masalahnya umat Islam di akhir zaman, umpama buih-buih di pantai. Untuk menyatukan umat-umat ini umpama ingin menangguk di air yang keruh. Sangat-sangat susah sehingga bagaikan mustahil untuk bersatu.
Walau bagaimana pun aku bersyukur sebab baru-baru ini banyak sumbangan dari rakyat-rakyat Malaysia. Dengan usaha Aqsa Syarif, sumbangan tersebut mampu membina sebuah kilang roti di Palestin. Ianya sangat-sangat berguna kerana dengan kilang tersebut mampu menampung 5000 keluarga di sana, selain itu ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di Palestin. Antara perancangan-perancangan akan datang dari pihak Aqsa Syarif ialah dengan penerusan ladang ternakan lembu (tenusu) dan menyediakan RM 250, 000 Microkreadit (pinjaman modal) bagi membantu mereka di sana yang ingin berniaga secara kecil-kecilan. Usaha-usaha ini adalah untuk membangunkan semula sosial ekonomi penduduk di sana.
Dalam pada itu sama-samalah kita doakan agar sumbangan RM 100, 000 bagi pembinaan kilang roti ke 2 yang akan dibawa oleh pihak Aqsa Syarif pada 20 Ogos 2011 nanti selamat tiba ke Gaza, inshaAllah. Semperna Ramadhan Al-Mubarak ini kita doakan semoga rakyat Palestin berada dalam kesejahteraan dan hancurlah puak-puak Israel latnatullah. Amin ya Rabbal A'lamin.
Saudara,
Kegelapan pasti hilang,
Fajar baru di alam maya akan menjelang,
Bukalah jendela hatimu merindui sinarNya,
Nun di sana terserlah kelihatan cahayaNya.
Saudara,
Aku tidak jemu-jemu berjuang,
Tidak bisa senjataku buang sekalipun gelita menekan jiwa!
Ku penuh yakin fajar menjelang tiba,
Suara darah ke telingaku bergendang lantang mengarah,
Berjuang! Berjuang!!
Kan ku bela agama Allah maju terus yakin perjalananku ini
Hingga kemenangan menaungi atau bersemadi di pangkuan Illahi..
[Assyahid Sayid Qutb]