Wednesday, March 20, 2013

Planetarium Negara (Journey To The Star)


Baru-baru ini aku pergi ke Kuala Lumpur menemani Abang aku untuk mengelesaikan satu urusan. Sambil itu kami sempat singgah di tempat-tempat yang disepakati. Antara tempat yang menarik untuk aku kongsikan ialah Planetarium Negara. Aku memang tak pernah sampai ke sana, namun aku tertarik dengan cerita-cerita dari abang aku tetangnya, tambahan pula aku minat dengan ilmu Astronomi (sedikit sebanyak pengaruh dari filem ‘XX-Ray’).

Di dalam Planetarium Negara banyak terkumpul ilmu-ilmu sains seperti jadual berkala (yang kita kena hafal kat sekolah dulu tu..), tapi jadual berkala ni menarik sikit sebab dia siap tunjuk unsur-unsur kimia tu digunakan untuk buat ape, dengan tu kita mudah faham dan ingat. Jadi sesiapa yang susah nak ingat unsur-unsur tu boleh la melawat tempat ni. Banyak juga eksperimen-eksperimen yang telah dibuat, kita just tekan dan tengok hasilnya. Ada juga disediakan dalam bentuk aktiviti visual, jadi minda kita lebih terbuka dan tajam untuk memerhatikanya.

Apa yang lebih menarik untuk aku kongsikan tentang Planetarium Negara ni ialah tayangannya. Berbaloi walaupun dengan bayarannya sebanyak RM6.00. Ianya seolah-olah 3D kerana screen yang digunakan berbentuk mata ikan (eye fish). Tanyangan yang aku tengok masa tu ‘Journey To The Star’. Tayangan yang cukup membawa aku untuk mensyukuri sebuah kehidupan sebagai seorang hamba.

Bayangkan alam semesta yang besar dan luas ini diciptakan untuk kita umat manusia. Dan kejadian alam semesti ini bukannya senang, padahal kita ni siapa la sangat kalau di lihat dari sudut nun jauh di sana (semesta raya), kita ni kecil, terlalu kecil. Namun, Allah menciptakannya sebegitu hebat, bulan, bintang, matahari dan planet-planet yang lain untuk hambaNya yang kurang sekali bersyukur ini. Allahuakbar, terasa diri ini begitu sombong, ego dan meninggi diri.

Aku suka merenung ke langit, kerana di situ aku dapat merasai ketenangan dan melihat diri aku yang sebenar, seorang hamba kerdil yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa kekuatan yang dipinjam. Terima Kasih Allah untuk kehidupan ini.