Baru-baru ini aku pergi ke Kuala Lumpur menemani Abang aku untuk
mengelesaikan satu urusan. Sambil itu kami sempat singgah di tempat-tempat yang
disepakati. Antara tempat yang menarik untuk aku kongsikan ialah Planetarium
Negara. Aku memang tak pernah sampai ke sana, namun aku tertarik dengan
cerita-cerita dari abang aku tetangnya, tambahan pula aku minat dengan ilmu Astronomi
(sedikit sebanyak pengaruh dari filem ‘XX-Ray’).
Di dalam Planetarium Negara banyak terkumpul ilmu-ilmu sains seperti jadual
berkala (yang kita kena hafal kat sekolah dulu tu..), tapi jadual berkala ni menarik
sikit sebab dia siap tunjuk unsur-unsur kimia tu digunakan untuk buat ape, dengan
tu kita mudah faham dan ingat. Jadi sesiapa yang susah nak ingat unsur-unsur tu
boleh la melawat tempat ni. Banyak juga eksperimen-eksperimen yang telah dibuat,
kita just tekan dan tengok hasilnya. Ada
juga disediakan dalam bentuk aktiviti visual, jadi minda kita lebih terbuka dan
tajam untuk memerhatikanya.
Apa yang lebih menarik untuk aku kongsikan tentang Planetarium Negara ni ialah
tayangannya. Berbaloi walaupun dengan bayarannya sebanyak RM6.00. Ianya seolah-olah
3D kerana screen yang digunakan berbentuk mata ikan (eye fish). Tanyangan yang aku tengok masa tu ‘Journey To The Star’.
Tayangan yang cukup membawa aku untuk mensyukuri sebuah kehidupan sebagai
seorang hamba.
Bayangkan alam semesta yang besar dan luas ini diciptakan untuk kita umat
manusia. Dan kejadian alam semesti ini bukannya senang, padahal kita ni siapa
la sangat kalau di lihat dari sudut nun jauh di sana (semesta raya), kita ni kecil,
terlalu kecil. Namun, Allah menciptakannya sebegitu hebat, bulan, bintang,
matahari dan planet-planet yang lain untuk hambaNya yang kurang sekali
bersyukur ini. Allahuakbar, terasa diri ini begitu sombong, ego dan meninggi
diri.
Aku suka merenung ke langit, kerana di situ aku dapat merasai ketenangan
dan melihat diri aku yang sebenar, seorang hamba kerdil yang tidak mampu
melakukan apa-apa tanpa kekuatan yang dipinjam. Terima Kasih Allah untuk
kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment