Alhamdulillah tahun ni tahun
menunaikan impian. Banyak impian aku yang telah tercapai dengan izinNya. Tapi
biasa la, Allah takkan bagi sesuatu tu dengan mudah, agar kita lebih
menghargainya, agar kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Satu demi satu
pengorbanan yang terpaksa dibuat, letih bukan kepalang, kesukaran itu sudah
menjadi teman. Kadang-kadang rasa juga ingin berhenti dipertengahan jalan, tapi
apa gunanya, aku sudah melangkah, aku sudah pun ke depan, tunggu masa untuk
sampai saja. Biar tak mampu berlari kerana penat, aku berjalan, biar tak mampu
berjalan kerana jatuh, aku merangkak. Ianya bukan tentang cepat atau lambat aku
sampai, tapi sekurang-kurangnya aku akan sentiasa dekat dengan destinasi.
Ye, suatu nikmat yang besar bila
sakit, letih, perit dibalas dengan tercapainya keinginan itu. Terasa berbaloi
dengan apa yang dilelahkan selama ini. Namun mengejar impian itu tidak akan
pernah hilang dalam hidup aku. Impian yang satu ini mungkin lebih sukar,
mungkin lebih payah, mungkin lebih mencabar. Diri tertanya-tanya juga,
"boleh ke aku lakukan ni?" Kau tanya macam tu sama la macam kau tanya
"boleh ke aku masuk syurga?" Kita sama-sama tak ada jawapan untuk
itu, tapi kita diberi jalan supaya berusaha, berusaha dan terus berusaha.
InshaAllah dengan rahmat dan kasih sayangNya kita mampu mencapainya.
Kamu telah pun mencapai 1/3 dari
impian tersebut, mungkin sikit, tapi sekurang-kurangnya impian kamu itu tidak
bersifat statik, itu pun sudah cukup. Setiap orang ada saat-saat sukar dalam
hidup mereka, hanya mereka yang sabar dan tabah sahaja yang mampu depaninya,
dan hanya orang yang mampu depaninya yang akan berjaya. Semoga kita semua
termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya, bukan sahaja di dunia,
malahan di akhirat sana juga, inshaAllah.
Di balik
sebuah mimpi
Ada sebuah
harapan
Ada sebuah
kisah yang tersimpan
Berjuang untuk
hidup
Berjuang untuk
jiwa
Berjuang untuk
sahabat sejati
Dan aku ingin
terus bermimpi,
Dan ingin
mewujudkannya!
Bila harus ku
berlari
Bila harus ku
terjatuh
Bila nanti ku
terluka
Ku tak akan
meminta
Di sinilah ku
berdiri
Di sinilah ku
bertahan
Aku tak akan
berpaling
Kerna ku bisa
dan ku akan terbang
Fly away, fly
away
Searching for
the brightest light
Fly away, fly
away
Searching for
the brightest light
No comments:
Post a Comment