Minggu lepas kakak aku menceritakan mengenai rancangan Al-Khawater dalam TV
Al-Hijrah. Rancangan tersebut bertujuan mendidik masyarakat terutamanya
golongan remaja dengan persoalan-persoalan khusus dan umum. Apa yang menarik
minat aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rancangan itu apabila
dia membuat kajian mengenai kehidupan masyarat di Jepun. Seperti yang kita
semua tahu masyarakat Jepun kaya dengan disiplin hidup.
Ada satu ketika Ahmad Asyaqiri selaku host
rancangan tersebut mempertontonkan bagaimana sikap disiplin masyarakat Jepun, dia
memperlihatkan benda yang sangat simple
iaitu menyusun selipar atau kasut dengan kemas dibahagian yang disediakan. Ya,
masyarakat Jepun sangat mementingkan kekemasan dan disiplin. Namun, apa yang
menjadi persoalan besar buat aku, apabila kakak aku kata, lepas dia membuat
liputan tersebut, dia membuat perbandingan pula dengan masyarakat yang menganut
agama Islam di Jepun.
Mereka bukan sahaja tidak meletakkan selipar pada tempat yang disediakan,
malah berterabur sana sini, dan apabila ditanya kenapa tidak meletak selipar
ditempat yang disediakan, dengan selamba dia jawab “Orang lain pun letak macam
tu juga” sambil menunjukkan pada selipar yang berterabur di depan pintu Masjid.
Pernah tak kita terfikir kenapa jadi macam ni? Aku blur sekejap bila mendengar fakta ini. Kenapa kita umat Islam jadi
macam ni? Negara yang paling bersih, pun bukan negara orang Islam. Kenapa ye?
Kenapa kita tidak mampu menjadi contoh kepada yang lain? Kita ni terlalu banyak
kerja ke, sehingga terabai benda-benda sekecil tu?
Betul, menyusun selipar itu perkara yang kecil, namun perkara yang kecil
itu juga kekadang membentuk keperibadian dalam kehidupan seharian kita. Beware about it! Semalam, sebelum
mengakhiri programnya di Jepun, dia melawat satu tempat yang sangat menarik di
Jepun untuk mengetahui cara didikan mereka, iaitu sekolah rendah. Untuk
mengetahui bagaimana masyarakat Jepun terdidik. Ada banyak benda yang dia
ceritakan namun satu yang ingin aku kongsikan, iaitu mereka mengajar anak-anak
kecil tersebut menanam pokok bunga.
Penanaman tumbuhan, pemeliharaan binatang, kedua-duanya benda yang penting
untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dan berdisiplin. Ini kerana kita
terpaksa menjaganya hari-hari untuk memastikan ia membesar dengan baik dan kemudiannya
membiak. Ya, memang dari dulu aku bercita-cita untuk mengajar anak aku
memelihara binatang seawal usia 3 atau 4 tahun bagi tujuan melahirkan rasa
kasih sayang dan bertanggungjawab, namun baru sekarang aku sedar yang ia bukan
sahaja sekadar itu, tetapi juga akan membentuk disiplin.
Alhamdulillah, selain bekerja, memelihara Shiro (Arnab) dan Mcfly (Burung)
juga selama ini mengubah sedikit demi sedikit sikap aku yang sangat kurang
berdisiplin. Akan aku kongsikan perasaan seronok bersahabat dengan alam kepada
bakal anak-anak aku nanti, InshaAllah. Kita sama-sama mempunyai kekurangan,
namun kita masih mampu memperbaiki sekiranya kita mahu, selamat kembali kepada
fitrah :)

No comments:
Post a Comment