Monday, November 5, 2012

Our Beliefs (Problems)


Setiap kita pasti pernah dibelenggu masalah. Masalah diri, masalah family, kewangan, kawan-kawan, masyarakat, pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Masalah-masalah ini kalanya datang sekali sekala, namun ada juga yang datang bertubi-tubi sehingga wujudnya peribahasa ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Apa sebenarnya yang kita dapat dari masalah-masalah yang kita hadapi? Muram, migrin, marah, tak dapat apa-apa, buat dono je. Pernah tak kita terfikir yang kita akan jadi makin kuat dan memperoleh sesuatu yang hebat selepas diuji oleh Allah dengan kekangan yang bukan kita cari dan pinta tersebut? 

Malam ni saya suka untuk berkongsi satu cerita, hanya satu cerita. Ianya tentang Steve Jobs dan kawan-kawannya. Suatu hari prototype yang dicipta oleh mereka gagal (sesiapa yang tahu akan kerja-kerja membangunkan prototype pasti lebih memahami, ianya bukan sesuatu yang mudah, ia mengambil masa yang lama dan memerlukan ketelitian), namun dengan hasrat yang sangat besar dan kePERCAYAan yang tinggi, Steve kata kepada kawan-kawannya “percayalah akhirnya kita akan membuat sesuatu yang hebat.” Dan sekarang kita boleh tengok dari hasil kesabaran mereka dengan melihat produk-produk Apple.

Dia tidak fikir kegagalan itu akan terus kekal gagal, tapi dia cukup yakin dan percaya ada sesuatu yang hebat sedang menunggu. Bagaimana dengan kita? Apa yang sering kita dengar dari keluhan hati? “masalah ni sebab dia ni la”, “kenapa la masalah ni kena dekat aku saje”, “kalau teruskan pun pasti gagal ni, dah tak boleh buat ape”. Kita lebih suka menunding kesalahan dan mencari alasan-alasan berbanding berusaha menyelesaikan masalah. Terlalu melayan perasaan sehingga akhirnya kita hanyut dan tak melakukan apa-apa.

Come on la! Sepatutnya sikap percaya itu berhak berada dalam diri kita seorang Muslim berbanding orang bukan Islam. Rukun Islam yang pertama, syahadah, aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kita percaya yang Allah itu Tuhan kita, dan sepatutnya juga kita percaya apa saja bentuk ujian Allah terhadap kita adalah untuk memberi sesuatu yang hebat kepada kita. Kita yang sepatutnya lebih yakin dan percaya tentang itu. Saya harap kepercayaan dan usaha saya akan bertambah selepas ini, inshaAllah.

Sunday, September 23, 2012

2 Naskah Yang Belum Selesai

Nilai buku hadis 40 lebih berharga dari sebuah stethoscope. Apabila kita mampu menguasai stethoscope, kita mungkin akan mampu membaca sesetengah penyakit yang dihinggapi pesakit. Namun, jika kita mampu menguasai hadis 40, i mean bukan sekadar hafal, tetapi juga faham dengan jelas inti yang ingin disampaikan, inshaAllah kita mampu mengubati penyakit yang tersorok dalam diri manusia, iaitu hati. Penyakit yang perlu diubati terlebih dahulu berbanding penyakit lain. Mungkin ramai yang setuju kalau saya mengatakan ubat sesuatu penyakit itu 75% terletak pada antibodynya, dan itulah faktanya mengikut kajian. Kekuatan dalaman, that we call believe.

Dalam buku hadis 40 ini banyak menyentuh tentang dalaman kita, hati, iman, nafsu dan seumpamanya. Dalam manusia memerlukan harapan untuk terus kuat dalam langkah, Allah memberi pengampunan kepada pembuat dosa, mengajarkan islam, iman dan ihsan untuk mengenal tuju, mendidik cara bersosial, memberi khabar Syurga agar kita ghairah untuk mendapatkannya, malah memberi khabar Neraka agar kita gerun mendekatinya. Semua itu ada dalam hadis 40.

Tersentuh bila seorang ustaz memberi tahu, “kita mampu membaca buku Fizik, Bio ataupun Technology yang tebal-tebal, dalam bahasa English, bertahun-tahun, hanya untuk kehidupan dunia kita yang sementara (30 ke 40 tahun), tapi kita tak mampu untuk baca dan belajar yang hanya senaskah Al-Quran untuk kehidupan kita di akhirat yang kekal selama-lamanya.” Terkedu seketika mendengar ucapan ustaz tersebut. Tapi itulah hakikat sebenar kita sekarang (khusus penulis artikle ni lah, tak khatam-khatab Al-Quran ish3).

Semoga sama-sama kita dapat memuhasabah diri. Hayati Al-Quran, hayati Sunnah Nabi Muhammad saw, inshaAllah kita mampu menguasai diri kita. Kepada yang terlibat Thank Q for the Hadith book & You and I Tomyam bulletin, sangat berguna.

“Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.”
(Khutbah Wida’)

Wednesday, September 19, 2012

Kegilaan/Kesungguhan Saat Kegagalan (Pasta Episod 3)


Sebelum ni aku tak suka tengok cerita Korea disebabkan kebanyakkan filem atau dramanya obsess kepada cinta. Namun cerita Pasta, Blue Code & Doctor Heli mengubah perseptif aku terhadap filem-filem dan drama dari asia timur ini. Drama-drama tersebut mengenengahkan sesuatu yang lebih ilmiah seumpama Pasta, dengan cabarannya dalam menghandle sebuah restoran dan memperkenalkan teknik-teknik yang betul dalam bidang masakan. Blue Code, kesungguhan dan cara seseorang doktor mengatasi masalah mereka, dan dalam masa yang sama mendedahkan kepada penonton sedekit sebanyak bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi apabila berlaku eksiden atau penyakit, begitu juga dengan drama Doctor Heli. Mereka memperkenalkan ilmu dalam bentuk cerita.

Dulu aku suka tengok cerita ‘Cinta Medik’ mungkin disebabkan terdapat juga sedikit sebanyak ilmu kehidupan di university dan kedoktoran diadunkan ke dalam drama tersebut. Aku ingat lagi dialog di antara Iqram dan Awal. “Kenapa kau suka baca komik Jepun?” Awal bertanya Iqram, atau lebih dikenali dengan Fikri dalam drama tersebut. “Nak buat macam mane komik diorang lebih berknowledge berbanding kita yang lebih kepada hiburan.” balas Iqram. Itulah realitinya masyarakat kita.

Apabila di search di dalam Wikipedia tentang Sejarah Dunia, Keagamaan, Sains mahupun Matematik yang keluar translatenya lebih banyak Indonesia. Tapi jika kita search mengenai hiburan, banyak yang dapat kita perolehi dalam Bahasa Melayu. Lihat saja program-program realiti TV yang wujud di negara kita. Berapa banyak rancangan yang mendidik masyarakat ke arah mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita. Ada, tapi tak banyak. Ada, tapi sukar didapati.

Aku sangat suka program eksperimen sains yang dibuat dalam TV IQ, yang di acarakan Pak Nil. Ia menarik minat anak-anak kepada ilmu sains yang sememangnya wajar didedahkan kepada masyarakat. Apa yang ingin aku kongsikan dalam drama Pasta episod 3 ni ialah, kegilaan seorang pembantu chef dalam mencapai impiannya untuk menjadi seorang chef. Walau dibuang kerja, walau dimaki hamun, walau berplastik-plastik Pasta rosak, walau tekanan demi tekanan datang, namun, kesungguhan yang bersangatan terhadap impiannya untuk menjadi chef menampakkan dia sedikit gila dalam tindakkan, tapi kegilaan itu juga yang membawa dia untuk berada di puncak impian.

Bekas CEO Apple Inc, Steve Jobs pernah berkata, “terokai bidang yang kamu gila terhadapnya.” Memang betul, bila kita betul-betul gila terhadap apa yang kita inginkan, kesusahan, kejatuhan itu bukan lagi satu alasan yang tepat untuk kita berehat, jauh sekali untuk berhenti. Semoga dengan kegilaan dalam bidang kita, kita mampu membuat satu inovasi baru dalam dunia ini, inshaAllah. Demi untuk melaksanakan apa yang pernah di sabdakan Rasulullah saw ”Beribadahlah kamu seakan-akan kamu akan mati besok, dan bekerjalah kamu seakan-akan kamu hidup untuk selamanya.”

Seimbangkanlah kedua-duanya.

Tuesday, August 7, 2012

Janji Dimungkiri atau Kita Belum Bersedia?


Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). (Surah Ibrahim: 47)

Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Kuliah tarawih tadi menyentuh isu “Kenapa umat Islam zaman sekarang tidak memperolehi kemenangan sebagaimana perang Badar, Perang Khandaq, Perang Tabuk, Utusan Thaif mahupun Pembukaan Mekah? Adakah Allah memungkiri janji? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji, cuma kita yang tidak mengikut peraturan-peraturan  yang telah Allah tetapkan untuk mencapai janji tersebut.”

Aku teringat akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menakluk Constantinople. Beliau bertukus lumus dalam mencapai impian tersebut, bukan sahaja dari segi stategik peperangan malah akhlak juga beliau titik beratkan. Ianya supaya betul-betul kena dengan kehendak janji tersebut. Sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jadi untuk mencapai apa saja janji Allah, kita sendiri kena siap siagakan diri untuk menerima janji tersebut. Allah akan berikan apabila kita betul-betul bersiap bersedia untuk itu. semoga kita tidak gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat makbulkan doa kita, jangan mengalah, ini bukan masanya.

Wednesday, August 1, 2012

Jangan Dirosakan Kebaikan Itu


"takpe kot parkir motosikal belakang motosikal orang lain, lagi pun ramai yang buat macam tu" bisik hati kecil aku. Aku yang bergegas ke Masjid Telipot ingin menunaikan solat Isya', tanpa memikir panjang untuk mencari tempat parkir yang lain, lagi pula solat sudah berlangsung. Berjalan tiga langkah meninggalkan motosikal, hati rasa serba salah, berbisik, "jangan dirosakan kebaikan itu". Lantas aku ambil motosikal kembali dan cari tempat parkir yang lain.

Jangan dirosakan kebaikan itu. Dalam melakukan kebaikan kadang-kadang kita lupa hakikat kita sebagai seorang hamba sentiasa layak diuji walau dalam apa keadaan sekalipun. Apa yang akan terjadi bila kita sedang khusyuk solat Tarawih dalam masa yang sama orang yang kita parkir motosikal belakang motosikal dia tadi maki hamun kita kerana menggangu laluannya untuk keluar. Allah nilai/peduli ke kalau kita parkir motor elok? Aku rasa Allah peduli tentang iman kita, Dia peduli tentang hati kita.

Mungkin kita memandang benda seperti itu kecil, tapi ianya akan jadi besar kepada KITA bila kita berada di depan dan orang lain memarkir motorsikal di belakang motosikal kita. Sama-samalah kita lalui hidup ini dengan menghormati orang lain dan diri sendiri. Agar benda-benda yang sekecil itu tidak menjadi beban di bahu kiri kita kemudian hari nanti, inshaAllah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR: Bukhari & Muslim)

Sunday, July 29, 2012

Double Twin


Semakin hari semakin bertambah usia kita walaupun ianya bukan setahun, namun selagi jam berdetik, selagi kalendar bernombor, selagi bulan, bumi dan matahari berputar selagi itu kita akan terus dimamah usia. Hari ini genap usia aku 22 tahun. Betul kata Dr Muhaya usia itu hanya sekadar angka. Selagi kita tidak bertindak untuk melakukan sesuatu terhadap diri kita, ianya akan terus begitu. Selagi kita tidak mahu makan kita akan terus lapar. Selagi kita takut untuk silap, dicemuh, dicaci, selagi itu kita akan terus menjadi seorang yang tidak yakin pada diri.
                Kadang-kadang kita pelik bila melihat seorang kanak-kanak yang bermain bersama kawan-kawan mereka tidak lari melihat Umar Al-Khattab yang menuju ke arahnya, sedangkan kawan-kawannya yang lain berlari meninggalkan tempat tersebut. Bila Umar bertanya, kenapa tidak lari sebagaimana kawan-kawannya yang lain, dia menjawap, dia hanya takut kepada Allah SWT. Begitu hebat kepercayaan kanak-kanak tersebut terhadap Tuhan yang disembah. Ada yang berumur pula kalanya berperangai seperti budak-budak.
                Hakikatnya usia itu tidak memberi tiket kepada kita untuk matang. Seusia double twin sebegini aku seharusnya sudah faham akan tujuan hidup, sudah nampak dengan jelas apa yang hendak aku capai. Namun, tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Semua itu harus berjalan seiring. Fakta dan praktikal dua benda yang sangat berbeza, seumpama membaca resepi dan memasak. Kita faham akan resepi tersebut, tapi kita tidak mahir mengendalikan alatan dapur. Kalau tak terbakar dapur pun, menu yang putih menjadi hitam.
                Itu hakikat ilmu, kita perlu faham fakta, kita juga perlu praktikkan apa yang kita faham. Satu hari Umar bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah dirinya sudah seperti surah Al-Baqarah, sekiranya dia masih tidak mampu menjadi sebagaimana surah Al-Baqarah dia tidak akan meneruskan bacaannya untuk surah-surah yang lain. Nabi menjawab, sudah.
Zaman sekarang tidak sukar untuk mencari ilmu, semuanya atas kehendak kita sendiri. Namun apa yang perlu kita risaukan adakah ilmu itu dipraktikalkan. Tidak guna kita mampu belajar ilmu orang pHD, tetapi kita tidak mampu melaksanakan tujuan hidup kita yang sebenar. Sama-samalah kita melaksanakan apa yang kita pelajari agar pohon yang rendang itu bukan hanya meredupkan peneduh, tapi juga mampu menghilang lapar si pemilik, inshaAllah.
Aku masih dalam proses memperbaiki diri. Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, mohon maaf di setiap silap dan salah aku selama 22 tahun ini. Mohon kesabaran dan bimbingan dari kalian untuk aku meneruskan langkah. Terima kasih untuk mereka yang wish my birthday dan mendoakan yang terbaik untuk diri ini, terima kasih banyak-banyak.

Monday, July 16, 2012

Get Ready to Enter The Class


Minggu lepas aku dengar kuliah Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) mengenai cara melakukan sesuatu perubahan. Dia memperkenalkan faktor-faktor yang selalunya mengganggu seseorang itu dalam membuat sesuatu perubahan, iaitu Pengalaman, Persekitaran, Perspeksi (Pandangan Orang), Ilmu Pengetahuan. Semua benda-benda ini akan sentiasa mencipta alasan kepada kita bagi menyukarkan lagi untuk kita melakukan sesuatu perubahan.

[Kalau sekiranya kita menjadikan benda-benda yang bukan pilihan kita menjadi halangan untuk kita buat perubahan, inshaAllah, formula sangat berkesan untuk menjadi orang yang gagal dalam hidup. Iaitu mengikat diri pada factor-faktor yang kita tidak boleh kawal. “Saya tak boleh buat apa, kalau jalan jam-jam macam ni saya memang mencarut.” Oh, jalan jam mencarut, jalan lapang berzikir. Jadi, yang menentukan sama ada dia mencarut atau berzikir ialah trafik jam. Sesuatu yang dia tak boleh kawal. Orang macam ni duduklah di Berek Raja, jangan datang Kuala Lumpur, hari-hari mencarut.

“Saya tak boleh buat apa, saya kalau hujan-hujan macam ni saya bad mood.” Susah la macam tu, hujan bad mood, cerah ceria. Jadi, yang menentukan kita happy ialah keadaan cuaca. Susah hidup macam tu. “Saya tak boleh buat apa, dah semua orang merokok saya terpaksa merokok.” Bukan nak sangat merokok tapi semua orang merokok terpaksa merokok.] Antara petikkan yang disampaikan Ustaz Hasrizal dalam kuliah tersebut.

So, untuk memulakan sesuatu perubahan kita kena pastikan diri kita bebas dari semua benda-benda yang mengikat kita untuk melakukan perubahan. Semoga kelas Ramadhan yang bakal kita masuki nanti menjadikan suatu peluang untuk kita mentransfomasikan diri kita kearah yang diredaiNya, inshaAllah.

Tuesday, May 29, 2012

Dari Mana Bermula Dunia Yang Lebih Baik? (Mengubah Dunia)



Saya cinta sejarah. Di sana terdapat ramai manusia-manusia hebat yang telah berjaya mengubah dunia. Ia memberi saya motivasi untuk tidak mudah mengalah dalam hidup. Pernah saya merindui untuk bersama berdiri di sisi mereka-mereka ini. Untuk melihat rentetan perjalanan, pahit manis, hitam putih, kehidupan mereka. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan yang sentiasa di atas (bernasib baik), dan kerana itu saya menyukainya. Makhluk yang paling hebat di bumi dan di langit, iaitu Nabi Muhammad saw sendiri, tidak mudah dalam perjalanan hidup beliau. Sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Para Sahabat, Abu Bakar, Umar, Uthman mahupun Ali, diuji dengan bermacam-macam dugaan pada zaman mereka. Hassan Al-Banna dan Syyid Qutb, selalu dipandang serong, malah dipenjara dan dibunuh oleh musuh.

           Namun jika tidak kerana kesabaran serta kesungguhan mereka, nescaya kita tidak dapat melihat dan merasai kebenaran yang dibawanya pada hari ini. Mereka berkerja untuk generasi, untuk manusia sejagat, kerana itu mereka mampu mengubah dunia. CEO yang pertama di dunia sekarang ini, Steve Jobs, mampu menyatukan teknologi dan seni, menyebabkan lahirnya produk-produk Apple Inc, yang menjadi kegilaan ramai orang. Bagaimana beliau mampu melahirkan produk yang hebat & menjadi daya penarik ramai pengguna? Dalam satu video yang saya lihat baru-baru ini, ‘Steve Jobs building NeXT’ menyatakan bagaimana Apple hebat kerana mereka menciptanya dari hati, dan mereka melakukan itu semua kerana really care tentang high education process, bukan kerana wang, dan bukan kerana saja-saja. Syarat pertama untuk mengubah sesuatu, ubah diri. Mereka mampu mengubah dunia kerana mereka mampu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Segalanya bermula dari dalam diri.

          Lihat saja Nabi Muhammad saw, beliau mampu menunjukkan Islam itu hebat kerana keperibadian beliau hebat. Dari kecil Nabi tidak pernah berbohong, sentiasa jujur, amanah, menghormati hak orang, selalu berbuat baik, bermusuh dengan kejahatan dan sabar dalam setiap ujian. Apabila diberi amanah untuk menyebarkan Islam, dia tidak pernah berputus asa, walau dicaci, dihina, dipulau hatta berdarah sehingga kaki sekalipun dia masih bersungguh dalam menyebarkan Islam. Kenapa di zaman kita Islam di pandang serong? Islam dipandang agama keganasan? Islam dipandang mundur? Mungkinkah kita kekurangan role model? Atau kita hanya lantang dalam bercakap tapi bisu dalam langkah? Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam mengubah diri kita untuk menuju ke arah mengubah dunia, inshaAllah. We're NEXT!


Tuesday, May 8, 2012

Preparation


Dalam apa jua yang ingin kita lakukan ia memerlukan persiapan, lebih-lebih lagi apabila ia berbentuk formal & melibatkan ramai orang. Kalanya kita memandang remeh tentang persiapan sehinggalah kita menemui jalan buntu bila sampai masanya. Dari golongan mereka yang parkinson bila memegang microphone sehinggalah mereka CEO yang hebat, semuanya memerlukan persediaan dalam melakukan sesuatu tugasan.

Kita menjadi pelik bila melihat Steve Jobs hebat berpidato ketika ingin memperkenalkan produk-produk terbaru beliau. Sehingga ada yang datang bukan kerana ingin mengetahui mengenai produk, tetapi ingin mendengar ucapan dari Steve, dan khabarnnya ada juga yang datang sehari lebih awal untuk berada di kerusi hadapan semata-mata ingin melihat Steve memperkenalkan produk Apple inc. Yes! Beliau CEO nombor 1 dunia. Steve seorang yang sangat gila dalam melakukan sesuatu yang dia minat. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mencapai impiannya, iaitu mengubah dunia. Adakah dia terus dilahirkan menjadi seorang yang hebat? Tidak, tetapi dia seorang yang sangat kuat usaha dan tidak mudah putus asa walaupun beberapa kali down.

Dalam buku ‘The Presentation Secrets of Steve Jobs’ ia mengkaji bagaimana persediaan yang dilakukan oleh Steve sebelum beliau berada di pentas. Apa elemen-elemen yang digunakan bagi memjadikan persembahan yang ingin dilakukan tersusun baik. Persediaan adalah satu langkah untuk kita lebih berkeyakinan bila berada di pentas. Beliau bukan sahaja mampu mencipta suatu produk yang hebat tetapi juga mampu menjadi penyampai yang baik. Sesuatu yang hebat jika tidak dipersembahkan dengan baik ia tidak akan mampu menarik orang. Sama juga seperti islam, ia sesuatu yang hebat, tetapi jika kita tidak memperkenalkannya dengan cara yang hebat (hikmah) kita tidak akan mampu menarik orang lain untuk mendampinginya.

Lihat saja bagaimana fisrt step Nabi Muhammad saw ingin menyampaikan islam kepada Bilal. Nabi pergi membantu Bilal mencuci. Nabi memperkenalkan akhlak islam kepada Bilal. Nabi Muhammad juga seorang yang diakhui kejujurannya oleh semua golongan. Dengan akhlak-akhlak seperti itu mampu menarik manusia untuk mengetahui lebih mendalam tentang islam. Namun sedihnya hari ini kita tidak mampu untuk memperkenalkan islam kepada orang lain tentang kehebatan islam, tentang keindahan islam. Allah itu Maha Adil, siapa yang berusaha dia yang akan dapat. Tak kira dia seorang yang muslim atau tidak, lebih-lebih lagi orang islam la. Allah hendak sangat bagi kepada orang islam untuk menguasai dunia, tapi mungkin kita sangat malas untuk mengikut sunnatullah.

Saidina Ali pernah berkata “Kebatilan yang bersistem (berstrategi) itu akan menumbangkan kebenaran yang tidak bersistem (tidak berstrategi)”. Pada tahun ke 3 hijrah, Perang Uhud, Nabi Muhammad saw telah mengatur strategi yang cukup hebat dengan meletakkan pasukan pemanah di bahagian puncak Bukit Uhud. Pada tahun ke 5 hijrah, Perang Khandak, Salman Al-Farsi telah memberi idea kepada Rasulullah agar menggali parit di sekitar Kota Madinah. Nabi mengajar kita doa dan usaha itu perlu pergi seiring. Sebagaimana kita khuyuk berdoa, begitu juga kita perlu hebat dalam mengatur jalan bagi menyelesaikan belenggu yang ada.


Ku berdoa dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan nafasku aku berjanji padaMu
Untuk hidup hanya untukMu

O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
CahayaMu terangi hatiku, hidupku,
Ku persembahkan padaMu
Ku milikMu

Kini ku tahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasihMu
Kini ku tahu rasanya
Menemukan damai di hati

Seandainya semua tahu indahnya mengabdi padaMu,
Seandainya semua tahu kasihMu lepaskan belenggu,
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Ku bersyukur padaMu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku, mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan

Hanya Engkau sanggup bangkitkan jiwaku
CahayaMu terangi hatiku dan hidupku,
Ku persembahkan padaMu
Ku milikMu

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untukMu
Dan tiada satu pun dapat bersaing denganMu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untukMu


Song : I Love You So (Ku MilikMU) - Maher Zain

Monday, May 7, 2012

Mcfly in History Class [Part 1]


Minggu lepas aku cuba untuk habiskan 3 novel yang tertangguh, iaitu, Hulagu Khan, Mustafa Kamal Ataturk & Imam Hanbali. Sangat banyak manfaatnya untuk seorang yang suka untuk mengetahui sejarah tamadun islam. Di sebabkan projek akhir yang bakal aku buat ada kaitan dengan sejarah tamadun islam, jadi ia banyak membantu aku mengumpul maklumat-maklumat mengenainya. Aku seorang yang sangat malas membaca, jadi aku terpaksa menfokuskan betul-betul apa yang aku baca, sebab malas untuk membacanya kali ke 2. Aku menanda bahagian-bahagian yang penting bagi memudahkan rujukkan aku selepas ini.

Salah satu bahagian yang aku suka dalam novel Imam Hanbali (m/s: 64), ketika Imam Syafie ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid mengenai Perang Siffin. “Bagaimana pendapatmu berkenaan Peperangan Siffin yang terjadi di antara Muawiyah dengan Saidina Ali sehinggalah munculnya golongan Syiah dan Khawarij?” Imam Syafie menjawab seperti yang pernah dijawab oleh Khalifah Umar Abdul Aziz “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kedua-dua belah tanganku ini telah dilindungi Allah daripada darah-darah yang tumpah dalam Perang Siffin itu. Maka aku tidak pula mahu mengotori lidahku dengan pembicaraan sengketa tersebut yang hanya akan merosakkan kebersihan kedua-dua belah tanganku dan lidahku yang sudah dilindungi itu.” Kata Imam Syafie.

Sebelum ini memang banyak persoalan yang aku timbulkan mengenai Perang Siffin. Macam mana boleh terjadinya peperangan di antara para sahabat sendiri? Siapa yang sebenarnya bersalah? Dengan membaca banyak artikel mengenai peristiwa tersebut dan bertanyakan mereka yang lebih mendalam ilmunya, sedikit demi sedikit aku faham dan harus aku akui. Jawapan Imam Syafie terhadap Khalifah Harun Ar-Rasyid itu juga sangat-sangat aku berpuas hati. Kita sebagai pengkaji sejarah sepatutnya menjadikan sejarah itu sebagai pedoman kepada kita untuk melakar hari esok. Bukan untuk membesar-besarkan benda yang akan menimbulkan perkelahian di antara kita dan akhirnya sejarah hitam tersebut berulang kembali.

Semoga kita sama-sama menjadikan sejarah itu sebagai teladan dan sempadan, demi melakar masa depan yang lebih diredhai Allah, inshaAllah.



Sunday, April 29, 2012

Aku Manusia Biasa


Aku manusia biasa, pernah kecewa, pernah putus asa. Tak mampu untuk aku menjadi manusia yang statik emosionalnya. Kalanya kekecewaan itu memaksa aku berada di dalam sebuah gua untuk aku menormalkan kembali perasaan itu. Memang benar aku seorang yang sensitif, memang betul aku seorang yang sukar untuk difahami, kerana itu sifat aku. Aku cuba menjadi manusia yang kurang sensitif, menelan kata-kata yang merobek hati, mengunyah dengan perlahan-lahan perbuatan yang tidak disukai. Mungkin semalam dan hari ini aku mampu, tapi esok lusa belum tentu. Kerana sakit dan letih hati ini untuk selalu menampal darahan jiwa. Namun aku akan terus cuba, cuba dan mencuba untuk sentiasa menjadi yang lebih baik.
Wahai semua yang aku kenali, aku tidak mampu menjanjikan kemewahan setiap kali kamu bersama aku. Aku tidak mampu menjanjikan kamu sentiasa ketawa saat kita berbicara. Aku tidak menjanjikan masa yang panjang apabila kita bersua.. Cuma, aku akan cuba sedaya termampu menyempurnakan keperluan & kehendak kita sebagai seorang manusia, cuba membuat kamu tersenyum setiap kali kita bersua, cuba memikirkan bagaimana untuk menjadikan masa yang singkat itu sebagai sesuatu yang bermakna buat kita semua.
Maafkan aku jika aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk kalian, maafkan aku jika perbuatanku sering mengguris hati. Namun ketahuilah bukan itu niat aku dan bukan itu yang aku mahukan. Mungkin character kita berbeza, namun aku yakin matlamat kita sama, ingin memberikan yang terbaik buat semua yang kita sayang. Semoga Allah menyatukan hati-hati kita untuk sentiasa saling faham memahami dalam mencari jalan penyelesaian di setiap permasalahan yang timbul, inshaAllah.

Sunday, April 22, 2012

Keluarga Kita, Diri Kita

Membesarkan anak-anak di zaman yang mencabar ini bukanlah sesuatu yang mudah, tambahan lagi bila suami & isteri sama-sama bekerja. Untuk memfokuskan kesemua nafkah fizikal, intelektual, emosional & spiritual untuk anak-anak merupakan sesuatu yang besar/berat. Ibu bapa yang semakin dihimpit dengan kesempitan masa mahupun wang, menyebabkan ketergangguan emosinal yang serius. Tanpa kesenian dalam pengurusan rumah tangga ianya mampu mengheret keluarga tersebut ke lembah yang membimbangkan. Kita tidak mampu mengelak daripada masalah-masalah tersebut, hatta seorang yang kaya sekalipun, atau mereka yang mempunyai lebihan masa, semua kita diuji dengan satu masalah yang sama, iaitu membesarkan anak-anak. Tanggungjawab dalam mendidik anak-anak tidak pernah berubah dari ibu bapa kepada bibik, tadika, sekolah mahupun universiti. Bila tiba masanya, kita (ibu bapa) akan dipersoalkan bukan mereka.

                Aku banyak didedahkan dengan masalah-masalah rumah tangga, walaupun aku sendiri belum berumah tangga, tapi aku suka melihat gelagat suami isteri dalam menyelesaikan masalah yang timbul, sama ada dalam perhubungan suami isteri ataupun dalam membesarkan anak-anak. Semua itu memerlukan kesenian, keterperincian. Aku pernah mendengar satu kisah seorang suami menceraikan isterinya hanya disebabkan oleh ubat gigi. Aku tidak pasti bagaimana tahap emosional suami tersebut ketika itu, aku tidak tahu apa yang bermain difikirannya disaat itu. Namun aku yakin kita semua tidak gemar dengan cerita sebegini. Dalam menyelesaikan masalah untuk membesarkan anak-anak kita terpaksa menanam benih yang kuat dalam perhubungan suami dan isteri agar pohon yang tumbuh, walau setinggi mana sekalipun, mampu ditampung oleh akar yang kuat mencengkam tanah.

                Bulan lalu aku membeli buku ‘Men Are from Mars, Women Are from Venus’ yang disarankan oleh Ustaz Hasrizal, bagi seseorang yang bakal membina keluarga mereka. Ianya banyak menyentuh mengenai penjelasan sifat seorang lelaki & perempuan yang sebenar, yang mungkin kita terlepas pandang, dan akhirnya kita tidak appreciate fitrah mereka sebagai seorang perempuan dan juga lelaki. Banyak masalah-masalah yang biasa kita dengar di sekeliling kita, dan ia menterjemahkan kembali kebahasa buku. Aku yakin berat tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak akan menjadi ringan apabila suami isteri mempu bekerja sama, faham antara satu sama lain, tahu tugas/kedudukan mereka dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

                Mohonlah petunjuk dari Allah untuk kita sentiasa mampu keluar dari setiap masalah yang timbul dengan penuh cinta, sabar & ikhlas. Setiap keluarga ada masalah mereka masing-masing. Bohonglah kalau mereka kata, rumah tangga mereka tidak pernah ditimpa masalah. Kerana kita kena yakin ‘masalah’ itu bukan untuk dilari, tapi untuk diterokai dan diselesaikan. Masalah itu bukan suatu bala, tapi peluang untuk kita sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri. Aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana memperkenalkan kepada aku lebih awal akan alam ini. Aku harap aku mampu bersabar bila ianya datang pada aku, kerana aku tahu, bijak teori belum tentu mahir praktikal. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan sabar dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang datang, inshaAllah.


Sedihku sakitku ku terima,
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicuba,
Demi rahmatMu ku memohon.

Yaa Allah redhai ketulusan hati,
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.

Yaa Allah redhai ketulusan hati,
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.

Wednesday, March 21, 2012

Kita Ada Masalah (Pengembara Dunia)

Ada satu kisah penting yang ingin saya ceritakan. Hari ini saya buat kerja sambilan, promosi untuk OUM (Open University Malaysia) di salah sebuah Sekolah Menengah. Ianya bertujuan mengajak para pelajar yang mendapat keputusan SPM hari ini untuk masuk OUM. Saya dan seorang staff OUM membuka meja promosi betul-betul depan pelajar-pelajar yang menunggu giliran mereka untuk dipanggil dan diserahkan keputusan tersebut. Penampilan & tingkah laku mereka betul-betul mengejut dan membimbangkan saya, ianya bukan sahaja kebarat-baratan malah lebih dari itu. Staff OUM yang bersama saya menyebut ianya sebagai culture shock, namun bagi saya ia lebih kepada krisis identiti.

Remaja yang sedang mencari diri mereka boleh sahaja tersepak dengan benda-benda yang mereka rasa betul, yang pada hakikatnya salah. Bagi mereka berambut punk menarik, memakai baju tengkorak+salib tu nampak ganas, merokok syarat jadi remaja, membuli junior adalah satu permainan. Apa masalah sebenar yang mereka hadapi? sebab saya fikir, tanpa alasan yang munasabah ianya tidak akan jadi seteruk ni. Mari kita cuba selami dunia remaja kita. Apa yang kita mahukan ketika itu adalah suatu kebebasan dan mencuba sesuatu benda yang baru. Kita ingin merasa diri mampu melakukan sesuatu dengan sendiri & terasa tercabar bila seseorang merendahkan kita.

Dalam keinginan yang menggelodak tu, tanpa ada seseorang yang menunjukkan suatu tempat yang betul untuk menuang keinginan-keinginan tersebut, remaja akan mencari sendiri identiti mereka. Sekiranya remaja tersebut pandai menggunakan compass dalam pencarian tersebut, alhamdulillah, tapi kebanyakkannya bukan begitu. Saya tidak salahkan remaja seratus peratus, sebab, lihat saja persekitaran kita sekarang. Dengan masalah masyarakat, KELUARGA, guru, menyebabkan remaja tidak terdidik dengan sebetulnya. Mereka ada potensi menjadi seseorang yang hebat, namun didikkan itu tidak sampai kepada mereka.

Banyak cerita-cerita yang saya dengar dari abang, kakak, adik, saudara mara, kawan-kawan, tentang masalah-masalah yang berpunca dari ibu bapa yang bergaduh, bercerai, mendera dan sebagainya. Itu tidak kira dengan anak-anak yang dibesarkan tanpa ibu bapa lagi. Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka macam mana kita ingin mendapat didikkan atau contoh tauladan yang baik? Sebagai seorang yang faham akan semua ni, cuba kita kenal pasti masalah mereka, bantu mereka keluar dari kepompong kesulitan tersebut. Bimbing mereka dengan cara yang HIKMAH.

Apa itu hikmah? Hikmah hanya datang dari Allah. Kata Sheikh Abdul Fattah Hunaidi tentang hikmah ini adalah “Perkataan yang tepat untuk orang yang tepat, dengan cara yang tepat, pada masa yang tepat.” Hikmah itu adalah KETEPATAN, supaya kita mampu meraikan kadar seseorang manusia itu. Jadi, sama-sama kita mensyukuri kehidupan kita dengan berkongsi kefahaman yang dianugerahkan Allah itu kepada manusia sejagat. Cuba lah sedaya termampu untuk mengubah sekurang-kurangnya seorang sebelum kita mati, inshaAllah.

Monday, February 13, 2012

Apabila Mazhab Melayu Diumpat

Agak keras bunyi tajuk yang dipilih kali ni, mungkin ada yang tidak suka, namun itulah hakikat kritik, tiada siapa yang mudah untuk menerima, kerana kita lebih suka memberi kritikan.. ‘Mazhab Melayu’, adat dan kepercayaan yang terlalu berlebihan menyebabkan ianya dilihat seolah-olah sebuah mazhab. ‘Mengumpat’, ialah sesuatu perbuatan yang buruk pada pandangan islam, sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12.

Dalam bahasa yang mudah difahami pada tajuk yang diberi ialah ‘Adat Melayu Apabila Dikotorkan’.. Sebulan dua ini aku sering mendengar pengaduan dari kawan-kawan mengenai sukarnya mereka dalam membina rumah tangga. Dengan bermacam-macam cabaran yang dihadapi menyebabkan aku turut simpati terhadap permasalahan tersebut. Apa yang menjadi sukarnya kawin pada zaman sekarang? Kawin kena sama darjat, perbezaan umur sukar diterima, warna kulit diambil kira, nanti orang mengata, kawin kena hantaran & kenduri yang mahal-mahal sebab nanti diumpat dicela, berhutang lain cerita, kawin awal dikatanya gatal, kawin lewat digosipnya tak laku, kawin dengan saudara tak boleh, kalau yang jenis bawa laki masuk ke rumah takpe.

Hakikatnya orang Melayu lebih mengambil kira kata orang dari panduan Al-Quran. Adat yang sepatutnya merupakan sesuatu yang baik pada awalnya menjadi buruk apabila diconteng oleh lapisan-lapisan baru, dan yang menjadi mangsa eksperimennya pemuda-pemudi kini. Adat yang direka berdasarkan nafsu & keegoaan diri tidak membawa generasi ke mana-mana selain timbulnya satu persatu masalah baru. Orang dulu pantang larang kurang, tapi jumlah penceraian tak banyak, zaman sekarang pantang larang banyak, namun kes penceraian juga berlambak-lambak. Tak salah pantang larang tu, namun biarlah yang betul sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. MAKA HENDAKLAH KAMU MENGUTAMAKAN YANG BERAGAMA.” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sama-samalah kita pandang dengan pandangan hati bukan dengan pandangan nafsu juga keegoan yang akan merosakkan dari sebuah ke sebuah generasi yang lain.. Izinkan anak-anakmu memikirkan masalah umat lebih dari masalah ini. Terlalu banyak masalah dunia kini, harap ibu bapa dapat meringankan dengan benda yang tidak seberapa ni. Kami hanya mahu restu kalian (ibu bapa) dan bukannya mereka.

Friday, February 10, 2012

Aku, Dia & Destiny

Dulu aku ada seorang yang sentiasa mengetuk setiap kali aku bengkok, menampal setiap kali aku koyak, mencurahkan petrol setiap kali bara juang mengapi dalam sekam jiwa. Kini besi yang bengkok seakan patah, diari yang koyak tidak tertampal, bara yang ada hanya menunggu masa untuk padam. Aku bagaikan muslim yang kehilangan khalifah, bagaikan anak ayam yang kehilangan ibu.. Semalam aku berbual dengan seorang teman, mengadu perasaan yang tak mampu dipujuk, menyalahkan situasi, mengherdik keadaan.

kaybeehanif: bergerak tanpa icon di sisi mmg susah

NotRealName: icon awk pegi mna

kaybeehanif: entah la semua dah jauh

NotRealName: mcfly kan ada

kaybeehanif: mcfly tu just deep ni heart

kaybeehanif: not a reality

NotRealName: rasulullah kn berjiwa besar

NotRealName: walaupun dia x de kt sisi,dia kn tetp dihati

NotRealName: cuba awk tgok cermin

NotRealName: org kt dlm cermin tuh ad jiwa yg bbesar

NotRealName: sgt besar

NotRealName: org kt dlm cermin tulah dpt bwk n pimpin awk utk terus kmbra

kaybeehanif: dia sendiri pun rebah

NotRealName: xdelah

NotRealName: cba tgok

NotRealName: dia terus tersnyum mmbri smgt pda awk

NotRealName: rebah x bermksd kalah

NotRealName: bereht kejap

NotRealName: kmpul tnga

NotRealName: untuk hasil yg lbh mntp

kaybeehanif: huhuu, mantap guru motivasi saye mlm ni

kaybeehanif: thank Q

NotRealName: org yg mntp always say yes! pada dri

NotRealName: and u r one of them

NotRealName: ap gna org buat crmin

kaybeehanif: untuk betulkn bojeng

kaybeehanif: huhu

NotRealName: itu sudah semestnya

NotRealName: utk lbh yakin keluar

NotRealName: hhaha

NotRealName: kalu mohd hanif rebah, sya yakin mcfly will never die

kaybeehanif: hahaa

kaybeehanif: ade plak gitu

NotRealName: sbb sya tahu mcfly lbh tabah dri awk

NotRealName: Description: :-p

kaybeehanif: owh mcm tu ye

Friday, January 27, 2012

reUnion 2012 (Let's Refresh Our Ukhwah)

Petang tadi ex-Sullamiah 2008 ada buat reUnion di ‘Food Village’, Pengkalan Chepa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dengan bermulanya pembacaan doa makan, hinggalah kosongnya hidangan. Kami sempat bertanya khabar, berkongsi cerita, juga berita-berita terbaru. Suka melihat kawan-kawan happy dengan script masing-masing, semoga Allah memberi kita kekuatan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang hamba/khalifahNya, inshaAllah.. Pulang dari reUnion kami berhenti solat magrib di Masjid Telipot. Selesai solat aku pergi ke tandas yang berada di bahu masjid. Aku berhenti seketika melihat gelagat seorang kanak-kanak dalam lingkungan 8 tahun yang menyusun seliparnya sebelum melangkah masuk ke tandas. Apa yang lebih menarik perbuatan tersebut bukan kerana pengaruh persekitaran, sebab masa tu semua selipar orang lain tunggang langgang je tanpa arrangement.

Kesedaran yang wujud dalam diri menyebabkan dia mampu membebaskan dirinya dari pengaruh persekitaran. Hakikatnya, kanak-kanak suka mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan LEBIH DARI PENGARUH LUAR. Sekiranya ibubapa menggunakan semaksimum mungkin gift tersebut untuk kita mencorakkan keperibadian mereka, i think pengaruh luar bukan lagi menjadi satu alasan bagi kita untuk berlepas diri dari membentuk sahsiah anak-anak. Memang betul pengaruh luar sangat membimbangkan kita dalam membina sebuah keluarga pada zaman sekarang, tapi how about we change the scared to the challenge. Why? Sebab ketakutan tersebut tidak membawa kita ke mana-mana kecuali menjadi parasit kepada kita dalam meneruskan cita-cita juga impian..

Apa-apa pun reUnion Januari 2012 ni terbaekk! Thank kepada pihak penganjur (En. Ainan, Puan Azieha & Puan Juliana). Makanan Beszzz, keyang perut puas hati :)

Monday, January 9, 2012

Susah, Senang & Pintar, Bodoh

Susah, Senang

Cuti minggu lepas aku pulang ke kampung untuk gunting rambut sambil-sambil ziarah Mok. Aku sangat suka gunting rambut kat situ sebab selain harganya yang murah, kualitinya juga mengikut cita rasa pelanggan. Tu pasal, walaupun aku duduk jauh nun di kota, tapi rela pulang ke kampung untuk gunting rambut. Rosyek, gelaran untuk penggunting rambut tersebut, ramah orangnya. Sanggup hidup susah di kampung sebab nak jaga seorang ibu. Setiap manusia mempunyai kepelbagaian prinsip hidup. Jangan terlalu sombong dengan prinsip hidup kita dengan mengomel cara hidup orang lain, sedangkan syurga itu hanya untuk mereka yang taat akan perintah Tuhannya.

Selalunya bayaran yang dikenakan RM3 sahaja, berbanding di bandar yang paling murah pun RM5, tapi selalunya RM6, kualiti pun kurang memuaskan (bukan semua tempat tapi sebilangan).. Siap gunting rambut aku membuka dompet yang koyak di bahagian bawahnya, untuk membayar perkhidmatan tersebut. Aku hulurkan RM10 dengan niat sambil-sambil nak menolong penduduk sekampung. Setelah dia memberi baki RM4 aku terus ingin pulang. Dia pun tahan dan tanya “berapa tu?” aku jawap “4 ringgit”. Dia cakap “nanti dulu..” sambil memberi lagi 3 ringgit, puas aku menolaknya tapi dia tetap berkeras dengan berkata “yo doh tu awe”.. Pelikkan penjual menolak keuntungan lebih?

Itulah yang aku perhatikan dan dengar dari mulut majority kita, orang susah kebanyakkannya tidak berkira dengan sesuatu yang ada pada mereka, mudah membayar hutang, tidak suka menyusahkan orang lain, senyum dalam letih, manis dalam masalah. Mungkin kesusahan itu mendidik mereka bersikap sedemikian. Pandai menghormati makhluk lain. Yes! Bukan semua tapi majority mengatasi minority right? Bukan aku kata orang yang senang perangainya tak baik, malah aku respect mereka yang hidup senang/mewah tapi menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia lain. Kerana bukan sesuatu yang mudah untuk membelai singa, silap kiraan, kita yang jadi saji makanannya.

Aku teringat akan sabda Nabi Muhammad saw "Aku tidak takut sekiranya umatku diuji dengan kesusahan, yang aku takutkan bila mereka diuji dengan kekayaan, kerana ramai umat terdahulu musnah kerana nikmat kekayaan." Jadi jika ada di antara kita yang diuji dengan sedemikian bertaqwalah.. Bila Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubay Bin Ka’ab “Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan takqwa?” Ubay mengajukan kembali soalan kepada Umar dengan berkata “Pernah ke Amirul Mukminin (Umar Al-Khattab) melalui sesuatu jalan yang penuh duri?” Umar menjawab ”Pernah!” “Lalu apa tindakan kamu?” soal Ubay “aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh” jawab Umar Al-Khattab, Ubay berkata “Itulah makna taqwa.”

Bodoh, Pintar

Bukan semua manusia dianugerahkan kepintaran yang begitu hebat, sehingga mengatasi umur juga keadaanya. Kelebihan tersebut merupakan suatu gift yang tidak terhingga dariNya. Namun ianya juga sebagaimana kesenangan. Ada baik buruknya, ia seumpama sebilah pisau, sekiranya kita menggunakannya untuk memotong sayur ia akan memberi manfaat/kesenangan kepada kita, tapi sekiranya kita menggunakan dengan tujuan membunuh atau mencederakan orang lain, ia akan memberi kesan yang buruk. Aku suka dengan kata-kata Sam Raimi tentang kepintaran, “Intelligence is not a privilege, it's a gift, to be used for the good of mankind.”

Ya, aku risau tentang mereka. Kerana kisah silam membuktikan ramai di antara mereka yang tewas dengan kelebihan mereka sendiri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memusnahkan kehidupan mereka, tambahan pula jika mereka orang islam. Musuh-musuh seumpama binatang liar yang sukar dibaca serangannya, mahu tak mahu kita harus bersikap licik bagi mengatasi perancangan musuh. Dan rintangan yang paling aku takuti adalah godaan yang ada di dalam. Kesedaran di dalam mampu memberi antibody yang kuat bagi mengatasi cabaran yang terdapat di luar sana..

Apa yang aku tertarik tentang character seorang yang foolish? Rendah diri & berusaha mencari, mencari dan terus mencari. Yes, itu character kebanyakan di antara mereka, sikap itu membuatkan mereka telah tertunai suatu ciri yang dituntut oleh agama kita, islam, iaitu rendah diri dan sentiasa laparkan ilmu/pengetahuan. Sentiasa berada dalam keadaan ingin tahu. Tapi, sekiranya mereka tidak mengawal sikap rendah diri tersebut, ia akan membawa kepada sesuatu yang melampau, sehingga merasa tak layak untuk bersuara, takut dalam berkata-kata, lebih suka bersendiri dari bergaul dengan masyarakat dan seumpamanya.

Hakikatnya kesemua kita diuji, sama ada miskin atau kaya, bodoh juga pintar. Harus kita sedar dan sentiasa ingat matlamat kehidupan kita di dunia ini, agar tidak tersasar bila ditiup angin kemewahan atau dilambung ombak kepayahan juga berjalan dalam duri ujian. Jangan tindas menindas, kata mengata, umpat mengeji dan sebaginya, kerana tidak layak untuk kita menspesifikasikan seseorang itu dari sudut kekurangan kita. Apa yang penting kita sama-sama berusaha belajar dan mengajak ke arah kebaikan, inshaAllah segalanya akan baik-baik saja..

Sunday, January 8, 2012

Pengembara Dunia: (Oh Anak!)

Tahun lepas aku solat Jumaat bersama anak saudara yang berusia 2 tahun lebih. Aku agak rapat dengan dia sebab aku memang suka budak lelaki. Jadi aku panggil la dia untuk duduk dengar khutbah dengan aku sebab abah dia nak ke tandas. Mula-mula katib berkhutbah tu dia masih okey, tapi bila dah panjang sikit khutbah, memang nampak la dia punya keboringan & kegelisahan. Kaki mula merayap-rayap mencari sesuatu untuk menghilangkan lenguh & boring.. Dulu masa aku kecik-kecik, aku suka bawa getah untuk hilangkan boring, pastu buat macam-macam bentuk dengan getah tu, bila abah dah nampak aku terhangguk-hangguk (mengantuk) dia jentik je dengan getah. Abah cakap “mujur abe chik bawa getah boleh kejutkan orang mengantuk”, getah makan tokey huhuu..

Selepas habis katib berkhutbah orang ramai berpusu-pusu masuk ke pintu belakang. Anak saudara aku mula tak tentu hala sebab para jemaah bertolak-tolak, last sekali dapat tempat sempit sangat untuk kami solat. "Allahuakbar!" imam memulakan solat. Anak saudara aku yang duduk di belah kiri still steady walaupun duduk dalam keadaan terhimpit, Alhamdulillah. Selesai imam membaca Al-Fatihah dia mula terhangguk-hangguk mengantuk. Dalam keadaan tidak selesa dia merebahkan badan dan baring di lantai. Bila aku nak sujud boleh pulak dia bergolek-golek masa tido, landing betul2 tempat aku nak sujud. Adush! parah ni, aku undur sikit ke belakang dan sujud dalam keadaan bongkok kecik. Fuh! Nasib baik lepas.

“Allahuakbar!” imam memulakan rakaat kedua.. Masa rukuk dia bergolek depan jemaah lain, aku mula gelabah takut menggangu yang lain. Tiba-tiba dia mengigau apa entah, bangun dan sambung solat huhuu.. Ketika sujud rasa muka ni tebal sangat, nak marah pun ada, sebab menggangu jemaah lain.. Dalam sujud terakhir terlintas kisah Hassan naik atas belakang Nabi Muhammad saw ketika sujud. Nabi tak marah, malah Nabi meraikannya lagi dengan sujud lama sehingga Hassan puas dan turun dari belakang Nabi.. Hilang semua malu, marah, geram bila kita letakkan role model kita tu Nabi. Sewaktu tahiyat akhir, dalam mengantuk dia meletakkan kepala dia atas riba aku dan tido sehingga habis solat. Budak-budak masa tido memang cute, kita yang tadinya marah pun boleh swish kepada kasih sayang.

Pengalaman itu yang akan dilalui oleh setiap ibu bapa, khususnya ibu bapa zaman sekarang yang kebanyakkannya kanak-kanak semakin hyperactive. Ibu bapa terpaksa tahan malu dengan kherenah anak-anak bila berdepan dengan masyarakat. Namun bersabarlah, kerana kita juga mungkin pernah memalukan ibu bapa dikhalayat ramai suatu masa dahulu. Jadi jangan cepat marah pada anak-anak kita yang baru ingin mengenal akan sebuah kehidupan. Kerana mereka tidak mengetahui..

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu..

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya

Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam
Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan


Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian
Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang

(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik

Kehendak dan ikhtiar

Rindumu yang sebenar