Membesarkan
anak-anak di zaman yang mencabar ini bukanlah sesuatu yang mudah, tambahan lagi
bila suami & isteri sama-sama bekerja. Untuk memfokuskan kesemua nafkah
fizikal, intelektual, emosional & spiritual untuk anak-anak merupakan
sesuatu yang besar/berat. Ibu bapa yang semakin dihimpit dengan kesempitan masa
mahupun wang, menyebabkan ketergangguan emosinal yang serius. Tanpa kesenian
dalam pengurusan rumah tangga ianya mampu mengheret keluarga tersebut ke lembah
yang membimbangkan. Kita tidak mampu mengelak daripada masalah-masalah
tersebut, hatta seorang yang kaya sekalipun, atau mereka yang mempunyai lebihan
masa, semua kita diuji dengan satu masalah yang sama, iaitu membesarkan
anak-anak. Tanggungjawab dalam mendidik anak-anak tidak pernah berubah dari ibu
bapa kepada bibik, tadika, sekolah mahupun universiti. Bila tiba masanya, kita
(ibu bapa) akan dipersoalkan bukan mereka.
Aku
banyak didedahkan dengan masalah-masalah rumah tangga, walaupun aku sendiri
belum berumah tangga, tapi aku suka melihat gelagat suami isteri dalam menyelesaikan
masalah yang timbul, sama ada dalam perhubungan suami isteri ataupun dalam
membesarkan anak-anak. Semua itu memerlukan kesenian, keterperincian. Aku pernah
mendengar satu kisah seorang suami menceraikan isterinya hanya disebabkan oleh ubat
gigi. Aku tidak pasti bagaimana tahap emosional suami tersebut ketika itu, aku
tidak tahu apa yang bermain difikirannya disaat itu. Namun aku yakin kita semua
tidak gemar dengan cerita sebegini. Dalam menyelesaikan masalah untuk
membesarkan anak-anak kita terpaksa menanam benih yang kuat dalam perhubungan
suami dan isteri agar pohon yang tumbuh, walau setinggi mana sekalipun, mampu
ditampung oleh akar yang kuat mencengkam tanah.
Bulan
lalu aku membeli buku ‘Men Are from Mars, Women Are from Venus’ yang disarankan
oleh Ustaz Hasrizal, bagi seseorang yang bakal membina keluarga mereka. Ianya banyak
menyentuh mengenai penjelasan sifat seorang lelaki & perempuan yang
sebenar, yang mungkin kita terlepas pandang, dan akhirnya kita tidak appreciate
fitrah mereka sebagai seorang perempuan dan juga lelaki. Banyak masalah-masalah
yang biasa kita dengar di sekeliling kita, dan ia menterjemahkan kembali
kebahasa buku. Aku yakin berat tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak akan
menjadi ringan apabila suami isteri mempu bekerja sama, faham antara satu sama
lain, tahu tugas/kedudukan mereka dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.
Mohonlah
petunjuk dari Allah untuk kita sentiasa mampu keluar dari setiap masalah yang
timbul dengan penuh cinta, sabar & ikhlas. Setiap keluarga ada masalah mereka
masing-masing. Bohonglah kalau mereka kata, rumah tangga mereka tidak pernah
ditimpa masalah. Kerana kita kena yakin ‘masalah’ itu bukan untuk dilari, tapi
untuk diterokai dan diselesaikan. Masalah itu bukan suatu bala, tapi peluang
untuk kita sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada dalam diri. Aku bersyukur
dan sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana memperkenalkan kepada aku lebih
awal akan alam ini. Aku harap aku mampu bersabar bila ianya datang pada aku,
kerana aku tahu, bijak teori belum tentu mahir praktikal. Semoga Allah sentiasa
memberi kekuatan sabar dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang datang,
inshaAllah.
Sedihku sakitku ku terima,
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicuba,
Demi rahmatMu ku memohon.
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicuba,
Demi rahmatMu ku memohon.
Yaa Allah redhai ketulusan hati,
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.
Yaa Allah redhai ketulusan hati,
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.
Yaa Allah beri aku ketabahan,
Yaa Allah aku sanggup berkorban,
Demi rahmatMu Yaa Allah.

No comments:
Post a Comment