Aku manusia biasa, pernah kecewa, pernah putus asa. Tak mampu untuk aku menjadi manusia yang statik emosionalnya. Kalanya kekecewaan itu memaksa aku berada di dalam sebuah gua untuk aku menormalkan kembali perasaan itu. Memang benar aku seorang yang sensitif, memang betul aku seorang yang sukar untuk difahami, kerana itu sifat aku. Aku cuba menjadi manusia yang kurang sensitif, menelan kata-kata yang merobek hati, mengunyah dengan perlahan-lahan perbuatan yang tidak disukai. Mungkin semalam dan hari ini aku mampu, tapi esok lusa belum tentu. Kerana sakit dan letih hati ini untuk selalu menampal darahan jiwa. Namun aku akan terus cuba, cuba dan mencuba untuk sentiasa menjadi yang lebih baik.
Wahai semua
yang aku kenali, aku tidak mampu menjanjikan kemewahan setiap kali kamu bersama
aku. Aku tidak mampu menjanjikan kamu sentiasa ketawa saat kita berbicara. Aku
tidak menjanjikan masa yang panjang apabila kita bersua.. Cuma, aku akan cuba
sedaya termampu menyempurnakan keperluan & kehendak kita sebagai seorang
manusia, cuba membuat kamu tersenyum setiap kali kita bersua, cuba memikirkan
bagaimana untuk menjadikan masa yang singkat itu sebagai sesuatu yang bermakna
buat kita semua.
Maafkan aku
jika aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk kalian, maafkan aku jika
perbuatanku sering mengguris hati. Namun ketahuilah bukan itu niat aku dan
bukan itu yang aku mahukan. Mungkin character kita berbeza, namun aku yakin
matlamat kita sama, ingin memberikan yang terbaik buat semua yang kita sayang. Semoga
Allah menyatukan hati-hati kita untuk sentiasa saling faham memahami dalam mencari
jalan penyelesaian di setiap permasalahan yang timbul, inshaAllah.
No comments:
Post a Comment