Minggu lepas
aku cuba untuk habiskan 3 novel yang tertangguh, iaitu, Hulagu Khan, Mustafa
Kamal Ataturk & Imam Hanbali. Sangat banyak manfaatnya untuk seorang yang
suka untuk mengetahui sejarah tamadun islam. Di sebabkan projek akhir yang
bakal aku buat ada kaitan dengan sejarah tamadun islam, jadi ia banyak membantu
aku mengumpul maklumat-maklumat mengenainya. Aku seorang yang sangat malas
membaca, jadi aku terpaksa menfokuskan betul-betul apa yang aku baca, sebab
malas untuk membacanya kali ke 2. Aku menanda bahagian-bahagian yang penting
bagi memudahkan rujukkan aku selepas ini.
Salah satu
bahagian yang aku suka dalam novel Imam Hanbali (m/s: 64), ketika Imam Syafie
ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid mengenai Perang Siffin. “Bagaimana pendapatmu berkenaan Peperangan Siffin yang
terjadi di antara Muawiyah dengan Saidina Ali sehinggalah munculnya golongan
Syiah dan Khawarij?” Imam Syafie menjawab seperti yang pernah
dijawab oleh Khalifah Umar Abdul Aziz “Wahai Amirul
Mukminin, sesungguhnya kedua-dua belah tanganku ini telah dilindungi Allah
daripada darah-darah yang tumpah dalam Perang Siffin itu. Maka aku tidak pula
mahu mengotori lidahku dengan pembicaraan sengketa tersebut yang hanya akan
merosakkan kebersihan kedua-dua belah tanganku dan lidahku yang sudah
dilindungi itu.” Kata Imam Syafie.
Sebelum ini
memang banyak persoalan yang aku timbulkan mengenai Perang Siffin. Macam mana
boleh terjadinya peperangan di antara para sahabat sendiri? Siapa yang
sebenarnya bersalah? Dengan membaca banyak artikel mengenai peristiwa tersebut
dan bertanyakan mereka yang lebih mendalam ilmunya, sedikit demi sedikit aku
faham dan harus aku akui. Jawapan Imam Syafie terhadap Khalifah Harun Ar-Rasyid
itu juga sangat-sangat aku berpuas hati. Kita sebagai pengkaji sejarah
sepatutnya menjadikan sejarah itu sebagai pedoman kepada kita untuk melakar
hari esok. Bukan untuk membesar-besarkan benda yang akan menimbulkan
perkelahian di antara kita dan akhirnya sejarah hitam tersebut berulang kembali.
Semoga kita
sama-sama menjadikan sejarah itu sebagai teladan dan sempadan, demi melakar
masa depan yang lebih diredhai Allah, inshaAllah.

No comments:
Post a Comment