Tuesday, May 29, 2012

Dari Mana Bermula Dunia Yang Lebih Baik? (Mengubah Dunia)



Saya cinta sejarah. Di sana terdapat ramai manusia-manusia hebat yang telah berjaya mengubah dunia. Ia memberi saya motivasi untuk tidak mudah mengalah dalam hidup. Pernah saya merindui untuk bersama berdiri di sisi mereka-mereka ini. Untuk melihat rentetan perjalanan, pahit manis, hitam putih, kehidupan mereka. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan yang sentiasa di atas (bernasib baik), dan kerana itu saya menyukainya. Makhluk yang paling hebat di bumi dan di langit, iaitu Nabi Muhammad saw sendiri, tidak mudah dalam perjalanan hidup beliau. Sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Para Sahabat, Abu Bakar, Umar, Uthman mahupun Ali, diuji dengan bermacam-macam dugaan pada zaman mereka. Hassan Al-Banna dan Syyid Qutb, selalu dipandang serong, malah dipenjara dan dibunuh oleh musuh.

           Namun jika tidak kerana kesabaran serta kesungguhan mereka, nescaya kita tidak dapat melihat dan merasai kebenaran yang dibawanya pada hari ini. Mereka berkerja untuk generasi, untuk manusia sejagat, kerana itu mereka mampu mengubah dunia. CEO yang pertama di dunia sekarang ini, Steve Jobs, mampu menyatukan teknologi dan seni, menyebabkan lahirnya produk-produk Apple Inc, yang menjadi kegilaan ramai orang. Bagaimana beliau mampu melahirkan produk yang hebat & menjadi daya penarik ramai pengguna? Dalam satu video yang saya lihat baru-baru ini, ‘Steve Jobs building NeXT’ menyatakan bagaimana Apple hebat kerana mereka menciptanya dari hati, dan mereka melakukan itu semua kerana really care tentang high education process, bukan kerana wang, dan bukan kerana saja-saja. Syarat pertama untuk mengubah sesuatu, ubah diri. Mereka mampu mengubah dunia kerana mereka mampu mengubah diri mereka ke arah yang lebih baik. Segalanya bermula dari dalam diri.

          Lihat saja Nabi Muhammad saw, beliau mampu menunjukkan Islam itu hebat kerana keperibadian beliau hebat. Dari kecil Nabi tidak pernah berbohong, sentiasa jujur, amanah, menghormati hak orang, selalu berbuat baik, bermusuh dengan kejahatan dan sabar dalam setiap ujian. Apabila diberi amanah untuk menyebarkan Islam, dia tidak pernah berputus asa, walau dicaci, dihina, dipulau hatta berdarah sehingga kaki sekalipun dia masih bersungguh dalam menyebarkan Islam. Kenapa di zaman kita Islam di pandang serong? Islam dipandang agama keganasan? Islam dipandang mundur? Mungkinkah kita kekurangan role model? Atau kita hanya lantang dalam bercakap tapi bisu dalam langkah? Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam mengubah diri kita untuk menuju ke arah mengubah dunia, inshaAllah. We're NEXT!


No comments: