Minggu lepas aku dengar kuliah
Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) mengenai cara melakukan sesuatu perubahan. Dia
memperkenalkan faktor-faktor yang selalunya mengganggu seseorang itu dalam
membuat sesuatu perubahan, iaitu Pengalaman, Persekitaran, Perspeksi (Pandangan
Orang), Ilmu Pengetahuan. Semua benda-benda ini akan sentiasa mencipta alasan
kepada kita bagi menyukarkan lagi untuk kita melakukan sesuatu perubahan.
[Kalau sekiranya kita menjadikan benda-benda yang bukan
pilihan kita menjadi halangan untuk kita buat perubahan, inshaAllah, formula
sangat berkesan untuk menjadi orang yang gagal dalam hidup. Iaitu mengikat diri
pada factor-faktor yang kita tidak boleh kawal. “Saya tak boleh buat apa,
kalau jalan jam-jam macam ni saya memang mencarut.” Oh, jalan jam mencarut,
jalan lapang berzikir. Jadi, yang menentukan sama ada dia mencarut atau
berzikir ialah trafik jam. Sesuatu yang dia tak boleh kawal. Orang macam ni
duduklah di Berek Raja, jangan datang Kuala Lumpur, hari-hari mencarut.
“Saya tak boleh buat apa, saya kalau hujan-hujan macam ni
saya bad mood.” Susah la macam tu, hujan bad
mood, cerah ceria. Jadi, yang menentukan kita happy ialah keadaan cuaca.
Susah hidup macam tu. “Saya tak boleh buat apa, dah semua orang merokok saya
terpaksa merokok.” Bukan nak sangat merokok tapi semua orang merokok
terpaksa merokok.] Antara petikkan yang disampaikan Ustaz Hasrizal dalam
kuliah tersebut.
So, untuk
memulakan sesuatu perubahan kita kena pastikan diri kita bebas dari semua
benda-benda yang mengikat kita untuk melakukan perubahan. Semoga kelas Ramadhan
yang bakal kita masuki nanti menjadikan suatu peluang untuk kita
mentransfomasikan diri kita kearah yang diredaiNya, inshaAllah.
No comments:
Post a Comment