Wednesday, March 21, 2012

Kita Ada Masalah (Pengembara Dunia)

Ada satu kisah penting yang ingin saya ceritakan. Hari ini saya buat kerja sambilan, promosi untuk OUM (Open University Malaysia) di salah sebuah Sekolah Menengah. Ianya bertujuan mengajak para pelajar yang mendapat keputusan SPM hari ini untuk masuk OUM. Saya dan seorang staff OUM membuka meja promosi betul-betul depan pelajar-pelajar yang menunggu giliran mereka untuk dipanggil dan diserahkan keputusan tersebut. Penampilan & tingkah laku mereka betul-betul mengejut dan membimbangkan saya, ianya bukan sahaja kebarat-baratan malah lebih dari itu. Staff OUM yang bersama saya menyebut ianya sebagai culture shock, namun bagi saya ia lebih kepada krisis identiti.

Remaja yang sedang mencari diri mereka boleh sahaja tersepak dengan benda-benda yang mereka rasa betul, yang pada hakikatnya salah. Bagi mereka berambut punk menarik, memakai baju tengkorak+salib tu nampak ganas, merokok syarat jadi remaja, membuli junior adalah satu permainan. Apa masalah sebenar yang mereka hadapi? sebab saya fikir, tanpa alasan yang munasabah ianya tidak akan jadi seteruk ni. Mari kita cuba selami dunia remaja kita. Apa yang kita mahukan ketika itu adalah suatu kebebasan dan mencuba sesuatu benda yang baru. Kita ingin merasa diri mampu melakukan sesuatu dengan sendiri & terasa tercabar bila seseorang merendahkan kita.

Dalam keinginan yang menggelodak tu, tanpa ada seseorang yang menunjukkan suatu tempat yang betul untuk menuang keinginan-keinginan tersebut, remaja akan mencari sendiri identiti mereka. Sekiranya remaja tersebut pandai menggunakan compass dalam pencarian tersebut, alhamdulillah, tapi kebanyakkannya bukan begitu. Saya tidak salahkan remaja seratus peratus, sebab, lihat saja persekitaran kita sekarang. Dengan masalah masyarakat, KELUARGA, guru, menyebabkan remaja tidak terdidik dengan sebetulnya. Mereka ada potensi menjadi seseorang yang hebat, namun didikkan itu tidak sampai kepada mereka.

Banyak cerita-cerita yang saya dengar dari abang, kakak, adik, saudara mara, kawan-kawan, tentang masalah-masalah yang berpunca dari ibu bapa yang bergaduh, bercerai, mendera dan sebagainya. Itu tidak kira dengan anak-anak yang dibesarkan tanpa ibu bapa lagi. Bayangkan kalau kita berada di tempat mereka macam mana kita ingin mendapat didikkan atau contoh tauladan yang baik? Sebagai seorang yang faham akan semua ni, cuba kita kenal pasti masalah mereka, bantu mereka keluar dari kepompong kesulitan tersebut. Bimbing mereka dengan cara yang HIKMAH.

Apa itu hikmah? Hikmah hanya datang dari Allah. Kata Sheikh Abdul Fattah Hunaidi tentang hikmah ini adalah “Perkataan yang tepat untuk orang yang tepat, dengan cara yang tepat, pada masa yang tepat.” Hikmah itu adalah KETEPATAN, supaya kita mampu meraikan kadar seseorang manusia itu. Jadi, sama-sama kita mensyukuri kehidupan kita dengan berkongsi kefahaman yang dianugerahkan Allah itu kepada manusia sejagat. Cuba lah sedaya termampu untuk mengubah sekurang-kurangnya seorang sebelum kita mati, inshaAllah.

No comments: