Sebelum ni aku tak
suka tengok cerita Korea disebabkan kebanyakkan filem atau dramanya obsess kepada
cinta. Namun cerita Pasta, Blue Code & Doctor Heli mengubah
perseptif aku terhadap filem-filem dan drama dari asia timur ini. Drama-drama
tersebut mengenengahkan sesuatu yang lebih ilmiah seumpama Pasta, dengan
cabarannya dalam menghandle sebuah
restoran dan memperkenalkan teknik-teknik yang betul dalam bidang masakan. Blue
Code, kesungguhan dan cara seseorang doktor mengatasi masalah mereka, dan dalam
masa yang sama mendedahkan kepada penonton sedekit sebanyak bagaimana untuk
menghadapi sesuatu situasi apabila berlaku eksiden atau penyakit, begitu juga
dengan drama Doctor Heli. Mereka memperkenalkan ilmu dalam bentuk cerita.
Dulu aku suka
tengok cerita ‘Cinta Medik’ mungkin disebabkan terdapat juga sedikit sebanyak
ilmu kehidupan di university dan kedoktoran diadunkan ke dalam drama tersebut.
Aku ingat lagi dialog di antara Iqram dan Awal. “Kenapa kau suka baca komik
Jepun?” Awal bertanya Iqram, atau lebih dikenali dengan Fikri dalam drama
tersebut. “Nak buat macam mane komik diorang lebih berknowledge berbanding kita yang lebih kepada hiburan.” balas Iqram. Itulah
realitinya masyarakat kita.
Apabila di search
di dalam Wikipedia tentang Sejarah Dunia, Keagamaan, Sains mahupun
Matematik yang keluar translatenya lebih banyak Indonesia. Tapi jika kita search mengenai hiburan, banyak yang
dapat kita perolehi dalam Bahasa Melayu. Lihat saja program-program realiti TV
yang wujud di negara kita. Berapa banyak rancangan yang mendidik masyarakat ke
arah mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita. Ada, tapi tak banyak. Ada, tapi sukar
didapati.
Aku sangat suka
program eksperimen sains yang dibuat dalam TV IQ, yang di acarakan Pak Nil. Ia
menarik minat anak-anak kepada ilmu sains yang sememangnya wajar didedahkan kepada
masyarakat. Apa yang ingin aku kongsikan dalam drama Pasta episod 3 ni ialah,
kegilaan seorang pembantu chef dalam mencapai impiannya untuk menjadi seorang
chef. Walau dibuang kerja, walau dimaki hamun, walau berplastik-plastik Pasta
rosak, walau tekanan demi tekanan datang, namun, kesungguhan yang bersangatan
terhadap impiannya untuk menjadi chef menampakkan dia sedikit gila dalam
tindakkan, tapi kegilaan itu juga yang membawa dia untuk berada di puncak
impian.
Bekas CEO Apple Inc,
Steve Jobs pernah berkata, “terokai bidang yang kamu gila terhadapnya.” Memang
betul, bila kita betul-betul gila terhadap apa yang kita inginkan, kesusahan, kejatuhan
itu bukan lagi satu alasan yang tepat untuk kita berehat, jauh sekali untuk
berhenti. Semoga dengan kegilaan dalam bidang kita, kita mampu membuat satu
inovasi baru dalam dunia ini, inshaAllah. Demi untuk melaksanakan apa yang
pernah di sabdakan Rasulullah saw ”Beribadahlah kamu seakan-akan kamu akan mati
besok, dan bekerjalah kamu seakan-akan kamu hidup untuk selamanya.”
Seimbangkanlah
kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment