Tuesday, August 7, 2012

Janji Dimungkiri atau Kita Belum Bersedia?


Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). (Surah Ibrahim: 47)

Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Kuliah tarawih tadi menyentuh isu “Kenapa umat Islam zaman sekarang tidak memperolehi kemenangan sebagaimana perang Badar, Perang Khandaq, Perang Tabuk, Utusan Thaif mahupun Pembukaan Mekah? Adakah Allah memungkiri janji? Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji, cuma kita yang tidak mengikut peraturan-peraturan  yang telah Allah tetapkan untuk mencapai janji tersebut.”

Aku teringat akan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menakluk Constantinople. Beliau bertukus lumus dalam mencapai impian tersebut, bukan sahaja dari segi stategik peperangan malah akhlak juga beliau titik beratkan. Ianya supaya betul-betul kena dengan kehendak janji tersebut. Sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jadi untuk mencapai apa saja janji Allah, kita sendiri kena siap siagakan diri untuk menerima janji tersebut. Allah akan berikan apabila kita betul-betul bersiap bersedia untuk itu. semoga kita tidak gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat makbulkan doa kita, jangan mengalah, ini bukan masanya.

No comments: