"takpe kot parkir motosikal
belakang motosikal orang lain, lagi pun ramai yang buat macam tu" bisik
hati kecil aku. Aku yang bergegas ke Masjid Telipot ingin menunaikan solat
Isya', tanpa memikir panjang untuk mencari tempat parkir yang lain, lagi pula
solat sudah berlangsung. Berjalan tiga langkah meninggalkan motosikal, hati
rasa serba salah, berbisik, "jangan dirosakan kebaikan itu". Lantas
aku ambil motosikal kembali dan cari tempat parkir yang lain.
Jangan
dirosakan kebaikan itu. Dalam melakukan kebaikan kadang-kadang kita lupa
hakikat kita sebagai seorang hamba sentiasa layak diuji walau dalam apa keadaan
sekalipun. Apa yang akan terjadi bila kita sedang khusyuk solat Tarawih dalam
masa yang sama orang yang kita parkir motosikal belakang motosikal dia tadi
maki hamun kita kerana menggangu laluannya untuk keluar. Allah nilai/peduli ke
kalau kita parkir motor elok? Aku rasa Allah peduli tentang iman kita, Dia
peduli tentang hati kita.
Mungkin kita
memandang benda seperti itu kecil, tapi ianya akan jadi besar kepada KITA bila
kita berada di depan dan orang lain memarkir motorsikal di belakang motosikal
kita. Sama-samalah kita lalui hidup ini dengan menghormati orang lain dan diri
sendiri. Agar benda-benda yang sekecil itu tidak menjadi beban di bahu kiri
kita kemudian hari nanti, inshaAllah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia
mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR:
Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment