Monday, January 9, 2012

Susah, Senang & Pintar, Bodoh

Susah, Senang

Cuti minggu lepas aku pulang ke kampung untuk gunting rambut sambil-sambil ziarah Mok. Aku sangat suka gunting rambut kat situ sebab selain harganya yang murah, kualitinya juga mengikut cita rasa pelanggan. Tu pasal, walaupun aku duduk jauh nun di kota, tapi rela pulang ke kampung untuk gunting rambut. Rosyek, gelaran untuk penggunting rambut tersebut, ramah orangnya. Sanggup hidup susah di kampung sebab nak jaga seorang ibu. Setiap manusia mempunyai kepelbagaian prinsip hidup. Jangan terlalu sombong dengan prinsip hidup kita dengan mengomel cara hidup orang lain, sedangkan syurga itu hanya untuk mereka yang taat akan perintah Tuhannya.

Selalunya bayaran yang dikenakan RM3 sahaja, berbanding di bandar yang paling murah pun RM5, tapi selalunya RM6, kualiti pun kurang memuaskan (bukan semua tempat tapi sebilangan).. Siap gunting rambut aku membuka dompet yang koyak di bahagian bawahnya, untuk membayar perkhidmatan tersebut. Aku hulurkan RM10 dengan niat sambil-sambil nak menolong penduduk sekampung. Setelah dia memberi baki RM4 aku terus ingin pulang. Dia pun tahan dan tanya “berapa tu?” aku jawap “4 ringgit”. Dia cakap “nanti dulu..” sambil memberi lagi 3 ringgit, puas aku menolaknya tapi dia tetap berkeras dengan berkata “yo doh tu awe”.. Pelikkan penjual menolak keuntungan lebih?

Itulah yang aku perhatikan dan dengar dari mulut majority kita, orang susah kebanyakkannya tidak berkira dengan sesuatu yang ada pada mereka, mudah membayar hutang, tidak suka menyusahkan orang lain, senyum dalam letih, manis dalam masalah. Mungkin kesusahan itu mendidik mereka bersikap sedemikian. Pandai menghormati makhluk lain. Yes! Bukan semua tapi majority mengatasi minority right? Bukan aku kata orang yang senang perangainya tak baik, malah aku respect mereka yang hidup senang/mewah tapi menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia lain. Kerana bukan sesuatu yang mudah untuk membelai singa, silap kiraan, kita yang jadi saji makanannya.

Aku teringat akan sabda Nabi Muhammad saw "Aku tidak takut sekiranya umatku diuji dengan kesusahan, yang aku takutkan bila mereka diuji dengan kekayaan, kerana ramai umat terdahulu musnah kerana nikmat kekayaan." Jadi jika ada di antara kita yang diuji dengan sedemikian bertaqwalah.. Bila Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubay Bin Ka’ab “Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan takqwa?” Ubay mengajukan kembali soalan kepada Umar dengan berkata “Pernah ke Amirul Mukminin (Umar Al-Khattab) melalui sesuatu jalan yang penuh duri?” Umar menjawab ”Pernah!” “Lalu apa tindakan kamu?” soal Ubay “aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh” jawab Umar Al-Khattab, Ubay berkata “Itulah makna taqwa.”

Bodoh, Pintar

Bukan semua manusia dianugerahkan kepintaran yang begitu hebat, sehingga mengatasi umur juga keadaanya. Kelebihan tersebut merupakan suatu gift yang tidak terhingga dariNya. Namun ianya juga sebagaimana kesenangan. Ada baik buruknya, ia seumpama sebilah pisau, sekiranya kita menggunakannya untuk memotong sayur ia akan memberi manfaat/kesenangan kepada kita, tapi sekiranya kita menggunakan dengan tujuan membunuh atau mencederakan orang lain, ia akan memberi kesan yang buruk. Aku suka dengan kata-kata Sam Raimi tentang kepintaran, “Intelligence is not a privilege, it's a gift, to be used for the good of mankind.”

Ya, aku risau tentang mereka. Kerana kisah silam membuktikan ramai di antara mereka yang tewas dengan kelebihan mereka sendiri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memusnahkan kehidupan mereka, tambahan pula jika mereka orang islam. Musuh-musuh seumpama binatang liar yang sukar dibaca serangannya, mahu tak mahu kita harus bersikap licik bagi mengatasi perancangan musuh. Dan rintangan yang paling aku takuti adalah godaan yang ada di dalam. Kesedaran di dalam mampu memberi antibody yang kuat bagi mengatasi cabaran yang terdapat di luar sana..

Apa yang aku tertarik tentang character seorang yang foolish? Rendah diri & berusaha mencari, mencari dan terus mencari. Yes, itu character kebanyakan di antara mereka, sikap itu membuatkan mereka telah tertunai suatu ciri yang dituntut oleh agama kita, islam, iaitu rendah diri dan sentiasa laparkan ilmu/pengetahuan. Sentiasa berada dalam keadaan ingin tahu. Tapi, sekiranya mereka tidak mengawal sikap rendah diri tersebut, ia akan membawa kepada sesuatu yang melampau, sehingga merasa tak layak untuk bersuara, takut dalam berkata-kata, lebih suka bersendiri dari bergaul dengan masyarakat dan seumpamanya.

Hakikatnya kesemua kita diuji, sama ada miskin atau kaya, bodoh juga pintar. Harus kita sedar dan sentiasa ingat matlamat kehidupan kita di dunia ini, agar tidak tersasar bila ditiup angin kemewahan atau dilambung ombak kepayahan juga berjalan dalam duri ujian. Jangan tindas menindas, kata mengata, umpat mengeji dan sebaginya, kerana tidak layak untuk kita menspesifikasikan seseorang itu dari sudut kekurangan kita. Apa yang penting kita sama-sama berusaha belajar dan mengajak ke arah kebaikan, inshaAllah segalanya akan baik-baik saja..

No comments: