Aku seorang yang sangat tidak fokus dalam melakukan sesuatu, kecuali aku tahu apa yang ingin aku cari dan apa tujuan aku melakukan perkara tersebut. Aku cuba untuk memulakan hijrah pada tahun 1433H ni. Tapi aku tidak jumpa apa point yang meletakkan aku untuk fokus dalam penghijrahan tersebut. Aku terus mencari, kerana aku yakin ianya ada, cuma aku masih tidak ketemuinya. Gelodak jiwa ni sangat kuat. Denyutannya mungkin tidak didengar tapi mampu dirasa. Mencari sesuatu yang diletakkan di bawah dagu, sangat sukar. Aku tidak mampu melihatnya, walaupun ianya jelas.
Suatu hari aku terjumpa satu potongan ayat yang berbunyi “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, KECUALI agar mereka beribadah kepada Ku” [Az-Zariyat: 56]. Ayat yang biasa kita dengar, ayat yang jelas dan cukup mudah untuk difahami. Namun ia merupakan, main point untuk kita melakukan apa jua perkara dalam kehidupan ni. Sejak dari kita bangun awal pagi hingga kita tidur lewat malam. Hanya itu yang Allah inginkan dari kita. Hanya itu yang Allah ingin nilai kita. Ibadah bukan sahaja solat juga puasa, zakat mahupun haji, zikir atau derma. Ianya bermula dari sekecil-kecil perkara, tidur, makan, minum, berjalan, belajar, bekerja, bercakap, hinggalah sebesar-besar perkara, solat, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya.
Bila dikenang semua itu, masih banyak yang belum tertunai, masih banyak yang terkandas. Ianya kadang-kadang bukannya susah, cuma cuai, terlupa, terlepas pandang, malas dan seangkatan dengannya. Semoga awal Muharam ini menjadi titik permulaan aku dalam membuat suatu peningkatan bagi membetulkan mana yang salah, memperbaharui mana yang lama, mewujudkan mana yang tiada.. Segalanya bermula di sini (hati).
Tika takbir sayup terdengar,
Syahdu hati mengenangMu,
Ketika bertahjud terbayangkanMu,
Siapakah aku di sisiMu?
Keasyikkan dunia peneman dukaku,
Kehinaan dosaku yang telah lalu.
Puas ku mencari namun ku tak bertemu,
Puas ku jalani namun Kau tak ku temui,
Puas ku jejaki likunya tak menentu,
Bara cinta terhenti sepiku tak terperi.
Namun tiada cinta asmara lagu ini,
Biarpun dikau terpisah keasyikkan dunia,
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara,
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa.
Hanya Dia penentunya,
Hanya Dia pendamainya,
Kau liputilah kalbuku,
Keimanan, ketaqwaan.
Biar tiada cinta asmara lagu ini,
Biarpun dikau terpisah keasyikkan dunia,
Tiada cinta selainNya pengubat duka lara,
Tiada kasih selainNya peneman sepi jiwa.
No comments:
Post a Comment