Kata M. Nasir "Riwayat bermula dari dahulu, pandang belakang tersangatlah jauh, .."
. Terlalu jauh usia yang telah aku tinggalkan di belakang sehingga tidak mampu untuk berpatah balik. Hargailah setiap masa yang berlalu "sesaat berangan terlepaslah habuan, ikan tak dapat umpan pula hilang". Masa yang dibiarkan kosong sudah berlalu, masa yang berkecamuk dengan tugas juga turut berlalu. Pahit, manis, masam, masin, pedas, kelat semua digaul bersama ke dalam sebuah kuali kehidupan. Pelikkan jika pedas tiada dalam sambal. Janggal bila ikan kering hilang masinnya. Tawar bila sira labu tiada manis. Seorang Chef, dia tahu di mana harus diletak pedasnya, ke mana harus di taruk masamnya dan siapa yang harus merasainya. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari dari mengecap rasa sedih, gembira, resah, berdebar, penat atau amarah. Itu sudah menjadi sifir bagi seorang makhluk yang bergelar insan. Apa yang penting kita belajar bagaimana untuk menghandle diri kita ketika berhadapan dengan semua situasi tersebut. Itulah bergunanya setiap pengalaman yang kita kutip, bak kata Malique "Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman, konflik motivasi, cuba medatasi, positif dan benci jadi inspirasi pagi"Baru-baru ini aku belajar bagaimana untuk menjadi persis sebuah komputer. Yang mana hidup bukan untuk sendirian. Ia memerlukan satu hubungan yang lengkap, sebagaimana sabda nabi Muhammad SAW "Mukmin terhadap mukmin yang lain ibarat batu-bata binaan yang saling memperkukuh satu sama lain..". Di dalam sebuah komputer kita sering menganggap Prosesor adalah suatu hardware yang amat penting kerana tanpa Prosesor semua aktiviti yang terdapat dalam komputer tidak dapat digerakkan. Tapi pernahkah kita terfikir walau sehebat manapun prosesor ia masih memerlukan Motherboard, Ram, Cmos, Power Supply untuk untuk menjalankan tugas-tugasnya. Ini bermakna kita tidak boleh rasa hebat sendiri, merasakan kita tidak memerlukan sesiapa dalam hidup (teringat akan kisah 'Buli Balik'). Sedarlah perasaan itu bisa membinasakan kita dalam diam.
Selama 20 tahun ni terlalu banyak coretan, lakaran juga tone dalam menampakkan lukisan perjalanan hidup aku. Detik demi detik masa berlalu, helai demi helai lakaran hidup dilukis. Ada yang berbentuk abstrak ada juga yang berbentuk corak. Yang pasti ia memerlukan terlalu banyak warna. Aku berterima kasih kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan yang sudi menjadi sebahagian daripada warna-warna kehidupan aku. Walau ada kalanya aku kurang menghargai warna tersebut tapi ketahuilah yang ia pelengkap kepada sebuah lukisan yang sempurna. Meskipun ia cuma setitik cat.. Semoga Allah membalas segala kasih sayang yang dicurahkan, dan usaha yang dipertaruhkan untuk aku. Mubarak, May Allah Bless You, Semoga Allah merahmati kalian.
"Ya Allah, Kau peliharalah mereka yang amat kusayangi dalam hidup ini ketika ku tidak dapat bersama mereka di sisi, tika dia jaga, tika dia tidur, tika dia gembira, tika dia duka, tika lara dan gundah, tika senang, tika sakit, ku memohon dengan rahmatMu ya Allah, letakkan mereka dalam sebaik-baik perlindunganMu, pandanglah dengan kasih sayangMu sentiasa peliharalah mereka dalam sebaik-baik peliharaanMu.."
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
By: Mcfly@2010
Song Kehidupan : Inteam feat Nazrie (Raihan)
No comments:
Post a Comment