Kisah ke2 yang menarik dalam Novel Imam Malik ialah apabila Imam Malik menjadi imam solat subuh di rumahnya, dan Imam Syafie menjadi makmun. Bagi menghormati mazhab Imam syafie, maka Imam Malik membaca doa qunut dalam solatnya. Begitu juga keesokkan harinya apabila Imam Syafie menjadi imam, dia tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Imam Malik. Jauh berbeza dengan zaman kita yang sering berkelahi dengan benda yang tidak sepatutnya menimbulkan masalah. Berkelahi tentang solat terawih, doa qunut, mengata sana, mengata sini. Suka mencari kesalahan orang itulah yang menimbulkan perbalahan antara sesama umat islam.
Islam diturunkan untuk menyatukan umat bukan untuk memecah belahkan umat. Cuba kita ambil contoh kisah ansar dan muhajirin ketika hijrah. Mereka seolah-olah satu hati dan satu jasad. Seumpama sakitnya part of body maka seluruh jasad tersebut merasai sakit. Jadi cubalah jadikan perselisihan pendapat itu sebagai rahmat bukannya musibah. Tawar rasanya iman sekiranya kita merasa kita saja yang betul, walhal Nabi Muhammad SAW telah bersabda “Seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” (HR : Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment