“Bagaimana untuk mengelakkan diri dari cinta duniawi?” tanya seorang teman kepada aku “Maksud cinta duniawi?” aku bertanya untuk cuba memahami dengan lebih jelas soalan yang diajukan. “Couple..” jawab dia ringkas. Sebenarnya aku tidak berani menjawab soalan tersebut, tambahan pula aku sendiri masih terkapai-kapai mencari sesuatu dalam soal cinta ni. “Awak pernah bercinta?” soalnya lagi. Dengan sejujurnya aku pernah jatuh cinta pada seseorang but that just in the heart aku mentafsir itu tidak membawa kepada maksud couple. Sudah menjadi fitrah manusia ada perasaan cinta kepada seseorang yang disukainya. Bagaimana perasaan itu timbul? Mungkin dengan bersebabkan? Mana mungkin derasnya ombak tanpa angin laju yang meniupnya.
Masalah cinta dan hati menurut pandangan islam. Allah menjadikan manusia ini daripada 2 akspek. Yang pertama zahir dan yang kedua batin. Aspek ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuklah orang kafir. Oleh sebab itu wujudnya scholl psychology bahkan ada pakar-pakar mereka membincangkan soal ini. Jika sekiranya kita sedih rungsing, stress atau sebagainya kita tidak pergi berjumpa dengan doctor sebaliknya kita berjumpa pakar pysycology atau kaunselor. Apa yang ingin di fokus pada tajuk ‘Soal Hati part 1’ ini ialah berkenaan dengan dalaman bukan luaran, tetapi luaran akan mempengaruhi dalaman, itu tidak boleh dinafikan. Kenapa seseorang itu sedih? Mungkin kerana dia mendengar atau melihat sesuatu benda. Jadi alam zahir dan alam batin ada pintu-pintunya untuk masuk.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Ar-Ruum : 21). Kasih sayang merupakan 1 daripada makhluk Allah SWT. Ianya makhluk seumpama kita, namanya kasih dan juga sayang. Ia adalah benda hidup yang mungkin masuk ke dalam hati kita dan mungkin tidak. Oleh kerana itu hati manusia benda yang sangat complex yang tidak boleh dikaji oleh manusia yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia, sampailah kedalam, dalam, dan dalam lagi namanya roh. Roh ni 1 benda yang begitu lagi complex yang mana manusia tak boleh fikir. Allah SWT berfirman “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah : ”Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit“. (QS. 17:85). Jadi ilmu yang dicapai manusia tidak akan boleh mengetahui apa itu sebenarnya roh. Oleh kerana itu Allah mengirimkan nabi dan rasul untuk menceritakan kepada kita bagaimana untuk kita dealkan nafsu dengan masalah jiwa manusia. Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu Nafsi, ilmu jiwa atau psycology, tapi apakah manusia boleh mengenal apa itu jiwa manusia secara hakikatnya? Dia tidak boleh sampai kepada hakikat dan satu kepastian, dia hanya berligar sekitar ketidak pastian. Setiap kali itu ramailah teori-teori baru yg membatalkan teori-teori lama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psycology. Tetapi apa yang dibawa dalam al-quran dan hadis maka itu adalah satu benda yang pasti.
Kenapa manusia bercinta? Cuba kita ambil satu aspek dari hati manusia. Berapa banyak perasaan yang manusia ada?? Cinta, benci, sedih, suka, marah, cemburu dan lain-lain. Masalah-masalah ni ada pada semua manusia. Selagimana dia bergelar manusia selagi itu dia mempunyai perasaan-perasaan itu. Okey, kembali kepada soalan, kenapa manusia bercinta?? Kepada siapa cinta itu perlu diberi? Dari Abu Hurairah ra berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Rahmat Allah terdapat dalam seratus bahagian, maka ditahan pada-Nya yang sembilan puluh sembilan dan diturunkan di bumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itu masing-masing makhluk berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana kuatir memijak anaknya.” (HR. Muslim) Cinta itu rahmat Allah. Kenapa seorang ibu sayang kepada anaknya walaupun anaknya sering keluar masuk penjara? Padahal anak tu yang curi dan pukul dia, inilah sayang rahmat. Ada juga sayang berjasa, sayang kepada seseorang kerana jasa seseorang kepada kita. Dan yang menyentuh bab kita ni sedikit ialah sayang indah. Kenapa lelaki sayang kepada perempuan atau perempuan sayang kepada lelaki?? Mungkin ada ketika dan ketikanya hingga timbulnya rasa sayang tersebut, seumpama dia selalu melawat perempuan tersebut ketika dia sakit di hospital, atau sebagainya. Sayang kerana cantik mungkin itu salah satu faktornya.
Cinta terbahagi kepada 2. Cinta hakiki dan cinta nafsu. Adakah bila kita cintakan sesuatu itu maka semuanya baik kepada kita?? Tidak semestinya, sebagaimana firman Allah SWT “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216). Sebab itu kita diajar untuk redha dengan takdir, supaya kita tidak frust. Sebagaimana yang terdapat dalam doa istikarah "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Doa Solat Istikharah). Bila kita suka sangat kepada satu-satu benda, tiba-tiba kita tidak dapat benda tu, kita jangan ingat kita sudah terlepas dari benda yang paling baik. Kadang-kadang Allah SWT menyuruh kita buat sesuatu benda yang kita tidak suka, padahal benda tu baik untuk kita. Kata iman syafie “Tidak ada yang mungkin itu daripada benda yang telah berlaku”. Sebagai contoh jika sekiranya kita tidak lulus peperiksaan mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita kena positive thinking. Kalau kita bersangka buruk itu sudah jadi salah akidah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Taubah: 23). Tidak boleh mengikut orang yang lebih menyukai kufur walaupun ibu bapa kita. Jadi, masalah cinta ini dia membawa kepada mengikut. Ada orang cinta kepada keburukan, ada orang cinta kepada kebaikan. Allah melarang kita mengikut dan membantu orang-orang yang suka kepada kekufuran. Sabda Rasulullah SAW : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Bagaimana untuk mengetahui bahawa perempuan betul-betul cinta kepada kita atau orang-orang perempuan betul-betul cinta kepada lelaki? So, apa tanda kita cinta pada dia? Allah SWT berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Jadi dalam ayat ni tanda cinta kita kepada Allah ialah dengan mengikut nabi Muhhamd SAW. Tanda cinta juga ialah sanggup berkorban. Macam sahabat-sahabat nabi, Abdul Rahman Bin Auf dia seorang yang kaya di Madinah apabila Nabi Muhammad saw berkata kita hendak pergi ke peperangan tabuk kita sekarang memerlukan donation untuk berperang dengan tentera Rom yang bilangannya mencecah ratusan ribu dan orang islam pada masa itu mempunyai 90 ribu. Nabi kerahkan semua orang keluar. Pada masa tu musim panas dan musim buah kurma masak. Masing-masing sakit kepala memikirkan tentang buah tamar yang masak tu takut tidak ada orang untuk mengutipnya. Datang Abdul Rahman dia sedekah separuh daripada hartanya, Umar sedekah 3/4 dari hartanya manakala Abu Bakar mendermakan kesemua hartanya “Habis apa yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?“ Nabi bertanya, maka jawab Abu Bakar “aku tinggalkan Allah dan rasul”. Tanda cinta yang seterusnya ialah dia hanyut di alamnya. Maknanya diri dia sudah tidak ada lagi. Sebagaimana cintanya Rabiatul Adawiyah kepada Allah SWT.
Adakah cinta itu mempunyai batas-batasnya. Dalam islam kita ada cinta mutlak dan cinta terhad. Cinta mutlak, cinta kepada Allah dan rasul. Hubungan kita dengan Allah ada 2 iaitu takut dan harap. Sebagaimana kata saidina Umar Al-Khattab r.a kalaulah kita dengar 1 suara daripada langit yang mengatakan bahawa semua orang di dunia ini akan masuk syurga kecuali seorang, aku takut itu adalah aku. Kemudian sekiranya datang suara daripada langit yang mengatakan bahawa semua orang akan masuk neraka kecuali seorang, aku harap itu adalah aku. “Ketahuilah bahawa sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahaja dia akan menangkan hati”
Cinta terhad, Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah) 23-24) Habis tak boleh ke kita cinta kepada isteri kita?? Boleh, tapi cinta terhad. Tiada kepatuhan kalau sekiranya cinta kepada ibu bapa, isteri membawa kepada kemurkaan Allah.
Apa itu lelaki dan perempuan?? Lelaki dan perempuan adalah makhluk. Jadi, perasaan sama saja. Orang lelaki banyak akal, orang perempuan banyak emosi. Tapi banyak akal tidak semestinya cerdik. Allah telah tetapkan dalam dunia ni kerja-kerja yang sesuai untuk lelaki dan ade kerja yang sesuai untuk perempuan. Jaga anak sesuai untuk perempuan sebab ia memerlukan emosi. Panjat tiang telefon memerlukan akal dari emosi. Kalau tidak panjat siapa nak gantung atas tu? itu akal dia, emosi dia takut dan sebagainya. Jadi kita tidak boleh fikir benda tukan? Walau ada kalanya perempuan macam lelaki dan lelaki macam perempuan. Tetapi dia tetap manusia maknanya dia tetap ingin cinta dan dicintai. Allah sebut sifat manusia, “tidak dinamakan manusia itu manusia melainkn kerana lupanya”. Dia lupa kebaikan seseorang itu apabila 1 benda berlaku pada dia. Sebagai contoh kita lelaki bagi hadiah kat perempuan banyak benda, bagi cincin, bagi itu, bagi ini, tiba-tiba dia jumpa pakwe lain yang lebih hensem dari kita, dia lupa segala kebaikan kita. Sama la juga macam lelaki. Antara sifat manusia juga, tidak berterima kasih “manusia ni makhluk tidak berterima kasih” bila dia susah dia ingat Allah dan bila dia senang dia tidak bersyukur pada Tuhan
Maka adakah cinta lelaki dan perempuan dibolehkn? kenapa tidak bolehkan?? Yang tak boleh, selepas dari cinta.. si lelaki peluk perempuan adakah dia cinta?? Tidak semestinyakan? Mungkin dia hanya nak bermain saje. Macam lelaki dia kata beginilah, antar surat, antar bunga, keluar dengan perempuanlah adakah dia cinta, tidak semestinya.. Wahai perempuan jangan tertipu. Lelaki ni banyak mempermain-main kan awak, dan mengexploitasikan awak untuk mencapai keseronokan saja, dia tidak cinta pun pada awak. Jadi cinta tu benda lain. Kita mesti cari cinta yang benar. Kalau dia cinta, so, kita kena check apakah tanda-tandanya. Jadi, cinta ni boleh, cinta bukan 1 benda lain tapi bagaimana menyatakan cinta dan benda yang selepas dari cinta itu yang akan kita bincang nanti. Ada bahaya-bahaya yang perlu dijaga...
No comments:
Post a Comment