“Pete look, you're changing. I know, I went through exactly the same thing at your age. Peter... these are the years, when a man changes... into the man he's gonna become the rest of his life. Just be careful who you change into.” Masih ingat dengan dailog ni?? Memang betul, setiap manusia apabila sampai pada suatu usia dia akan mengalami suatu perubahan, sama ada dia sedar atau pun tidak itulah hakikatnya.
Aku masih ingat ketika usia aku menjangkau belasan tahun, aku seorang yang sangat pendiam dan tidak berani untuk membuka mulut memulakan perbualan. Sampailah pada usia aku 17 tahun, aku menceburi pertandingan multimedia di peringkat sekolah. Pada masa itulah aku terpaksa memberanikan diri untuk membuat kerja kumpulan, berbincang dan belajar untuk yakin pada diri sendiri. Bukan mudah untuk membuat perubahan itu, situasi dan tekanan perasaan menyebabkan perubahan aku turun naik secara mendadak, sukar untuk menstabilkannya. Dan sekarang alhamdulillah sedikit sebanyak aku telah pun belajar untuk meneutralkan benda tu dalam diri
Aku teringat akan cerita ‘Buli Balik’, yang mana apabila sampai pada satu tahap Afdlin Shauki merasakan dia tidak memerlukan sesiapa dalam hidupnya. Dia fikir dia telah pun mempunyai segala-galanya. Bayangkan seorang yang merendah diri, seorang tiada keyakinan diri berubah menjadi pembuli. Namun itulah pengalaman. Pengalaman untuk kita kenal siapa diri kita. Aku terbaca dalam buku Solusi, isu 17 “Jujurlah kepada diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu...”
Tidak salah untuk kita berubah kerana itu dituntut. Namun kita perlu pandai untuk menjadikan perubahan itu suatu kebaikan untuk diri kita bukan musibah. So now “be careful who you change into”
No comments:
Post a Comment