Memang sukar untuk mendapatkan segulung ijazah. Ia memerlukan masa yang bertahun-tahun untuk mendapatkannya, itu tidak termasuk lagi yang terpaksa tangguh. Ada kalanya sampai 9 tahun baru tamat tempoh pengajian. Apabila dikira dan dicongak dengan harga yuran, penat letih pengajian, jerit perih untuk menage diri memang harganya tidak terkira. Hanya orang yang cekal semangat yang akan dapat meletakkan roll ijazah ditangannya, tapi tidak semua yang dapat ijazah tinggi semangatnya.
2 hari yang lepas aku mengambil masa untuk meneruskan pengembaraan aku ke Turki bersama ustaz Hasrisal (Saiful Islam) di dalam bukunya ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Apabila aku membaca buku tu aku seolah-olah dibawa ustaz Hasrizal ke dalam dunia pengembaraannya yang sebenar. Satu persatu kerjadian di Turki dikupasnya bagaikan tiada yang tercicir.
Apa yang mengheret hati aku menulis artikel ni adalah berkenaan dengan pengharaman tudung di universiti-universiti, Turki. Ianya bermula pada 28 Februari 1997, apabila pihak tentera mengambilalih penguasaan di negara Turki. “Menyebabkan banyak institusi Islam ditutup. Sekolah-sekolah agama ditekan, manakala pusat hafalan al-Quran terus dihapuskan. Tidak cukup dengan itu, Fakulti Teologi turut menjadi mangsa. Fakulti Teologi (Ilahiyat) adalah pusat pertahanan Islam di Turki. Tenaga pengajar dan anak-anak muridnya adalah tulang belakang kepada perjuangan Islam Turki.
Tidak hairanlah fakulti ini di semua universiti ditekan. Pengajian sesi petang dimansuhkan. Jumlah kemasukan pelajar baru dikurangkan secara berperingkat dan biasiswa tidak ditawarkan kepada pelajarnya. Para tutor menunggu masa sebagai kumpulan kaki tangan pertama yang akan tersingkir. Lebih melampau, pelajar perempuannya tidak dibenarkan memakai tudung. Semesta pertama menyaksikan pelajar perempuan memilih untuk gagal dalam pengajian mereka kerana tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semata-mata beralasankan tudung.”
Itulah sedikit sebanyak bait ayat yang terkandung di dalam buku ‘Secakir Teh Pengubat Letih’. Sungguh hebat semangat perempuan-perempuan di Turki mempertahankan perintah Allah/maruah mereka sehingga ada yang mengambil keputusan untuk gagal dari menggadai maruah mereka. Sahabat ustaz Hasrizal, “ustaz Ahmed, berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Tafsir dar Universiti Al-Azhar, Mesir; ketika sedang menyiapkan tesis Ph.Dnya di Universiti Marma, telah diberhentikan dengan alasan ijazah sarjana dari universiti luar (termasuk Al-Azhar) tidak diiktiraf!”
Cuba kita jengok sekejap bagaimana keadaannya di tempat kita (Malaysia). Baru-baru ini terpampang di dada akhbar kisah seorang perempuan bunuh diri disebabkan gagal dalam PMR. Aku tak mahu ulas panjang lebar tentang ni sebab seseorang yang berfikiran waras mampu menilainya sendiri. Jadi sama-samalah kita renungkan. Bak kata Nabil “Korang ada mata korang pandang, korang ada telinga korang dengar, korang ada mulut korang cakap, korang ada otak korang fikirlah sendiri.”
Tiada Saat Indah
Dugaan Bagi Yang Beriman
Merah Dari Zahir Terseksa
Putih Suci Imannya Di Hati
Tangisan Selubungi Titi Perjuangan
Ujian Untuk Memilih Iman!!!
Kerana Yang Esa
Biar Rembulan dan Matahari
Dalam Genggaman Tangan
Yang Pastinya
Tak Beralih Dari Jalan Ilahi
Akanku Gapai Impian
Itulah Janji Yang Maha Esa
Meniti Saat Indah Bersama Rasulullah
By : Mcfly@2010
Song Dugaan Memilih Iman (OST Muhammad Utusan terakhir) : Saujana
No comments:
Post a Comment