Friday, July 1, 2016

Tanggungjawab Imam dan Makmum

Sama ada kita sebagai imam atau makmum, kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagi seorang makmum, kita perlu mengikut apa yang dilakukan oleh imam, selagi mana imam itu tidak melakukan kesilapan. Baru-baru ini ramai makmum yang terjebak dengan situasi imam melakukan kesilapan ternambah atau terkurang rakaat dalam solat mereka, sama ada dalam solat fardu mahupun solat sunat.

Oleh itu suka untuk aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu mengenai perkara tersebut. Antara situasinya apabila imam bangun ke rakaat yang lebih, seperti rakaat kelima bagi solat asar atau rakaat keempat bagi soalat magrib :
  1. Wajib para makmun duduk menunggu imam di tasyahud akhir dan mengingatkan imam dengan ucapan (subhanallah) agar imamnya sedar, lalu duduk semula.
  2. Jika imam tidak turun duduk semula selepas diingatkan maka makmun yang duduk itu diberi dua pilihan iaitu : mufarawah dari imam atau terus menunggu sehingga imamnya bertasyahud.
  3. Makmum yang ikut berduru dalam keadaan sedar imam pada kedudukan yang salah dianggap sengaja melakukan kesalahn, batallah solat mereka itu.
  4. Tidak batal solat makmum yang ikut berdiri kerana terlupa.

Tambahan :
Jika makmum yang mengikuti imam yang bangun ke rakaat yang kelima itu seorang makmum yang masbuq dan tahu imam itu mendirikan rakaat yang lebih nescaya tidak sah ikutannya, tetapi jika dia mengikutnya dengan kejahilan dan mendapat semua rakaat dengannya, maka ikutannya sah rakaat yang lebih itu dikirakan untuknya mengikut Qaul yang sahih.

Itulah antara sedikit sebanyak perkara yang aku tahu merujuk kepada kitab Indahnya Solat Berjemaah tulisan Ustaz Mohd Haidzir Hussin dan Bekalan Imam Idaman Makmum tulisan Ustaz Mohd Hazri Hashim AlBindany.

 

Apa jua yang kita lakukan di dalam solat merupakan latihan untuk kita apabila berada di luar daripada solat, seperti menutup aurat, khusuk, hidup dalam jemaah dll. Sebagaimana situasi yang berlaku di atas, apabila seseorang imam atau ketua kita melakukan kesilapan, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur kesilapan yang imam lakukan.

Teguran itu bukan untuk merendah-rendahkan imam atau ingin menunjuk makmum itu lebih lebat dari imam, tapi itulah tanggungjawab yang perlu kita lakukan sebagai seorang muslim yang telah diajar oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW. Kerana manusia itu tidak sempurna, ada waktu dan ketikanya ia lalai dan leka.

Oleh itu sama-samalah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Apabila kita melakukan kesalahan kita serulah agar oleh lain menegur kita dan jika orang lain melakukan kesilapan tegurlah mereka. Supaya kita semua terhindar dari jahil dan terus menerus melakukan kesilapan yang sama, inshaAllah.

No comments: