Tuesday, December 16, 2014

Let's Leave Something for Next

Lama tak update blog, so malam ni lepas gian nak sambung tulis dairi di blog. Sebenarnya just nak kongsi satu filem best keluaran Disney. Filem ‘Big Hero 6’. Pernah dengar? Kalau tak pernah pi google, famous kot citer tu bagi penggemar kartun. Mesti ada yang tanya, cerita ni pasal ape? Cerita ni mengisahkan seorang remaja yang bernama Hero. Dia seorang yang sangat gemar mereka cipta. Dia ada seorang abang yang juga gilakan reka cipta, Big tu abang dia la yang reka. Namun, apa yang membezakan rekaan abang dia dan Hero, abang dia memasukkan nilai ke dalam robot ciptaannya. Menyebabkan robot tu mempunyai nilai seperti manusia, nilai kasih sayang. Cerita ni berbelit sebenarnya untuk faham, jadi aku kongsi mane yang mudah diceritakan la ye, selebihnya layan sendiri kat youtube.


Apa yang ingin aku kongsikan tentang nilai yang dia masukkan ke dalam filem tersebut. Yang mana apa saja yang kita ingin lakukan biar ia mempunyai nilai. Sama juga macam kita buat kerja. Lain bezanya buat kerja bila mana kita meletakkan nilai ke dalam kerja tersebut. Kita akan lebih suka kepada kerja yang kita lakukan, kita rela bersengkang mata, dan kalau pun kita tidur, kita tidak akan lena sebab otak akan sentiasa memikirkan sesuatu untuk mendapatkan solusi untuk permasalahan kerja tersebut. Aku sangat suka tengok seseorang yang bersungguh-sungguh buat something yang dia suka. Kita akan dapat rasa kerja yang dia buat itu lahir dari hatinya. Dalam filem tu Hero seorang yang sangat bersungguh-sungguh, berpuluh-puluh kali and maybe beratus-ratus kali dia try and error untuk mereka Atrabot. Dan hasilnya osem! ..Namun apa yang dia lupa masukkan adalah nilai yang penting dalam atrobotnya. Sebagaimana nilai kemanusiaan yang abang Hero masukkan ke dalam Big


Oh ye, satu lagi yang aku nak kongsi pasal rekaan abang dia, Big. Walaupun Big sebuah robot yang nampak gemuk, lemah, clumsy dan kebudak-budakan (tapi very cute), namun rekaan itu juga lah yang banyak membantu dalam pengembaraan mereka. Walaupun pertengahan cerita abangnya mati, namun rekaannya yang baik, mampu memberi sumbangan dalam membantu perjalanan hidup adiknya. Walaupun kita dilihat sebagai seorang yang bodoh sebab berlaku jujur di masa dunia yang penuh pembohongan. Walaupun kita dipandang sebagai pengganas kerana mempertahankan hak dan kebenaran. Namun, sesuatu yang diperjuangkan atas nama kebaikan ia akhirnya akan mendominasi kebatilan. Trust to me!


Sebagaimana yang pernah seorang ustaz ceritakan pada aku tentang sahabatnya yang ditukarkan ke sekolah pendalaman disebabkan politik. Namun, biasalah benih yang baik campak ke laut jadi pulau. Sahabatnya tu walaupun ditukarkan ke sekolah pendalaman namun dia mampu hidup dengan lebih baik dan mampu menyebarkan ilmu-ilmu agama  kepada mereka yang kurang pendedahan mengenai Islam kerana faktor tempat yang jauh dari bandar. So, itu la saja yang mampu aku bebelkan malam-malam ni.

Apa-apa pun kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kelebihan masing-masing, gunakanlah untuk menegakkan kebaikan dalam dunia ini. Semoga kita semua dapat mewariskan kebaikan yang berpanjangan kepada generasi seterusnya, sebelum kita beralih ke alam yang lagi satu. Sebagaimana abang Hero tinggalkan Big bagi membantu adiknya. Namun, kita ada benda yang jauh lebih hebat dari itu untuk kita tinggalkan kepada anak generasi kita, iaitu? ...Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pedoman sepanjang zaman kita. Wa ilalliqa' ma'as salama!

No comments: