Thursday, December 18, 2014

Antara Takut dan Harap (Our Dreams)

Would you marry me? perkataan yang sukar untuk diucapkan, kerana ianya bukan sekadar ucapan tapi diungkapkan bersama tanggungjawab yang terpaksa di depani. Tanggungjawab yang akan mengubah kehidupan seseorang secara totally. Namun, ada juga yang menganggap ianya sebagai suatu permainan. Yang hanya ingin memuaskan gelodak hati. Dan pada akhirnya meletakkan seseorang itu pada tempat yang membinasakan. Ia merupakan jalan jauh menuju kebahagiaan. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh try and error. Okey, kita cuba dulu berkahwin, kalau rasa tak serasi kita bercerai. No! Itu bukan cara yang terbaik untuk belajar dari sebuah institut kekeluargaan.
Rasulullah SAW bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”.
Gusar bila mendengar tiap-tiap bulan ada saja rumah tangga yang roboh, sedangkan perhubungan tersebut dibina atas dasar suka sama suka. Aku pun tidak pasti mana silapnya. Bimbang melihat karenah anak remaja yang semakin hari semakin pelik perangainya. Pelajar-pelajar sekolah rendah pun sekarang dan pandai melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Di mana kefahaman kita tentang perkahwinan? Perkahwinan ini untuk apa? Dan ke arah mana kita ingin membawa keluarga yang bakal kita bina nanti? Semua itu perlu jelas agar kita tidak mengaggap perkahwinan itu sebagai suatu permainan ataupun adat budaya.

Tanggungjawab yang diterangkan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan remaja untuk berkahwin, tapi untuk mereka membuat persediaan bagi memikul tanggungjawab tersebut, serta faham akan apa yang bakal mereka tempuhi. Kadang-kala kita perlu rasai kehidupan ini sukar, supaya kita tidak membuat sesuatu yang penting secara cincai. Dan, ada kala kita perlu rasakan hidup ini senang agar kita tidak mudah tertekan dan putus asa.

Thank Q friend for this gift. May Allah bless us, inshaAllah.

Ini sebuah buku yang dihadiahkan oleh seorang sahabat rapat aku. Buku yang dah lama aku cari, iaitu buku yang mengumpulkan kisah-kisah Nabi Muhammad SAW, khusus mengenai rumahtangga baginda. Ia menjadi artikel tambahan bagi pengumpulan aku mengenai perkara tersebut yang telah aku cari sebelum ni, alhamdulillah. Semoga kita semua mampu menjadikan baginda Nabi Muhammad SAW dan para sabahat sebagai pedoman dalam melakar gerbang kehidupan kita yang seterusnnya, inshaAllah.
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah contoh ikutan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. [Al-Ahzab 33: 21]
Sedikit yang ingin aku kongsikan apa yang terdapat dalam buku tersebut. Iaitu apabila aku membaca kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW, ia menampakkan banginda ini seorang yang sangat-sangat penyabar. So, first step what have you do is be the Patient Boy. Tapi biar sabar bertempat la, jangan sampai isteri dan anak-anak buat silap pun tak tegur/larang, tu bukan sabar dah tu, tu namanya pakcik dayus! hehee. Okeylah cukup kat sini kot aku membebel malam ni.

No comments: