Thursday, April 17, 2014

Hari Sibuk (17 April '14)

"Wahai Tuhan kami, lapangkanlah bagi kami dada kami. Dan mudahkanlah bagi kami, tugas kami. Dan lepaskanlah simpulan dari lidah kami. Supaya mereka faham perkataan kami."

Hari ni aku pergi kerja dengan sedikit perasaan tidak tenang dalam diri, ada benda yang mengganggu hati, meracau perasaan, mungkin datang dari akal yang merewang dari tempat asalnya. Sampai di pejabat, dihidangkan dengan kerja-kerja yang banyak, hanif tolong buat tu, hanif tolong buat ni, hanif boleh tak nak mintak tolong, hanif test yang ni, hanif! hanif! hanif..

Pukul 10.15 pagi, dapat call dari seorang ustaz kena ambil gambar di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah YIK pada hari sabtu. Arghhh! jem kejap, dah la tengah buat kerja yang bertimbun, terus hilang selera nak jamah kerja-kerja yang ada.. Sedang menyiapkan kerja-kerja yang berbaki sambil memotivasikan diri, memujuk akal, datang pula sorang ustaz suruh ambil gambar pukul 2.30 petang di Dewan YIK.. Majlis 2.30 petang? Hari ni balik pukul 3.30 petang, nampak gaya kena balik lewat juga la aku.

Atas arahan tinggal la kerja-kerja tu untuk ambil gambar di Majlis Taklimat Peluang Belajar ke Universiti Timur Tengah. Apa yang menarik dalam taklimat tu, apabila Pengarah YIK cuba menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyambung pembelajaran ke Universiti-universiti di Turki, yang selama ini pelajar hanya tertumpu untuk sambung belajar di Mesir, Jordan dan seumpamanya. Dalam asyik mengambil gambar, tiba-tiba seorang ustaz minta tolong aku untuk memasang laptopnya ke projector.

Aku cuba untuk membantu, namun saat itu la, satu persatu masalah timbul, data dicopy dalam laptop yang tidak boleh cucuk VGA, lepas tu alih data ke dalam laptop lagi satu, laptop tu pula tak boleh terima pendrive tu, ambil pendrive lain plak copy dalam tu, habis cerita. Ingat ke selesai sampai situ jer, laptop tu plak abis bateri semasa presenter sedang berucap, extension tak disediakan, stop kejap majlis, menyebabkan aku rasa macam nak meraung minta tolong, kenapa jadi susah sangat ni, Allahrurabbi..

Bila difikir-fikirkan balik, aku lemah sangat, dengan sedikit masalah yang luar dari kebiasaan timbul, aku akan mudah gabra dan panik, sedangkan dulu aku mampu harungi semua tu dengan baik.


Aku teringat kata-kata seorang ustaz "Allah boleh melapangkan dada kita seluas-luasnya, dan boleh menyempitkan dada kita sesempit-sempitnya, semua tu atas kekuasaan Allah. Kadang-kadang masalah tak besar manapun tapi kita jadi rasa berat untuk tanggung, dan ada kalanya benda tu besar, susah, berat, tapi kita mampu menanggungnya dengan baik dan tenang, itu tanda Allah melapangkan dada kita." ..Semoga Allah melapangkan dada kita semua untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, inshaAllah.

No comments: