Friday, April 18, 2014

Semangat Yang Hilang (18 April '14)

Di kampung hari ni ada Majlis Merisik saudara belah ma tapi aku tak dapat pergi sebab ada kerja-kerja pejabat yang perlu disiapkan. Semangat untuk siapkan kerja-kerja pejabat hari ni kuat. Pagi-pagi lagi layan cerita Rooney VS Drogba, biasa la nak ambik mood, untuk pujuk hati yang lesu semalam. Family semua pergi pagi-pagi lagi bagi menyiapkan juadah untuk tetamu. Lepas selesai tengok cerita, mood pun nampak okey, aku makan nasi goreng yang disediakan oleh abang dan kakak ipar sebelum pergi tadi. Bila dah rasa kenyang, untuk mengelakkan dari mengantuk kita exercise dulu dengan basuh baju, jemur kain dan bersihkan dapur.

Lepas siap mandi, aku mula senaraikan kerja-kerja yang belum sempat siap. Alhamdulillah, terasa hari ni lebih teratur dari semalam. Satu persatu kerja-kerja pejabat aku siapkan. Selepas separuh kerja-kerja tu hampir selesai, aku mula mengantuk. Takut sebenarnya nak tido, khuatir tak terbangun untuk solat Jumaat nanti, takut tak takut, bila dah mengantuk, mari la alasan apa pun tak jadi. Nasib baik la terjaga. Mandi-mandi siap untuk ke Masjid.

Selesai solat, aku balik dengan kelaparan. Buka saji keluarkan nasi goreng yang lebihan tadi. Untuk menyelerakan juadah aku goreng keropok, potong buah tembikai & tembikai susu, dan air tea beng pagi tadi pun still ada dalam peti ais. Biasa la bila duduk sesorang ni, makan pun kurang berselera, terpaksa la perbanyakkan hidangan lain untuk menambahkan selera.

Selepas selesai makan aku, aku sambung buat kerja tadi sambil layan cerita Jimmy Neutron. Apa yang menarik untuk aku kongsikan dalam cerita tu, ada satu haiwan kuda yang bersayap yang dipanggil oleh mereka Buraq. Dan aku terlintas masa aku tengok filem Doraemon dulu, satu kisah mengenai kewujudan manusia, manusia tersebut dipanggil sebagai Adam.

Apa yang nak aku beritahu, mereka tahu pasal cerita-cerita tu semua, dan akui kebenarannya, tapi aku sendiri tak pasti apa yang menyebabkan mereka tidak menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.. Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk menerima kebenaran Islam. Dan, ajarilah kami untuk mendekatkan ajaran Islam kepada mereka. Engkau yang Maha Tahu, bimbinglah kami.

"Dan sesunggunya jika kamu tanyakan kepada mereka, Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab : Allah" [Surah Al-Ankabut : 61]


Sebelum engkau ke mari,
Tiada resah,
Tiada khuatir.

Menjelang kemesraanku,
Yang di rindu,
Hanya syahdu.

Mengapa itu,
Mahu jadi teman,
Mahu jadi kekasih,
Selamanya..

Aku bukan lagi mainan dulu,
Telah ku campakkan kau ke mana,
Ke lautan hitam yang ku tahu,
Pasti kita tak jumpa.

Semalam,
Itu semalam,
HARI INI AKU HIDUP,
DALAM DUNIA YANG AMAN,
Kenangan,
Kita lucutkan,
Kita bakar sama-sama,
Pengalaman hidup,
Seksa....

No comments: