Hari ni aku terpaksa menjebakkan
diri ke dalam satu mesyuarat. Pada mulanya aku hanya diarahkan untuk menayangkan
aktiviti-aktiviti YIK sepanjang tahun kepada tetamu dari UNISEL. Namun,
disebabkan aku tertarik dengan isu-isu yang di ke tengahkan, aku membuat
keputusan untuk terus berada dalam bilik tersebut untuk mendengar apa yang
ingin dibincangkan. Mesyuarat tersebut diadakan bersempana dengan usahasama
kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor bagi mewujudkan sebuah University Darul
Naim.
Aku suka mendengar mengenai
pendidikan. Jadi, aku mengambil peluang tersebut untuk mengetahui bagaimana
sesebuah university ingin diwujudkan. Apa langkah-langkah yang perlu diambil. Apa
yang perlu diberi keutamaan. Aku tertarik dengan pihak UNISEL yang
bersungguh-sungguh membincangkan mengenai perkara tersebut. Dan, pihak mereka
juga membuat lawatan ke University-university luar negara bagi memperkembangkan
idea baru ke dalam university tempatan.
Suka untuk aku kongsikan apabila
dia membandingkan suasana kehidupan di Jepun dan Malaysia. Bukan aku ingin
memburuk-burukan tanam tumpah darah aku sendiri, tapi kenyataan yang harus kita
terima untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Apa yang prof tersebut kongsikan
adalah sikap amanah mereka, yang jika diletakkan barang jualan dan bekas duit
tanpa ada peniaga yang menjaganya, ianya mampu berjalan dengan baik, tanpa ada
kes yang extreme.
Apa yang lebih menarik untuk aku
kongsikan prof tersebut cuba menguji ianya ditempat kita. Sekejap saja semuanya
lenyap, yang bergrill juga habis disapu. Dia timbulkan persoalan, “Di mana
silap didikan kita? Mesti ada benda yang tidak kena. Sebab mereka boleh buat, sedangkan
mereka bukan negara Islam.” Aku suka apabila dia timbulkan persoalan-persoalan
begitu, menampakan kecaknaan dan kesungguhkan dia untuk mendidik ummah. Betul la
kata orang tua-tua ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’, itulah yang
negara Jepun buat. Mereka telah
menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri bangsa mereka, sehingga apabila mereka
membesar, sikap positif itu sudah larut dan sebati dalam diri dan masyarat
mereka..
Kita masih belum terlambat untuk do
it something for our next generation. Sama-samalah kita berusaha memikirkan
dan melaksanakan perubahan tersebut sedikit demi sedikit, agar rotan yang dulunya
digunakan untuk merotan mereka yang degil, sampai suatu masa rotan hanya dihabiskan
untuk membuat perabot, (ada kaitan ke, hentam saja la labu.. :p) Do it something to ourself for
do it something to our generation. All the best!
No comments:
Post a Comment