Pernah aku mengajukan soalan
kepada adik aku, "Hati ni perlu diikut atau tidak? Sebab ada setengah
orang kata 'jangan ikut hati, ikut hati nanti mati' yang lain pula kata 'walau apa
pun yang terjadi cuba jadi diri sendiri. Jangan hipokrit! Dan yang penting ikut
kata hati kerana di situ tersimpan permata setiap individu.’" "hmmm..
entahlah" jawab adik aku ringkas. Aku membalas dengan sepotong hadis Nabi
yang berbunyi :
"Sesungguhnya
pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya,
jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati."
[HR: Bukhari]
Jika kita mampu mentadbirkan hati
kita dengan baik, maka baiklah tingkah laku atau tindakkan yang kita buat
mengikut kata hati tersebut. Tapi, jika yang kita ikut itu adalah hati yang
buruk, maka buruklah tindakan yang kita ambil berdasarkan gerak hati tersebut.
Hati itu suatu yang sangat
bernilai yang Allah kurniakan kepada kita, sekiranya kita mampu menjaganya
dengan baik, ia seumpama pelita pada mereka yang berjalan ditengah malam yang
kelam. Namun, jika ia dirosakkan, ia bukan saja akan menyesatkan malah melemah
dan melumpuhkan jasad tersebut.
Sama-samalah kita menjaga nikmat
yang Allah berikan kepada kita agar kita memperolehi manfaat daripadanya,
inshaAllah.
.png)
No comments:
Post a Comment