Minggu lepas aku ada Mesyuarat
Pengurusan di Langkawi. Kami tiba di jeti Langkawi jam 8.40 malam. Sebelum check
in di Hotel Bayview kami singgah di Restoran Saloma yang berada tak jauh dari
jeti. Sambil menunggu hidangan siap kami sempat bersembang. Ada seorang ustaz
tu dia buka cerita pasal arwah Ustaz Badrul Amin. Aku tertarik untuk berkongsi
mengenai cerita tersebut.
Ada satu hari tu, Ustaz Badul
Amin nak ke Kuala Lumpur untuk bagi kuliah. Kebetulan sebelum dia bertolak ada
seorang peminta derma datang. Dia hanya ada RM50 tu saja untuk bekalan ke Kuala
Lumpur, tapi alhamdulillah dia dah isi minyak tu penuh. Tanpa berfikir panjang,
tanpa memikirkan KALAU terjadi apa-apa ditengah jalan (itu yang biasa kita
fikirkan pun..) dia sumbangkan RM50 tu kepada peminta derma tersebut. Kebergantungan
dia direct kepada Allah, dia serahkan bulat-bulat hidupnya kepada Allah.
Sebab semua yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku adalah dari Allah.
“Dan jika Allah
mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa
pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan
(melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.”
[Al-An’am: 17]
Sampai di Kuala Lumpur, selesai
kuliah.. Orang yang memanggilnya untuk menyampaikan kuliah tu meletakkan sampul
surat dalam poket baju Ustaz Badrul Amin. Bila nak pulang, Ustaz Badrul Amin
membuka sampul surat tersebut, tengok-tengok ada RM500. Direct Allah
membalas apa yang dia telah dermakan.
Ya, orang-orang dulu memang sangat hebat dari segi
kepercayaan dan kebergantungan mereka kepada Allah SWT. Jauh bezanya dengan
kita sekarang, ingin buat sesuatu biar ada backup dulu kalau tak memang
akan susah hati. Tak salah ada backup, tapi biarlah kebergantungan kita
dengan Allah mengatasi kebergantungan kita dengan apa yang telah kita buat.
Sangat hebat ‘the power of believe’ jika kita
meletakkan kepercayaan kita yang sebenar-benarnya pada yang sepatutnya. Tengok saja
sejarah peperangan Badar, Khanda’, hijrah Nabi, pembukaan Konstantinopel
(Turki) dan seumpamanya. Kesemuanya berlaku lain dari sifir kebiasaan. Mampukah
kita sampai ke tahap tu? ..InshaAllah, jika kita yakin.
![]() |
| [Kreadit: sheroes] |
Dingin
malam
Menusuk
tulang insan
Nan
kesejukan dan ketakutan
Resah
yang dibalut kegelisahan
Mengiringi
suatu perjalanan
Meninggalkan
kota penuh kegelapan
Menuju
ke kota cahaya Kebenaran
Bermulalah
hijrah yang agung
Pengorbanan
insan tak ternilai
Harga
kepayahan kesusahan
Menempuh
dugaan dan rintangan
Dalam
kehidupan
Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
TETAPI MEREKA PERCAYA!
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta
Inilah
sebuah hijrah yang agung
Debaran,
debaran, debaran
Hijrah
ke Kota Cahaya...
Gua
Thur menjadi saksi
Hijrah
kekasih Allah
Merpati
menjadi saksi
Hijrah
kekasih Allah
Lelabah
menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah

No comments:
Post a Comment